28 August 2011

Resepi Istimewa Hari Raya : Rendang Percik Ayam




Assalamualaikum n salam Ramadhan buat readers...Bagaimana persiapan raya? Tahun ni persiapan raya saya n suami sangatlah sederhana...Almaklumlah baru lepas dapat baby jadi perbelanjaan pun banyak yg kene 'cut' utk cover keperluan Hakimi. Takpelah ibu n abi x ada baju raya asalkan Hakimi dapat pakai baju raya, jd leh comel2 segak2 boleh kumpul duit raya ye nak... :-)

Resepi ni saya baca dari salah satu blog n saya olah ikut idea inovasi saya ecewah... 1st time try masak utk berbuka, kombinasi rendang n kuah percik ayam mmg membuka selera husband saya yg sememangnya berselera makan kalau ada lauk ayam hehe...Kepada yg ingin mencuba saya suggest anda hidang lauk ni bersama lemang atau ketupat. Makan bersama nasi minyak pun sedap. Dgn nasi putih pun ok je...

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam - potong kecil2
* 5 batang serai
*2 biji bawang besar
*2ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 inci kunyit hidup
* 5 sudu besar cili kisar
* 1 sudu besar halba
1 helai daun kunyit (dihiris halus)
sudu kecil sugar brown
5 sudu besar air asam jawa
3 cawan santan atau secukupnya
Garam & serbuk cukup rasa MAGGIE secukupnya
Minyak utk menumis

Cara-cara Memasak:

1. Blend semua bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak n tumis bahan2 yg telh di blend. Tumis hingga naik bau wangi.
3. Masukkan ayam, garam, gula merah, hirisan daun kunyit dan serbuk cukup rasa MAGGIE. Kacau sebati, tunggu hingga ayam masak / bertukar warna. Masukkan air asam jawa, kacau n biarkan kuah menjadi pekat.
4. Akhir sekali masukkan santan, kacau sebati hingga kuah sedikit mendidih, kemudian tutup api. Kalau nak kering lagi, tunggu hingga kuah agak kering dan lepas tu baru padamkan api.
5. Boleh hidang bersama nasi ataupun pulut. Selamat Mencuba!

Selepas bersahur pergi ke pasar
Membeli sayur dan juga buah
Ramadhan ditempuh penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Angin dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Semua orang pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba sahaya
Sama-sama menyambut raya
Tidak dilupa kepada yang tiada

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan setelah melawan dugaan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Malam raya susun pelita
Takbir bergema membesarkan yang Esa
Bermaaf-maafan sesama kita
Semoga silaturahim erat sentiasa


Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir Batin


No comments:

Post a Comment