17 April 2012

It's A Life! Be Happy & Make Others Happy



Assalamualaikum semua... Dah lama saya tak menulis sesuatu disini... Jom kita muhasabah diri & perbaiki mana yang kurang... Jom kita sama-sama menjadi insan yang lebih "outgoing" tetapi masih berlemah lembut & menjaga tatasusila sebagai seorang Islam... Jom kita bina satu identiti positif yang baru agar kita lebih dihormati tetapi tidak takbur diri... Umpama kesimpulan hasil tulisan Dr. Muhamad Bin Abdurrahman al-Arifi, tutur kata yang baik akan membawa kepada kenikmatan hidup tanpa beban & penuh suka cita, tak kira walau siapa pun diri anda...

Contoh terdekat, jika melihat orang lain, walau bagaimana sekalipun mereka, adalah sangat penting kita menjaga tutur kata. Secara mudah, kita memilih lisan yang paling baik untuk didengar oleh mereka. Malangnya dek kerana terlalu pandai berkata-kata, dalam keadaan tak sedar kita mengeluarkan kata-kata yang seolah memandang rendah kemampuan orang lain.


Contoh seterusnya, jangan suka mengkritik. Sekali lagi satu sikap yang sangat mudah wujud dalam perbualan kita setiap hari. Kita mengkritik semua perkara. Hatta hal peribadi orang lain juga kita kritik sewenang-wenangnya tanpa memikirkan perasaan mereka. Paling mudah sikap kita yang suka mencela makanan.

Ramai berkata, orang pandai berbicara adalah kerana bakatnya. Tapi saya berfikir sebaliknya. Untuk pandai berbicara memerlukan ilmu dan latihan yang khusus. Jika lisan itu suatu perkara yang perlu dijaga teliti, maka seharusnyalah kita sentiasa beringat dan berusaha belajar, beramal menjaganya.



Ya ALLAH,
Teguhkan hatiku,
Untuk terus melangkah dalam hidup ini,
Yang kurasakan saban hari memeritkan,
Jadikan ia kembali salju,
Kerana sabda Rasulullah s.a.w.,
Dunia ladang akhirat.

Ya ALLAH,
Aku ingin bahagia seperti mereka,
Meredah lautan dalam kedamaian dan kenyamanan.

Andai aku belum layak ya ALLAH,
Maka layakkanlah aku,
Dengan bekalan iman dan taqwa itu,
Yang kuyakini hanya itu,
Yang dapat menyelamatkan daku,
Dari berputus asa dengan rahmatMU...

Aku ingin bahagia,
Dalam dakapan kasihMU ya ALLAH...


No comments:

Post a Comment