
15 August 2011
13 August 2011
Doa Berbuka Puasa & Selepas Berbuka Puasa


“Jika seseorang daripada kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci.” (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Hadith di atas menerangkan kepada kita bahawa orang Islam yang berpuasa disunatkan berbuka dengan buah kurma atau air biasa jika ketiadaan buah kurma. Inilah tertib atau sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Hikmah kita disunatkan berbuka dengan buah tamar ialah kerana kurma dipercayai mengandungi glukosa yang mampu memberi tenaga segera kepada badan.
Justeru itu, sesiapa yang berpuasa dengan ikhlas kerana Allah SWT, kemudian beramal mengikut sunnah Rasulullah SAW akan di beri ganjaran pahala di akhirat serta mendapat nikmat dan rahmat Allah SWT di dunia dan juga di akhirat.
08 August 2011
Boleh Dan Tak Boleh Breastfeed Baby
- Teruskan penyusuan susu ibu walaupun : • mengalami demam selsema, selsema atau jangkitan bakteria. Apabila anda tidak sihat, tubuh anda menghasilkan antibodi yang akan dipindahkan kepada bayi menerusi susu. Jika anda berhenti menyusukannya, anda sebenarnya mengurangkan perlindungan bayi • sedang mengambil ubat-ubatan, suplemen pemakanan atau sediaan herba. Akan tetapi, semaklah dengan doktor terlebih dahulu.
- Berhenti menyusukan bayi buat sementara waktu jika anda: • mengalami abses payudara atau penyakit yang serius. • menjalani pembedahan yang besar atau mengalami jangkitan yang serius. • mengalami tuberkulosis – tunggu doktor mengesahkan anda tidak lagi berjangkit. • mempunyai lesi herpes yang aktif
pada payudara. - JANGAN menyusukan bayi jika anda: • mempunyai hepatitis C. • positif HIV • sedang mengambil ubat anti-barah. • sedang mengambil ubat-ubatan radioaktif (seperti iodin).
- Hadkan pengambilan teh dan kopi kerana minuman ini boleh menyebabkan bayi menjadi terlalu aktif.
- Awasi pengambilan alkohol kerana ia boleh mengurangkan penghasilan susu.
- Cuba elakkan daripada mengambil sediaan herba terutamanya jika bayi anda mengalami jaundis atau dilahirkan pramatang.
- Jangan ambil ubat-ubatan tanpa preskripsi doktor.
- Jangan merokok atau biarkan diri sendiri dan bayi terdedah kepada asap rokok kerana ini boleh menjejaskan penghasilan susu.
- Ubat-ubatan yang selamat untuk diambil dalam tempoh penyusuan :
- Analgesik (seperti parasetamol, ibuprofen, aspirin dan sebagainya)
- Kebanyakan antibiotik
- Antihistamin
- Antasid
- Ubat-ubatan asma
- Ubat-ubatan berasaskan steroid (seperti krim kulit)
- Suplemen pemakanan

30 July 2011
EPISOD BARU 6 SYAABAN 1432H - 8 JULAI 2011


20 July 2011
LUAHAN HATI SEORANG PEMINJAM PTPTN
Topup rm30 sebulan? minyak motor rm50? repair motor rm36? tak cukup untuk terus hidup pun. simpan pun tak sempat usahkan nak bayar PTPTN Rm116 sebulan… tu pun kalau murah, kalau phd mau rm500 kot..
huhu..
Kolej, institut, university dll makin banyak kat malaysia ni.. maknanya makin banyak lepasan Diploma, ijazah, phd dll. tapi masalah paling besar keje yang setaraf dengan kelulusan..
kurang2 lepas belajar gaji start rm1200 pun dah boleh bayar PTPTN, tp haram… nak keje dengan melayu gaji murah rm500-900, keje dengan cina suruh buat jualan langsung konon2 rm1500-5000..tp bila tak sampai target gaji pun tak dapt, tipu orang je.
Senang macam nih la, kerajaan stop semua pinjaman PTPTN kepada semua bakal pelajar yg asal orang miskin. Bagi yang kaya jer belajar sebab diaorang boleh bayar cash je yuran belajar.jadi secara tidak langsung tiada lagi yang blacklist ptptn lagi.
biarkan yg miskin dan tak mampu belajar tu kerja dari bawah, 3 tahun kerja sama jer dengan masa study kat kolej. keje lama gaji akan naik..
KALAU ADA MENTERI KE BACA KOMEN SAYA NI BOLEHLAH PERTIMBANGKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA SEBAB SEKARANG NI 70% ORANG2 MISKIN YG LEPASAN DIPLOMA KEATAS MUFLIS DAN DISENARAI HITAM.
ESOK DAH TUA NAK PERGI HAJI TAK BOLEH LAGI HARU. KERAJAAN JUGA YANG MALU DENGAN ARAB SAUDI BILA DITANYA KENAPA JEMAAH HAJI MALAYSIA KURANG SELEPAS 10 TAHUN LAGI? MENTERI JAWAB SEBAB ORANG MALAYSIA BLACKLIST IMEGRESEN SBB TAK BAYAR PTPTN, KENAPA? SBB MALAYSIA JUST BAGI RAKYAT BELAJAR TAPI KERJA TAK BAGI..PIKIR2 KAN..
SEKIAN DARI SAYA YG BLACKLISTREDZUAN
07 July 2011
Bile Baby Nak Kuar Nih...?
Bile perut ibu rasa sakit dan keras, ibu selalu kena contraction palsu... Lepas tu hilang... Lepas tu sakit dtg semula, ibu kena tipu2 lagi...
Akhirnya ibu pun bangun duduk bersila atas katil sambil ngadap laptop. Lepas tu abi pun terjaga dan tanya ibu sambil terkebil2, "sakit perut ke...? Nak pegi hospital ke...?" Belum lagila abi...nanti ibu kene admit ward skali lagi doktor mesti suh tunggu sampaila bersalin huhuhu...
03 July 2011
Cheesy Veggie With Chicken Tortilla Roll-Ups











