06 March 2011

Perkembangan Kehamilan Minggu ke 21 dan 22




Pada minggu ke 21, berat bayi sekitar tiga-suku paun / 360 gram. Dari mercu kepala ke tumit panjangnya ialah 10.5 inci / 27 sentimeter. Bulu kening dan kelopak mata telah tumbuh sepenuhnya dan kuku jari tangan sudah menutupi hujung jari.
Saiz janin sebesar buah pisang yang besar dan lemak berterusan berkumpul, tulang-tulang serta otot-ototnya semakin hari semakin kuat.

Anda akan merasakan seperti fetus di dalam rahim sedang membuat latihan bela diri, kerana ia banyak bergerak melakukan gerakan meninju dan menendang. Lama kelamaan anda akan hafal dengan aktiviti-aktivitinya ini.
Perkembangan pendengaran bayi kini ditahap yang memberansangkan kerana anak kini sudah mula mendengar bunyi dari luar. Ia sekarang boleh mendengar perbualan-perbualan anda. Jika anda bercakap, membaca atau menyanyi kepada bayi anda, dia pasti boleh mendengarnya.

Pada minggu ke 22, bibir sudah jelas kelihatan dan mata telah terbentuk, walaupun begitu, iris (bahagian mata yang berwarna) masih kurang gelap. Pada peringkat yang seawal inipun, tanda-tanda pertama gigi telah tumbuh dalam bentuk kudup-kudup di belakang garisan gusi. Setiap minggu, wajahnya semakin mirip seperti saat dilahirkan.

Anda mungkin telah bertambah berat badan antara 12 hingga 15 paun / 5.4 dan 6.8 kilogram. Bermula dari sekarang, anda akan menambahkan berat badan secara konsisten, dengan purata lebih kurang setengah paun / 225 gram setiap minggu. Saat ini mungkin anda akan mendapati kondisi perut anda makin bertambah besar dan membuatkan beberapa orang terasa ingin mengusap perut anda yang kelihatan agak boyot itu. Minumlah segelas jus oren setiap kali anda mengambil makanan yang tinggi zat besinya seperti brokoli dan buah yang diawet. Jus oren membolehkan mineral dari makanan tersebut diserap dengan banyak dan mudah.

No comments:

Post a Comment