26 August 2011

Tempoh Hayat Susu Ibu & Kaedah Sediakan EBM


Assalamualaikum....saya nak share info berkenaan pam mengepam susu badan...smoga menjadi maklumat berguna buat kita semua esp buat mommy2 yg sedang gigih mengumpul stock susu demi mengenyangkan perut si manja...Sesungguhnya susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi... Moh kite pam shushu chaiyok2.... :-)

Tempoh Hayat Susu Beku:
  1. Disimpan di dalam peti ais 2 pintu - 3 bulan
  2. Disimpan di dalam peti ais 1 pintu - 2 minggu
  3. Disimpan di dalam deep freezer - 6 bulan

Tempoh Hayat Susu Cair :

  1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
  2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
  3. Disimpan di ruang sejuk peti ais 2 pintu - 7 hari
  4. Disimpan di ruang sejuk peti ais 1 pintu - 2 atau 3 hari

Menyediakan susu yang telah diperah untuk bayi anda.


* Susu yang telah diperah perlu disuamkan terlebih dahulu sebelum diberi kepada bayi.

* Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam


atau dengan cara meletakkan bekas dibawah laluan air paip.

* Jangan cairkan susu pada suhu bilik.


* Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.


* Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya.


* Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit dibahagian pergelangan tangan(wrist)

* Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.



No comments:

Post a Comment