30 March 2010

Pulang Dari Kerja


gAMbaR dIaMbiL PaDa 29.03.2010.
LoCaTiOn : hIGhWaY kl-SeReMbAn

27 March 2010

~~Lets Cook As Simply As Me~~


AYAM GORENG BEREMPAH DGN SOS KICAP

ingredients:

A
isi ayam utk sepinggan (potong kiub)
serbuk kunyit - 4 sudu besar
rempah kari daging - 5 sudu besar
tepung jagung - 5 sudu besar
serbuk jintan manis - 1 sudu besar (ditumbuk,tetapi tak ditumbuk pun so k)
daun kari - 4 tangkai
garam + gula secukupnya @ serbuk cukup rasa maggie
minyak zaitun @ minyak masak - 5 sudu besar

B
bahan sos:
bawang merah - 3 ulas (dihiris)
bawang putih - 1 ulas (dihiris)
bawang besar - 1/2 ulas (dihiris)
kicap lemak manis - 7 sudu besar
sedikit sos tiram
suku cawan air


Mula-mula, isi ayam digaul dgn semua bahan A. Perap 20 minit dan mula m'goreng setelah minyak panas. Goreng sampai garing sedikit ye....Then bolelah angkat.

Untuk buat sos senang aje, bahan B, ketiga-tiga jenis bawang ditumis hingga naik bau wangi dan sampai layu, masukkan kicap, sos tiram n air. Tunggu mendidih sikit, tutup api, masukkan semula ayam tadi ke dalam kuali dan kacau rata. Ok dah siap! Boleh hias dgn daun bawang atau hirisan cili merah....Ataupun trus makan dgn nasi panas. Mesti sodap :)

24 March 2010

Jom Tengok Stuff Saya wee.... :)

5 Things : My Happy Stuffs



  1. Kasut nose yang baru dibeli semasa sale cuti skolah awal mac lepas.






2. Pokok kecik yg cute ni saya letak kt satu sudut di hall rmh. Eyes refreshing even it made of plastic. Only at RM19.90












3. 25th birthday present specially from my beloved hubby. Masih berfikir-fikir nak tulis ape didalamnya.




4. Minnie Mouse mini-pillow. Yg ni stuff paling ada value
coz warna pink dan inilah pemberian drpd hubby semasa saya di wad surgical, HPJ last
Jan.




5. Our wedding pic + pink roses. I love 'em all...!

A LIL' OF THOUGHTS



Dare to Fail?

I intended to write this a day after certain incidents. Well, the title says it all.

“Imagine life as a game in which you are juggling five balls in the air. You name them – Work, Family, Health, Friends and Spirit and you’re keeping all of these in the Air.

You will soon understand that work is a rubber ball. If you drop it, it will bounce back.

But the other four Balls – Family, Health, Friends and Spirit – are made of glass. If you drop one of these; they will be irrevocably scuffed, marked, nicked, damaged or even shattered. They will never be the same. You must understand that and strive for it.”

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mesej-mesej dibawah ni pulak mungkin sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi buat kita semua........(termasuk diri saya juga)

  • Hidup Berani Untuk Gagal buat mereka yang belum lepas UPSR, PMR, SPM dan STPM
  • Hidup Berani Untuk Gagal buat mereka yang belum tamat kolej/universiti
  • Hidup Berani Untuk Gagal buat mereka yang belum mendapat sebarang kerja
  • Hidup Berani Untuk Gagal buat mereka yang sedang bercinta/bertunang/merancang untuk berkahwin
  • Hidup Berani Untuk Gagal buat mereka yang merancang untuk berhenti kerja/membuat bisnes sendiri
  • Hidup Berani Untuk Gagal buat mereka yang belum mendapat anak
  • Hidup Berani Untuk Gagal buat semua!!!!
Mungkin ini juga membantu kita untuk berfikir lebih sedikit tentang erti kehidupan....



Are YOU A Destination Addict?











Too busy thinkin' bout ur next life goal? Dissatisfied with life? So, juz how bad a destination addict are you?

  • You buy a fabulous dress on sale, even though it's too small. You tell urself dat you'll lose that fatty 3kg u picked up holidaying in Pangkor two years ago (mmmm.....)
  • You don't like ur current job, its long hours, but u THINK you'll feel differently once u promoted.
  • You've picked out a name for ur firstborn, even though u're single.
"PEOPLE TEND TO FOCUS ON DA FUTURE B'COZ THEY'RE NOT HAPPY NOW"

You may be looking forward as a way to distract urself from fixing whut's wrong NOW.

HAPPY NOW

While it's important to aim for things, it's not healthy to be focusing on ur goals to da exclusion of ur present happiness. Just like a real road trip, sometimes, it's not where u end up that gives most memorable, but da crazy antics u get up along da way...

Tips for kicking destination addiction:

- remind urself dat things u've done are juz experiences
- take time to celebrate ur successes before moving on to ur next goal

23 March 2010

Resipi yum yum...! Puding Karamel


Puding Karamel

Bahan-bahan untuk caramel:

1 cawan gula
1 cawan air


untuk adunan puding:

1 tin susu susu cair / susu segar
1 sudu kecil esen vanila
5 biji telur
3/4 cawan gula
1 tin air ( ikut tin susu yg digunakan )


Methods/steps:


cara membuat caramel:

  • masak gula hingga keperang-perangan dulu. Kemudian masukkan air ke dalam periuk dan kacau sampai pekat menjadi warna keemasan. Pastikan gula tak hangus. Tutup api dan tuang caramel ke dlm loyang pengukus.

cara membuat custard:

  • campurkan kesemua bahan utk adunan puding ke dalam mangkuk dan pukul hingga sebati ( 2-3 minit). Kalau nak mudah guna blender je....

  • Tuang bahan tersebut ke atas caramel yg telah dimasukkan dlm loyang pengukus tadi.

  • kukus hingga masak ( 30 - 40 minit ). setelah masak sejukkan sebentar dan diterbalikkan dgn berhati-hati ke dalam piring.

Selamat mencuba!

Mencari Hati Yang Gembira.....



Hari ini saya menonton rancangan Breakfast Show dan Rachel Ray. Kemudian saya menulis sedikit nota didalam diari saya. Apa yang dapat saya simpulkan daripada kedua-dua rancangan ini ialah:
  • Tekanan yang kita alami samada sebelum ini, sekarang mahupun akan datang merupakan 'internal stress' bukannya 'external stress'. Ia melibatkan kekuatan dalaman seseorang dalam menghadapi (manage) sesuatu tekanan.
  • Semuanya bergantung kepada diri kita samada untuk menerima (face it@accept) masalah tersebut dan berusaha menangani tekanan, ataupun kita keluar daripada masalah itu, kemudian berusaha mencari sumber baru yang menyumbang kepada kehidupan yang lebih berkualiti.
  • Saya tertarik sangat dengan kata-kata daripada seorang pakar motivasi, 'stress itu sentiasa ada jalan penyelesaiannya (sooner or later), namun kitalah pokok utama yang menentukan sesuatu tindakan sebagai respons kepada stress yang dihadapi itu...' Kesimpulan yang dapat saya faham hari ini, setiap kaedah atau cara mengatasi stress itu terpulang kepada individu kerana hanya kita yang tahu perit, sedih, sakit yang dipendam selama ini. Asalkan hati bahagia....Tidak sakit jiwa (tambah lagi stress itu datang dari orang lain) dan hidup lebih tenang untuk kita beribadat kepadaNya insyaAllah...
  • Hati saya ketika ini tidak pasti....mungkin sedikit kecewa kerana masih termangu-mangu mencari keserasian dalam jiwa ini. Keserasian menjalani hidup yang penuh cabaran dan berinteraksi dengan ramai manusia yang berlainan sikap. Mencari keserasian dalam membezakan antara kehendak dan keperluan hidup.
  • Setelah mencatit sedikit sebanyak info yang mungkin saya akan terlupa satu hari nanti, saya duduk berfikir...merenung...menangis sedikit...Yang pasti, saya dapat satu keyakinan yang secara tiba-tiba terdetik di hati, saya akan berusaha menjadi penyumbang bahagia kepada orang sekeliling saya terutamanya ahli keluarga. Walaupun tidak seberapa, saya akan terus mencuba untuk tidak melibatkan orang lain apatah lagi menyusahkan mereka apabila saya sedang stress.
Itupun salah satu cara atasi stress bukan....? :)