14 March 2011

Resepi Orang Malas

Tema lunch & dinner utk bulan ni adalah "SIMPLE", jadi saya pun cuba masak yg simple-simple aje. Semuanya menggunakan bahan utama, iaitu ikan bilis. Memang senang dan yg paling penting sedap juga kat tekak ni. Kalau kena selera boleh bertambah-tambah nasi hehehe...

IKAN BILIS GORENG KICAP
BAHAN BAHAN

Segenggam ikan bilis – di cuci dan toskan

4 biji cili api dipotong potong halus

1/2 biji bawang besar dihiris nipis

2 sudu besar kicap lemak manis

Minyak untuk menggoreng

CARA CARA

Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ikan bilis sehingga garing

Kemudian masukkan bawang besar dan cili api tadi, gaul rata

Kemudian masukkan kicap, gaul rata sekejap

Dah siap dan boleh di makan


BILIS GORENG DENGAN CILI HIJAU

BAHAN-BAHAN

Segenggam ikan bilis

1 labu bawang besar

3 biji cili hijau

Bahan perasa

CARA-CARA

Ikan bilis digoreng dan ketepikan

Hiris nipis bawang besar dan cili hijau, lalu tumiskan kedua-duanya hingga layu

Masukkan ikan bilis yg telah digoreng tadi. Gaul biar sekata

Kalau perlu masukkan bahan perasa. Sedap dimakan dengan nasi panas panas...nyum nyum...


KERABU TOMATO BERSAMA BILIS GORENG
BAHAN-BAHAN

Ikan bilis (segenggam) digoreng hingga garing

2 biji tomato dihiris

sedikit cili padi dihiris

2 biji bawang besar dihiris

1 batang serai dihiris

1 btg cili merah, 1 btg cili hijau dihiris

CARA-CARA

Tumbuk kasar ikan bilis tadi & gaulkan dengan semua bahan yang telah dihiris

Gaulkan dengan sedikit gula dan garam dan perahkan sedikit jus limau kasturi

Dah siap.... =)

No comments:

Post a Comment