09 March 2011

"A Doctor In The House" Karya Asli Dr. M...Mesti Beli...


"A Doctor In The House, The Memoirs Of Tun Dr Mahathir Mohamad", sebuah karya 100% tulen hasil kerja tangan & luahan ikhlas mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tanpa sebarang campur tangan oleh mana-mana pihak. Yang menariknya, Dr Mahathir menulis draf asal buku ini dengan tulisan tangan (tanpa menaip) sebelum diserahkan kepada MPH untuk diterbitkan. Ia dikongsi oleh anak beliau, Datin Paduka Marina Mahathir. Menurut Marina, bapanya teliti pada penulisan buku tersebut. Katanya, kesukaran yang paling ketara ialah untuk membaca ‘tulisan doktor’ bapanya itu.

“Oleh itu, saya mengambil inisiatif untuk mengupah beberapa orang pekerja untuk menyusun atur semula kandungan buku tersebut dan menyalin semula transkrip tulisan tangan beliau supaya lebih mudah dibaca”, jelasnya.

Namun buku setebal 816 muka surat ini ditulis berdasarkan fakta yang benar dan beliau telah cuba mengelak daripada menyakiti hati mana-mana pihak. Buku ini menceritakan kehidupan dan cabaran dihadapi Tun Doktor Mahathir Mohamad dan era kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun. Antara yang disentuh ialah Allahyarham Tun Abdul Razak sebagai mentor beliau. Dr. Mahathir juga menulis isi hatinya dan berkongsi dengan kita mengenai versi sebenar beberapa peristiwa yang menggegarkan negara termasuk apa yang berlaku di balik pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, memang panas...!

"There may be some injuction agaisnt me selling the book. I will fail but I taken 8 years to write this book. I want people to read this book. Whatever they want to think is their business." kata beliau.

Buku ini telah dilancarkan pada 8 Mac 2001 di Midvalley, Kuala Lumpur dan dijual pada harga RM100 senaskah. Walaupun edisi awal adalah edisi Bahasa Inggeris, tapi kita yang bukan ‘English Edukesyen’ ni (bak kata Usop dalam Hantu Kak Limah) tak perlu risau kerana Dr. Mahathir menggunakan Bahasa Inggeris yang cukup simple, insyaAllah boleh faham... Versi BM dan Mandarin akan diterbitkan tak lama lagi...So, jom kite pegi MPH... :)

No comments:

Post a Comment