23 March 2010

Mencari Hati Yang Gembira.....



Hari ini saya menonton rancangan Breakfast Show dan Rachel Ray. Kemudian saya menulis sedikit nota didalam diari saya. Apa yang dapat saya simpulkan daripada kedua-dua rancangan ini ialah:
  • Tekanan yang kita alami samada sebelum ini, sekarang mahupun akan datang merupakan 'internal stress' bukannya 'external stress'. Ia melibatkan kekuatan dalaman seseorang dalam menghadapi (manage) sesuatu tekanan.
  • Semuanya bergantung kepada diri kita samada untuk menerima (face it@accept) masalah tersebut dan berusaha menangani tekanan, ataupun kita keluar daripada masalah itu, kemudian berusaha mencari sumber baru yang menyumbang kepada kehidupan yang lebih berkualiti.
  • Saya tertarik sangat dengan kata-kata daripada seorang pakar motivasi, 'stress itu sentiasa ada jalan penyelesaiannya (sooner or later), namun kitalah pokok utama yang menentukan sesuatu tindakan sebagai respons kepada stress yang dihadapi itu...' Kesimpulan yang dapat saya faham hari ini, setiap kaedah atau cara mengatasi stress itu terpulang kepada individu kerana hanya kita yang tahu perit, sedih, sakit yang dipendam selama ini. Asalkan hati bahagia....Tidak sakit jiwa (tambah lagi stress itu datang dari orang lain) dan hidup lebih tenang untuk kita beribadat kepadaNya insyaAllah...
  • Hati saya ketika ini tidak pasti....mungkin sedikit kecewa kerana masih termangu-mangu mencari keserasian dalam jiwa ini. Keserasian menjalani hidup yang penuh cabaran dan berinteraksi dengan ramai manusia yang berlainan sikap. Mencari keserasian dalam membezakan antara kehendak dan keperluan hidup.
  • Setelah mencatit sedikit sebanyak info yang mungkin saya akan terlupa satu hari nanti, saya duduk berfikir...merenung...menangis sedikit...Yang pasti, saya dapat satu keyakinan yang secara tiba-tiba terdetik di hati, saya akan berusaha menjadi penyumbang bahagia kepada orang sekeliling saya terutamanya ahli keluarga. Walaupun tidak seberapa, saya akan terus mencuba untuk tidak melibatkan orang lain apatah lagi menyusahkan mereka apabila saya sedang stress.
Itupun salah satu cara atasi stress bukan....? :)

5 comments: