28 June 2011

Minggu ke 37 Yang Penuh Debaran

Syukur alhamdulillah.... Pejam celik pejam celik, dah genap 9 bulan 1 minggu saya hamil. Well...37 weeks would actually be 9 months of pregnancy according to the lunar calendar, coz pregnancy is actually 10 months, not 9. Of course, this confuses a lot of people, so it’s easier to say that I hav 3 weeks left. I did some readings yesterday & info dibawah bolehlah dijadikan rujukan bersama.

Bayi anda masih menambah berat badannya - lebih kurang 28 gram sehari. Beratnya hampir 6.5 paun / 2.8 kilogram dan panjangnya 48-49 sentimeter dari kepala ke jari kaki.

Anda mula merasakan tekanan di bahagian bawah abdomen anda dan juga sedar yang bayi anda sudah mula menurun. Ini diberi nama lightening iaitu peringanan, atau engagement iaitu penurunan kepala bayi; dengan ini paru-paru dan perut anda terasa lebih lapang - bernafas dan makan akan menjadi lebih selesa. Namun begitu, perjalanan anda semakin kurang selesa - sebilangan wanita melaporkan yang mereka merasakan seakan-akan bayi hendak terkeluar. Juga, anda akan terasa seakan-akan sentiasa hendak ke tandas.

Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-37 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Anda perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Sentiasa angkat kaki dan letakkan kaki di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Saiz bayi pada masa ini sudah memenuhi ruang uterus anda perut akan berasa begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan. Bayi yang dilahirkan antara 37 minggu dan 42 minggu dianggap cukup bulan - bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu ialah pramatang dan selepas 42 minggu ialah lewat waktu atau post-term.

Based on the info given, semua simptom tu dah ada pada saya. Since 33 weeks doc mmg dah bgtau baby is in normal head down position. Letih satu mcm tu mmg confirm ada. Sometimes kalau ckp laju ckit jer pun dh tercungap-cungap saya ni huhu... Having Braxton Hicks pun boleh kata tiap2 malam, dgn panasnye lg haduiii...susa nak lena. Last Friday (24/6/2011) saya telah ditahan wad atas sebab kontraksi yg semakin kerap, baby kurang berat dari yg sepatutnya & doktor suspect ada infection. Dua hari kemudian turun darah warna coklat2 & bukaan jalan dah 2cm. Boring punyer psl saya mintak jugak dgn doktor pakar nak balik rehat di rumah. Empat hari admit wad mmg hari2 yg membosankan huhu... Nasib baik doktor benarkan saya blk rumah tapi dgn syarat mesti cepat2 ke wad bersalin semula kalau ada kontraksi yg lebih kuat ataupun tanda2 besar nak bersalin i.e pecah air ketuban ataupun turun darah yg lebih banyak hingga sakit kuat.

Klip kat bawah ni 18sx skit pada saya, jadi hanya sesuai ditonton oleh golongan hawa especially yg sdg 1st time pregnant utk tambahan ilmu bersama serta persediaan mental (maybe) setelah menontonnya....


No comments:

Post a Comment