09 January 2012

Persoalan Suami Isteri: Nafkah



Assalamualaikum semua... disini saya ingin mengutarakan persoalan nafkah khasnya nafkah lahir (zahir). persoalan ini saya ambil dari bacaan di beberapa forum yg membahaskan isu yg agak sensitip ni - NAFKAH SUAMI TERHADAP ISTERI TERUTAMA SUAMI ISTERI YG BEKERJA... Mohon pendapat kalau ada yg lebih arif, sesungguhnya saya ini budak baru nak belajar even dah kawin masuk tahun ke 3 huhu...

ini contoh jer ye, bukan betul2...tapi semua org buat ke tiap2 bulan mcm ni?

1. Kepada para isteri, adakah suami anda memberi nafkah terhadap anda contohnya wang utk keperluan peribadi. Ini tidak termasuk wang belanja dapur, susu anak & sebagainya.

2. Jika ada - adakah wang itu diberi oleh suami tiap2 bulan? Anda sebagai isteri menggunakan wang nafkah tersebut utk diri anda atau bebas melakukan apa saja dgn wang tersebut.

3. Jika tiada - apakah peranan anda sebagai isteri, adakah anda meminta atau mengingatkan suami atau anda hanya berdiam diri?

4. Jika tiada - adakah anda mengungkit atau bergaduh kerana suami tidak memberikan hak anda sebagai isteri?

Hmm... 4 persoalan jawapannya ikutlah... saya rasa jawapannya mungkin berbeza-beza kan... Apa yg saya faham suami mmg wajib beri nafkah tak kira bekerja patah lagi isterinya x bekerja. Cuma jumlah (nafkah duit) & tahap keperluan (makan, pakaian, tempat tinggal) mengikut tahap ekonomi rumahtangga masing2lah. Ada lagi beberapa persoalan yg saya rujuk dari web JAIS.

Assalamualaikum,

saya ingin bertanya beberapa soalan:

1. saya bahagia berumahtangga sekarang dan mempunyai seorang cahaya mata. tetapi kadang-kadang perbualan
suami isteri ada juga yang mengguris hati saya. saya faham jika isteri menyakiti hati suami atau menimbulkan kemarahan suami akan menyebabkan 'nusyuz' lalu isteri perlu meminta maaf daripada suami. apakah yang berlaku jika sebaliknya, suami mengguris hati isteri, adakah perlu suami meminta maaf juga?

2. suami menyuruh saya mewarnakan rambut, bolehkah saya mewarnakan rambut dgn jenama Clairol yang mempunyai

tanda halal yg disahkan oleh JAKIM (pewarna rambut lain mempunyai tanda halal tetapi tidak disahkan oleh JAKIM)

3. apakah hukumnya jika saya memperolehi pendapatan RM2400 sebulan dan suami berpendapatan RM2900 sebulan,
adakah masih wajib keatasnya memberi nafkah wang keatas saya. suami berpendapat dia mungkin tidak lagi perlu memberi nafkah kerana saya sudah ada pendapatan sendiri. bagaimana jika saya masih inginkan nafkah dlm bentuk sepasang baju (harga dalam RM100-150) setiap bulan adakah ini masih dikira adil? suami juga berpendapat dia ketidakcukupan wang utk memberi nafkah maka dia tidak memberi setiap bulan tetapi memberi rantai tangan, jam atau baju di lain-lain masa, tetapi tidak tetap setiap bulan, adakah itu dikira hadiah atau nafkah? agak sukar utk saya mengajukan soalan ini kepadanya kerana dia akan mengatakan saya 'berkira', sedangkan saya berpendapat nafkah setiap bulan adalah HAK saya. bolehkah saya mengatakan begitu kepada suami atau adakah itu sudah dikira nusyuz?

Sekian sahaja soalan saya. saya berharap ustaz dapat
membantu menyelesaikan kebuntuan masalah saya ini.

Jawapan

1) Suami dan isteri perlu saling maaf-memaafkan antara satu sama lain. Kedudukan sebagai ketua keluarga bukan bermakna dia tidak perlu meminta maaf kepada isteri atau pun anak.

2) Kami mencadangkan saudari gunakanlah inai untuk mewarnakan rambut kerana penggunaan inai ini tidak diragui hukumnya berbanding produk-produk pewarna rambut yang berada di pasaran sekarang. Saudari perlu memastikan tujuan saudari mewarnakan rambut itu hanyalah untuk suami dan bukan untuk tatapan umum.

3) Hukum memberi nafkah kepada isteri adalah wajib mengikut kemampuan suami setiap bulan. Perbezaan gaji isteri dan suami bukanlah menjadi satu alasan untuk menggugurkan hak dan tanggungjawab sebagai seorang suami mengikut

hukum syarak. Pendapatan isteri adalah hak isteri tetapi ia hendaklah bekerja dengan izin suami. Walaubagaimanapun isteri boleh memberikan sumbangan (dengan rela hati) dalam urusan kewangan, rumah tangga dan setiap sumbangan isteri akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah.


Semoga share saya kali ni dapat bantu sedikit sebanyak dlm memperjelas isu nafkah ni. Yang pasti nafkah zahir ini bukan RM semata-mata. Ia perkara subjektif & tidak sama bergantung kpd kemampuan (kadar pendapatan) suami. Cuma jgn diabaikan tanggungjawab ini oleh suami & pihak isteri haruslah tahu hak2 serta cara menangani agar rumahtangga
x jadi kucar-kacir. Rasulullah saw pernah bersabda,

"Takutlah kamu kepada Allah dalam urusan perempuan, sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah dan telah dihalalkan bagi kamu kemaluan mereka dengan kalimat Allah dan diwajibkan atas kamu memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan cara yang sebaik-baiknya."

Kemudian Allah swt juga ada berfirman yang bermaksud,

"Hak (nafkah) isteri yang dapat diterimanya dari suaminya seimbang dengan kewajipan terhadap suaminya itu dengan baik."

Dan didalam ayat lain, Allah swt berfirman yang maksudnya,

"Tempatkanlah mereka (para isteri) dimana kamu bertempat tinggal menurut kemampuan dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati) mereka."

Kesimpulan saya disini, perbincangan suami isteri dlm menguruskan kewangan rumahtangga itulah sebaik-baiknya supaya tidak terasa hati atau memendam rasa. Kebahagiaan rumahtangga bukan hanya pd kesenangan dan kemewahan tetapi yg pentingnya keredhaan suami dan isteri.

Sekian, Wallahu 'alam...



No comments:

Post a Comment