24 March 2012

Resepi bayi untuk 8 bulan ke atas

Bubur Kentang, Ayam & Bayam

1 ulas bawang putih
1/2 biji kentang dipotong dadu
1 keping dada ayam
semangkuk bayam (daun sahaja)
sesudu minyak untuk menumis
2 gelas air - cukup utk empukkan kentang dan isi ayam (kalau boleh bg berkuah sedikit)


Cara-cara:

Tumis bawang putih hingga naik bau
masukkan ayam dan tumis sekejap (suku masak)
masukkan air & kentang, biarkan ayam tu masak secukupnya
masukkan bayam dan biarkan masak (lebih kurang seminit)
angkat, sejukkan dan blend
2 gelas air - cukup untuk empukkan ayam dan berkuah sedikit.

Oleh kerana hakimi dah 8 bulan & dah tumbuh dua batang gigi, saya blend tak terlalu halus, jadi bolehla hakimi makan sambil kunyah2 & ada rasa tekstur makanan di lidah :)



No comments:

Post a Comment