29 January 2012

Amalan Zikir Harian


Assalamualaikum rakan blogger semua... Syukur alhamdulilah kita masih diberi kesempatan utk terus hidup bersama insan-insan yg kita sayang... Saya sedang mengingatkan diri saya yg kadang2 alpa mengingati Allah... Bila dah nak masuk tidur barulah saya teringat dan rasa sedih lalu saya berzikir dlm hati sebanyak yg boleh hinggalah saya terlena... Seboleh-bolehnya saya mahu mengingat Allah setiap masa. Saya berazam utk sentiasa meingati Allah x kira dikala sibuk mahupun penat, gembira atau bersedih, dirumah atau dlm kereta apatah lagi bila sakit.

Zikir itu menenangkan hati... menyucikan jiwa... Menambah rezeki & ganjarannya pahala... Zikir harian yg saya share ni diambil dari google sbg rujukan sesiapa yg masih belum hafal & dlm proses nak menghafal. InsyaAllah niat yg baik utk menjadi mukmin terbaik pasti akan mudah & x susah. Semoga kita semua sentiasa dlm lindungan & rahmat Allah...




21 January 2012

Semisolid Food For Your Baby: Apple Puree



Bahan-bahan:

Sebiji epal fuji
Air masak secukupnya

Cara-cara:

- Epal dibuang kulit dan dipotong dadu
- Rebus dgn air sehingga empuk, kemudian sejukkan sebentar sebelum masuk ke dalam blender
- Lebihan air rebusan tadi jangan dibuang sebaliknya boleh digunakan sebagai minuman bayi atau sebagai air tambahan untuk melembutkan puri
- Setelah dikisar halus, boleh disimpan dlm bekas berpenutup & masukkan ke dlm fridge utk dihidangkan kpd bayi comel anda pada bila-bila masa :-)

saya buat puri ni sedikit cair utk 1st time try




KHASIAT EPAL

Mengandungi vitamin C... Membantu mengatasi masalah sembelit.... Mengurangkan risiko kanser... baik untuk jantung... mengurangkan kadar kolestrol dalam darah...

15 January 2012

Fast Dessert - Oreo Yogurt



You need...


any flavor - 5 pieces & squeeze

and...

two tablespoon of condensed milk

Put all the ingredients into a bowl and mix well... and pour into small jars...


store them in the chiller for at least an hour... Ready to serve your guests... (tq mr. google)


or for your own self ( x payah nak hias cantik2 terus ngap aje )

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

ok good nite peeps! Assalamualaikum...



09 January 2012

Persoalan Suami Isteri: Nafkah



Assalamualaikum semua... disini saya ingin mengutarakan persoalan nafkah khasnya nafkah lahir (zahir). persoalan ini saya ambil dari bacaan di beberapa forum yg membahaskan isu yg agak sensitip ni - NAFKAH SUAMI TERHADAP ISTERI TERUTAMA SUAMI ISTERI YG BEKERJA... Mohon pendapat kalau ada yg lebih arif, sesungguhnya saya ini budak baru nak belajar even dah kawin masuk tahun ke 3 huhu...

ini contoh jer ye, bukan betul2...tapi semua org buat ke tiap2 bulan mcm ni?

1. Kepada para isteri, adakah suami anda memberi nafkah terhadap anda contohnya wang utk keperluan peribadi. Ini tidak termasuk wang belanja dapur, susu anak & sebagainya.

2. Jika ada - adakah wang itu diberi oleh suami tiap2 bulan? Anda sebagai isteri menggunakan wang nafkah tersebut utk diri anda atau bebas melakukan apa saja dgn wang tersebut.

3. Jika tiada - apakah peranan anda sebagai isteri, adakah anda meminta atau mengingatkan suami atau anda hanya berdiam diri?

4. Jika tiada - adakah anda mengungkit atau bergaduh kerana suami tidak memberikan hak anda sebagai isteri?

Hmm... 4 persoalan jawapannya ikutlah... saya rasa jawapannya mungkin berbeza-beza kan... Apa yg saya faham suami mmg wajib beri nafkah tak kira bekerja patah lagi isterinya x bekerja. Cuma jumlah (nafkah duit) & tahap keperluan (makan, pakaian, tempat tinggal) mengikut tahap ekonomi rumahtangga masing2lah. Ada lagi beberapa persoalan yg saya rujuk dari web JAIS.

Assalamualaikum,

saya ingin bertanya beberapa soalan:

1. saya bahagia berumahtangga sekarang dan mempunyai seorang cahaya mata. tetapi kadang-kadang perbualan
suami isteri ada juga yang mengguris hati saya. saya faham jika isteri menyakiti hati suami atau menimbulkan kemarahan suami akan menyebabkan 'nusyuz' lalu isteri perlu meminta maaf daripada suami. apakah yang berlaku jika sebaliknya, suami mengguris hati isteri, adakah perlu suami meminta maaf juga?

2. suami menyuruh saya mewarnakan rambut, bolehkah saya mewarnakan rambut dgn jenama Clairol yang mempunyai

tanda halal yg disahkan oleh JAKIM (pewarna rambut lain mempunyai tanda halal tetapi tidak disahkan oleh JAKIM)

3. apakah hukumnya jika saya memperolehi pendapatan RM2400 sebulan dan suami berpendapatan RM2900 sebulan,
adakah masih wajib keatasnya memberi nafkah wang keatas saya. suami berpendapat dia mungkin tidak lagi perlu memberi nafkah kerana saya sudah ada pendapatan sendiri. bagaimana jika saya masih inginkan nafkah dlm bentuk sepasang baju (harga dalam RM100-150) setiap bulan adakah ini masih dikira adil? suami juga berpendapat dia ketidakcukupan wang utk memberi nafkah maka dia tidak memberi setiap bulan tetapi memberi rantai tangan, jam atau baju di lain-lain masa, tetapi tidak tetap setiap bulan, adakah itu dikira hadiah atau nafkah? agak sukar utk saya mengajukan soalan ini kepadanya kerana dia akan mengatakan saya 'berkira', sedangkan saya berpendapat nafkah setiap bulan adalah HAK saya. bolehkah saya mengatakan begitu kepada suami atau adakah itu sudah dikira nusyuz?

Sekian sahaja soalan saya. saya berharap ustaz dapat
membantu menyelesaikan kebuntuan masalah saya ini.

Jawapan

1) Suami dan isteri perlu saling maaf-memaafkan antara satu sama lain. Kedudukan sebagai ketua keluarga bukan bermakna dia tidak perlu meminta maaf kepada isteri atau pun anak.

2) Kami mencadangkan saudari gunakanlah inai untuk mewarnakan rambut kerana penggunaan inai ini tidak diragui hukumnya berbanding produk-produk pewarna rambut yang berada di pasaran sekarang. Saudari perlu memastikan tujuan saudari mewarnakan rambut itu hanyalah untuk suami dan bukan untuk tatapan umum.

3) Hukum memberi nafkah kepada isteri adalah wajib mengikut kemampuan suami setiap bulan. Perbezaan gaji isteri dan suami bukanlah menjadi satu alasan untuk menggugurkan hak dan tanggungjawab sebagai seorang suami mengikut

hukum syarak. Pendapatan isteri adalah hak isteri tetapi ia hendaklah bekerja dengan izin suami. Walaubagaimanapun isteri boleh memberikan sumbangan (dengan rela hati) dalam urusan kewangan, rumah tangga dan setiap sumbangan isteri akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah.


Semoga share saya kali ni dapat bantu sedikit sebanyak dlm memperjelas isu nafkah ni. Yang pasti nafkah zahir ini bukan RM semata-mata. Ia perkara subjektif & tidak sama bergantung kpd kemampuan (kadar pendapatan) suami. Cuma jgn diabaikan tanggungjawab ini oleh suami & pihak isteri haruslah tahu hak2 serta cara menangani agar rumahtangga
x jadi kucar-kacir. Rasulullah saw pernah bersabda,

"Takutlah kamu kepada Allah dalam urusan perempuan, sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah dan telah dihalalkan bagi kamu kemaluan mereka dengan kalimat Allah dan diwajibkan atas kamu memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan cara yang sebaik-baiknya."

Kemudian Allah swt juga ada berfirman yang bermaksud,

"Hak (nafkah) isteri yang dapat diterimanya dari suaminya seimbang dengan kewajipan terhadap suaminya itu dengan baik."

Dan didalam ayat lain, Allah swt berfirman yang maksudnya,

"Tempatkanlah mereka (para isteri) dimana kamu bertempat tinggal menurut kemampuan dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati) mereka."

Kesimpulan saya disini, perbincangan suami isteri dlm menguruskan kewangan rumahtangga itulah sebaik-baiknya supaya tidak terasa hati atau memendam rasa. Kebahagiaan rumahtangga bukan hanya pd kesenangan dan kemewahan tetapi yg pentingnya keredhaan suami dan isteri.

Sekian, Wallahu 'alam...



Rahsia Rasa Hati...

Assalamualaikum semua... Sedang saya blogwalking awal2 pagi ni, saya da terbaca satu topik dlm satu blog. Ayatnya berbunyi begini...

kalau kita mati hari ini dan ditanya apa sumbangan kita kepada agama Islam, apa jawapan kita? Semua terdiam. Sebenarnya cara termudah kita sebarkan kebaikan kepada orang lain adalah semasa kita bekerja seharian. Tidak perlu menilai dan menghakimi penerimaan orang. Sebagai seorang muslim setiap dakwah yang dilakukan walaupun kecil pasti ada nilai disisi Allah.

Tiba2 hati saya mcm tersentuh & terusik baca statement blogger ni... entahla nape, mungkin sbb saya x ada jawapan yg terdetik dlm hati ni. sbb...persoalannnya ttg mati (instead of sumbangan kpd agama). Mati...oh banyak lg kekurangan compang camping sana sini dlm amal ibadat saya... banyak sgt yg x tertunai & x terlaksana kalau tertulis ajal saya dlm tempoh terdekat ini... saya x sempat kumpul pahala menjadi muslimah, isteri solehah buat suami saya, anak yg berbakti kpd ibubapa & ibu yg melihat Ammar Hakimi membesar menjadi org berguna... Ya Allah...sebak hati saya... sejak jd ibu ni kalau ckp psl Hakimi saya cpt sebak. Tambah lg bila saya tgh sakit...sibuk risau kalau2 ada skt serius. Seboleh-bolehnya saya mahu curahkan sepenuh kasih sayang saya pada hakimi & adik-adiknya (insyaAllah). dan saya mahu menjalani hari2 tua saya bersama suami saya. Mmm...oklah x nak melalut lagi takut lagi banyak melalut lagi ramai yg x phm post entry ni & makin bosan membacanya... Jiwa ibu menjadikan saya lebih sensitif & mudah tersentuh... Takpelah, yg penting kita sama2 muhasabah diri, adakah kita telah menyumbang utk agama kita? Lebih baik meyumbang (berdakwah) sebesar zarah skalipun, itu lebih baik daripada mengumpat, mengadu domba apatah lg memfitnah. Walaupun dgn hanya sepotong ayat kita menyebarkan ilmu Allah sekaligus mengajak kpd kebaikan, insyaAllah pasti akan ada ganjarannya kelak. Sumber inspirasi saya yg selalu bercerita berkongsi ttg kebaikan adalah org yg paling dekat dgn saya, iaitu suami saya. yg kedua sahabat saya yg kini bermastautin di Jeddah, Nor... Terima kasih Allah krn memberi pancaindera yg sempurna utk saya membaca & mendengar, yg telah memberi hidayah utk saya mendengar lalu menerima nasihat2 yg baik dgn lapang dada tanpa ada rasa tidak suka atau bosan. sesungguhnya saya hanya insan yg serba kekurangan harap reader semua x kisah membaca coretan saya kali ni.

Dua insan dlm hidup saya yg saya sayang sangat sangat sangat... ibu sayang kamu berdua lebih dari nyawa ibu...

(zahira love aminuddin)
Saya suka tengok pic ni...Ya Allah panjangkanlah usiaku dan suamiku, amin... Jika ingatan masih kuat, bdn sihat & berkemampuan, saya tingin nak tiru pose mcm pic kat atas somewhere in england, new zealand or switzerland or scandianavian countries maybe...pastu bg anak2 cucu2 tgk hmmm... :-)

Semoga hari ini, esok & hari-hari seterusnya akan menjadi hari yg bahagia buat saya sekeluarga & semua reader di luar sana... Mati tetap akan mati, yg menjadi rahsia hati, adakah saya mampu menjadi umat Islam yg sejati, bukan sekadar tercatat Islam di IC, dan menuntut ilmu beramal ibadat tanpa ada rasa malas dalih jerih demi menuju jalan ukhrawi yg hakiki, wallahu a'lam...



02 January 2012

Penang Free & Easy


Assalamualaikum semua... Rasanya masih belum terlambat saya nak wish selamat menyambut tahun baru 2012. Semoga tahun ni lebih diberkati & bertambah amal ibadat kita kpd Allah, amin... Sepanjang musim cuti sekolah ni hampir 3 minggu saya di Penang. Oleh kerana menjaga kakak yg baru aje selamat melahirkan baby girl comel bernama Hani Maisarah, maka saya dan husband berpakat utk postponed percutian kami. It's okay lama di Penang sempat jgk jalan2 pusing satu Penang.

Teringat janji previous entry saya akan share story holiday trip, so saya story ckit2 jela psl Penang.boleh??? Mmm...cuma saya x pegi pesta penang jer coz last year dah pegi, mmg crowded saya x rasa nak pegi lagi kesian dgn Hakimi. Yela dgn panasnya lg (malam pun panas tau), dgn asap rokok, bau badan org, bingit & susah nak jumpa kerusi utk rest huhu...


Ok jom kita jalan2 kat pantai dulu na...
rojak buah pulau pinang... rasa nak mkn lagila nyum nyum...

ini Masjid Jamek Ar-Rahman Batu Ferringhi... parking mmg susah sgt esp time solat mahgrib
Batu Ferringhi night market... saya beli baju boleh tawar harga sampai RM20. okla kan :-)

Dah puas round tgk laut, esoknya kami jalan2 indoor plk... Jom kita pi Queensbay Mall

FOS kids ada buat sale... Brand baby Gap ada, baby Carter ada, Old Navy pun ada. Seronoknya shopping baju baby :-))))

dari Queensbay kite ke 1st Avenue Mall dekat dgn Perangin Mall atau Komtar
yo..yo.. Hakimi dah penat jalan2 sekarang hakimi nak makan burger yaww...