09 June 2011

Resepi Roti Jala Bersama Gulai Ayam


Petang ni saya nak buat roti jala & kuah gulai ayam. Resepi yg saya nk share ni pun simple je... First time buat alhamdulillah menjadi jugak.... Pasni nak cube buat roti jala bersama kuah doyan (durian) lak....mesti cedap nyum nyum.... Ape2 pun jom kite try buat roti jala bersama gulai ayam dulu... Kalau ada readers yg nak tukar jadi gulai daging pun ok jgk.... Bergantung kpd selera masing2.... :-)

Bahan-bahan roti jala:

2 cawan tepung gandum1 biji telur
Garam secukup rasa
Sedikit air
Sedikit serbuk kunyit sebagai ganti pewarna masakan kuning

Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan dan masukkan ke dalam blender untuk mendapatkan bancuhan yg halus (tidak berketul-ketul). Tapis bancuhan tepung tersebut & pastikan tidak terlalu cair.
2. Panaskan kuali leper & sapu minyak ke atas kuali dgn menggunakan
daun pandan (tisu tebal pun boleh).
3. Dengan menggunakan acuan roti jala, layangkan ke dalam kuali sehingga menjadi corak jala. Tak perlu diterbalikkan. Setelah selesai lipatkan segi empat atau segi tiga ataupun boleh juga digulungkan.
4. Boleh dihidang bersama kuah =)


Bahan-bahan gulai ayam:

3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit halia
1 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
1 bunga lawang
1 bunga cengkih
1 biji buah pelaga
4 sudu makan serbuk kari
Santan (jumlah bergantung kepada kepekatan dan banyak yang anda kehendaki)
1 sudu makan kerisik
Garam secukup rasa
Sebiji kentang
Seketul ayam (tanpa tulang -sebaik-baiknya bahagian dada)
Minyak untuk menumis

Cara-cara:

1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga. Kemudian masukkan bawang dan halia yang telah dikisar atau tumbuk bersama daun kari yg telah dibersihkan.
2. Masukkan serbuk kari yg dibancuh dgn sedikit air. Setelah terbit minyak, m
asukkan isi ayam & kentang.
3. Masukkan kerisik & sedikit santan, gaul rata. Kemudian tambah air. Tutup periuk sebentar & tunggu kuah mendidih serta kentang empuk.
4. Tambahkan santan selebihnya, biarkan hingga mendidih sekali lagi dan jgn lupa masukkan garam secukup rasa.

No comments:

Post a Comment