Setengah cawang santan pekat
2 sudu kecil serbuk kunyit
2 keping asam gelugor/asam keping
Garam & gula secukup rasa
Bahan-bahan blend:
1 batang serai
3 tangkai cili merah/cili basah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara-cara nak masak:
1. Masukkan bahan2 blend ke dalam periuk atau kuali yg dalam. Masukkan ikan, santan (jgn masukkan kesemua, tinggalkan baki sedikit), serbuk kunyit dan asam keping. Boleh tambah air kalau x nak kuah pekat sgt.
2. Hidupkan api sederhana besar, kacau sebati dan biarkan beberapa minit sehingga mendidih. Kalau nak tutup periuk pun boleh utk cepatkan ikan masak. Tak perlu terbalik-terbalikkan ikan takut isi ikan hancur...
3. Bila dah mendidih, keluarkan asam keping sbb takut masam sgt. Masukkan garam dan gula secukupnya. Kemudian akhir skali, masukkan baki santan tadi ke dalam masakan dan kacau tanpa henti dalam seminit dua.
4. Tutup api, boleh hidang dgn nasi putih. Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa... :-)
No comments:
Post a Comment