13 August 2011

Doa Berbuka Puasa & Selepas Berbuka Puasa



Assalamualaikum dan salam Ramadhan... Sekadar ingat mengingat sesama kita termasuklah diri saya sendiri... Slalunya sejak kecik kita biasa hafal doa berbuka puasa jer kan... Jarang pulak kita (saya memang x baca pun...) praktikkan doa selepas berbuka puasa bila selesai makan. Semoga lepas ni bolehla sama2 amalkan baca doa selepas berbuka puasa sebagai tanda syukur kpd Allah atas nikmat juadah berbuka dan juga rasa kenyang setelah berbuka... Yelah kan payah jgk kalau dah berbuka x kenyang2 perut, mau makan aje smpai x hengat nak solat Maghrib huhuhu...


Doa Berbuka Puasa


Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.


Doa Selepas Berbuka Puasa

Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Jangan lupa berbuka puasa dgn didahului memakan buah kurma... Sunnah nabi... InsyaAllah pasti ada kebaikannya :)

Daripada Salman bin Amir Addabbi Assohaabi r.a. daripada Nabi SAW bersabda :

“Jika seseorang daripada kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci.” (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Hadith di atas menerangkan kepada kita bahawa orang Islam yang berpuasa disunatkan berbuka dengan buah kurma atau air biasa jika ketiadaan buah kurma. Inilah tertib atau sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Hikmah kita disunatkan berbuka dengan buah tamar ialah kerana kurma dipercayai mengandungi glukosa yang mampu memberi tenaga segera kepada badan.

Justeru itu, sesiapa yang berpuasa dengan ikhlas kerana Allah SWT, kemudian beramal mengikut sunnah Rasulullah SAW akan di beri ganjaran pahala di akhirat serta mendapat nikmat dan rahmat Allah SWT di dunia dan juga di akhirat.

No comments:

Post a Comment