28 June 2011
Minggu ke 37 Yang Penuh Debaran
19 June 2011
Minum Petang Hari Ini
17 June 2011
Hukum Pelaburan ASB/ASN: Halal atau Haram?
Fatwa Yang Mengharamkan
Antara fatwa yang mengharamkan adalah Majlis Fatwa Selangor. Teks mereka adalah seperti berikut :-
1. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :
1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB
Keputusannya :
" Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara' "
1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah
Keputusannya
" Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara', maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.
Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara'(Fatwa) yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa. oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara'. maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dari tempat-tempat tersebut.
Aqad Pelaburannya Tidak Jelas
Aqad pelaburannya tidak jelas dan tidak jelas samda menuruti ‘Qirad' atau ‘Mudarabah' atau Musharakah. Jika ia menggunakan mudarabah sebagai yang didakwa oleh Majlis Fatwa Perak pelaburan ini disyaratkan menentukan kadar nisbah pembahagian keuntungan seperti 80 : 20 dan sebagainya di awal pelaburan. Namun hal ini tiada dinyatakan langsung di dalam pelaburan ASB.
Perlu disedari bahawa jika sesebuah aqad itu tidak sah dari sudut syara' maka seluruh pelaburan adalah batal tanpa mengira pelaburannya diletakkan di dalam industri halal atau haram.
Dana terkumpul dilabur secara bercampur di dalam industri halal dan haram.
Pelaburannya bercampur dengan yang haram lebih daripada 30 peratus. ASB juga TIDAK PERNAH DIBINCANGKAN OLEH Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti DAN OLEH KERANA ITU, ia tidak termasuk di dalam senarai kaunter yang jelas statusnya.
Ia bermasalah dari sudut Shariah kerana menurut statistic tahun 2005, dana ASB telah dilaburkan di beberapa tempat yang haram seperti :-
1- Sebanyak 37.30 % ke sebuah bank konvensional terbesar.
2- Commerce Asset Holdings Berhad (Konvensional) - 1.11 %
3- British American Tobacco berhad 1.07 %
PINJAM DUIT DARI BANK UNTUK SERTAI ASB
Walaupun isu di atas masih diperdebatkan oleh mereka yang berkenaan, namun jika anda meminjam dari Bank Konvensional untuk tujuan menyertai pelaburan ASB, ia telah disepakati haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan semua mufti-mufti Malaysia. Ini kerana pinjaman wang dari bank konvensional tersebut adalah riba. Tatkala itu, isu ASB tidak perlu diambil kira lagi kerana asal cara dapat duit untuk melabur itu pun sudah haram.
13 June 2011
Soal Hati...Jangan Biarkan Ia Mati...
Manusia busuk hati ada dimana-mana, kalau boleh kita langsung tidak mahu mendekati mereka, bimbang dan takut kalau-kalau kita pula bakal menjadi mangsa kebusukan hatinya. Namun ada juga yang suka mendampingi mereka, tidak diketahui samada akalnya pendek dan terlalu naif atau ada agenda tersembunyi, hanya Allah yang tahu...
Ada orang cakap, "Bau busuk bangkai binatang kita boleh hidu, bau busuk hati manusia, susah kita nak hidu." dari penyataan tersebut boleh kita simpulkan, untuk mengenal manusia berhati busuk amatlah sukar, namun dengan pengalaman hidup, ianya tidak mustahil.
Tahukah kalian, betapa bahayanya manusia busuk hati? Ada pendapat mengaitkan busuk hati dengan perasaan cemburu dan hasad dengki, ya memang benar, manusia busuk hati memang mudah berasa cemburu, cemburu dalam aspek negatif, ada cemburu yang positif di mana ia membuatkan seseorang itu berusaha lebih gigih untuk menjadi lebih baik daripada insan yang dicemburuinya. Saya tidak mahu menuding jari kpd sesiapa atau mana-mana pihak... Hanya utk renungan bersama & utk peringatan kpd diri sendiri... Semoga perkongsian topik berat ni dapat membuka hati & minda kita semua...
KUPASAN
Cemburu manusia busuk hati menjurus kepada sifat hasad dengki dan seterusnya membawa kepada perbuatan khianat, perbuatan khianat pula ada pelbagai jenis, dari fitnah, sabotaj, mengadu domba, melaga-lagakan orang dan banyak lagi cabang perbuatan khianat. Sebutkan saja apa jenisnya, manusia-manusia yang busuk hatinya sanggup lakukan apa sahaja asal hatinya puas melihat orang lain susah, diaibkan, kerugian, ditimpa kecelakaan atau kemalangan.
Mengenal manusia busuk hati tidaklah sesukar mana, berdasarkan sedikit pengalaman hidup dan sedikit kajian kita boleh mengenali atau mengesan adakah seseorang itu berhati busuk atau tidak.
Andai kata manusia-manusia busuk hati ini ditimpa sakit atau bencana, dalam pemikiran mereka tidak ada benda lain, "Ni mesti si anu yang buat khianat..." nak tahu kenapa, kerana manusia busuk hati meletakkan imej mereka sendiri pada diri orang lain, selain dari percaya sesuatu yang berlaku itu dugaan dari Allah, mereka lebih suka memikirkan ia adalah perbuatan khianat orang lain sebab itu yang akan mereka lakukan kepada orang lain. Dah tentulah, sudah pasti manusia-manusia busuk hati ini akan melakukan perbuatan khianat terhadap orang yang didengkinya dan sekiranya mereka pula yang ditimpa musibah, mereka akan menyangka ada orang berdendam dengan mereka walhal ia adalah dugaan dari Allah.
Manusia busuk hati mempunyai banyak idea untuk membuat khianat, kadang-kadang secara spontan mereka boleh fikirkan cara tanpa perlu perancangan teliti. Peralatan untuk membuat khianat sentiasa dibawa kemana-mana dan ada di mana-mana, paling ringkas mereka boleh isi batu kecil ke dalam penutup tiub tayar motor/kereta untuk buat khianat. Maka bila mangsa perbuatan khianat mereka dalam perjalan pulang, motor/kereta akan pancit dan berjayalah misi manusia busuk hati itu. Nak buat macam mana lagi, dalam kepala asyik nak dengki dengan orang saja. Tak boleh tengok orang senang sikit, tak boleh tengok orang lebih sikit.
“Orang yang menyakiti hati orang mukmin lelaki dan perempuan di atas perkara yang tidak dilakukan, maka sesungguhnya mereka itu melakukan dusta dan dosa yang nyata.”
09 June 2011
Resepi Roti Jala Bersama Gulai Ayam
Garam secukup rasa
Sedikit air
1 ulas bawang putih
Sedikit halia
Garam secukup rasa
Sebiji kentang
2. Masukkan serbuk kari yg dibancuh dgn sedikit air. Setelah terbit minyak, masukkan isi ayam & kentang.
08 June 2011
Have You Hugged Your Husband Today?
Whenever I am in need.
I just want you to remember
What a wonderful husband you are to me....