08 August 2011

Boleh Dan Tak Boleh Breastfeed Baby

Assalamualaikum semua...dan salam Ramadhan dari saya... Doa saya agar tahun ni kita semua dapat menjalani ibadah puasa tanpa sebarang masalah dan amal ibadat kita diterima Allah Taala... Smoga kita memperoleh kebaikan dunia dan akhirat...

Topic kali ni bukanlah psl Ramadhan sebenarnye, yg atas tu mukadimah je :-) Saya nk story psl susu ibu. Saya masih dlm tempoh berpantang (jgn tanya saya pose ke idak ye hehehe...). Hari ni genap 30 hari saya berpantang & dlm tempoh tu saya sentiasa berusaha utk menyusukan Hakimi (direct bf or ebm) even pengeluaran susu bdn saya x konsisten. Since my baby isn't really latching right n will be on me for over an hour most times, I am mostly expressing milk n bottle feeding. Kadang2 skali pump dpt smpai 5oz (ni kira bangga habis la ni :p), tapi kadang2 nak dpt 2oz pun smpai nak nangis saya pump. Hakimi plk kuat minum susu sian dia... jd stock susu rasa mcm kais pagi mkn pagi kais ptg mkn ptg pun ada hehehe... Tambahan lg sepanjang berpantang saya kerap demam, smpai menggigil-gigil, bengkak susu, selera makan pun agak kurang sbb slalu x sihat. Bila dah x sihat mcm2 pil, ubat, suplement, jamu, herba dll husband saya cuba beli utk bg cpt sihat plus pulihkan tenaga saya yg still sakit2 bdn. Maka risau jgklah hati saya takut dpt efek pd Hakimi. Saya pun search utk info lanjut...

  1. Teruskan penyusuan susu ibu walaupun : • mengalami demam selsema, selsema atau jangkitan bakteria. Apabila anda tidak sihat, tubuh anda menghasilkan antibodi yang akan dipindahkan kepada bayi menerusi susu. Jika anda berhenti menyusukannya, anda sebenarnya mengurangkan perlindungan bayi • sedang mengambil ubat-ubatan, suplemen pemakanan atau sediaan herba. Akan tetapi, semaklah dengan doktor terlebih dahulu.
  2. Berhenti menyusukan bayi buat sementara waktu jika anda: • mengalami abses payudara atau penyakit yang serius. • menjalani pembedahan yang besar atau mengalami jangkitan yang serius. • mengalami tuberkulosis – tunggu doktor mengesahkan anda tidak lagi berjangkit. • mempunyai lesi herpes yang aktif
    pada payudara.
  3. JANGAN menyusukan bayi jika anda: • mempunyai hepatitis C. • positif HIV • sedang mengambil ubat anti-barah. • sedang mengambil ubat-ubatan radioaktif (seperti iodin).
  4. Hadkan pengambilan teh dan kopi kerana minuman ini boleh menyebabkan bayi menjadi terlalu aktif.
  5. Awasi pengambilan alkohol kerana ia boleh mengurangkan penghasilan susu.
  6. Cuba elakkan daripada mengambil sediaan herba terutamanya jika bayi anda mengalami jaundis atau dilahirkan pramatang.
  7. Jangan ambil ubat-ubatan tanpa preskripsi doktor.
  8. Jangan merokok atau biarkan diri sendiri dan bayi terdedah kepada asap rokok kerana ini boleh menjejaskan penghasilan susu.
  9. Ubat-ubatan yang selamat untuk diambil dalam tempoh penyusuan :
  • Analgesik (seperti parasetamol, ibuprofen, aspirin dan sebagainya)
  • Kebanyakan antibiotik
  • Antihistamin
  • Antasid
  • Ubat-ubatan asma
  • Ubat-ubatan berasaskan steroid (seperti krim kulit)
  • Suplemen pemakanan
Baby Hakimi yg semakin bulat & berat...

No comments:

Post a Comment