28 August 2011

Resepi Istimewa Hari Raya : Rendang Percik Ayam




Assalamualaikum n salam Ramadhan buat readers...Bagaimana persiapan raya? Tahun ni persiapan raya saya n suami sangatlah sederhana...Almaklumlah baru lepas dapat baby jadi perbelanjaan pun banyak yg kene 'cut' utk cover keperluan Hakimi. Takpelah ibu n abi x ada baju raya asalkan Hakimi dapat pakai baju raya, jd leh comel2 segak2 boleh kumpul duit raya ye nak... :-)

Resepi ni saya baca dari salah satu blog n saya olah ikut idea inovasi saya ecewah... 1st time try masak utk berbuka, kombinasi rendang n kuah percik ayam mmg membuka selera husband saya yg sememangnya berselera makan kalau ada lauk ayam hehe...Kepada yg ingin mencuba saya suggest anda hidang lauk ni bersama lemang atau ketupat. Makan bersama nasi minyak pun sedap. Dgn nasi putih pun ok je...

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam - potong kecil2
* 5 batang serai
*2 biji bawang besar
*2ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 inci kunyit hidup
* 5 sudu besar cili kisar
* 1 sudu besar halba
1 helai daun kunyit (dihiris halus)
sudu kecil sugar brown
5 sudu besar air asam jawa
3 cawan santan atau secukupnya
Garam & serbuk cukup rasa MAGGIE secukupnya
Minyak utk menumis

Cara-cara Memasak:

1. Blend semua bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak n tumis bahan2 yg telh di blend. Tumis hingga naik bau wangi.
3. Masukkan ayam, garam, gula merah, hirisan daun kunyit dan serbuk cukup rasa MAGGIE. Kacau sebati, tunggu hingga ayam masak / bertukar warna. Masukkan air asam jawa, kacau n biarkan kuah menjadi pekat.
4. Akhir sekali masukkan santan, kacau sebati hingga kuah sedikit mendidih, kemudian tutup api. Kalau nak kering lagi, tunggu hingga kuah agak kering dan lepas tu baru padamkan api.
5. Boleh hidang bersama nasi ataupun pulut. Selamat Mencuba!

Selepas bersahur pergi ke pasar
Membeli sayur dan juga buah
Ramadhan ditempuh penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Angin dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Semua orang pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba sahaya
Sama-sama menyambut raya
Tidak dilupa kepada yang tiada

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan setelah melawan dugaan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Malam raya susun pelita
Takbir bergema membesarkan yang Esa
Bermaaf-maafan sesama kita
Semoga silaturahim erat sentiasa


Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir Batin


26 August 2011

Tempoh Hayat Susu Ibu & Kaedah Sediakan EBM


Assalamualaikum....saya nak share info berkenaan pam mengepam susu badan...smoga menjadi maklumat berguna buat kita semua esp buat mommy2 yg sedang gigih mengumpul stock susu demi mengenyangkan perut si manja...Sesungguhnya susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi... Moh kite pam shushu chaiyok2.... :-)

Tempoh Hayat Susu Beku:
  1. Disimpan di dalam peti ais 2 pintu - 3 bulan
  2. Disimpan di dalam peti ais 1 pintu - 2 minggu
  3. Disimpan di dalam deep freezer - 6 bulan

Tempoh Hayat Susu Cair :

  1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
  2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
  3. Disimpan di ruang sejuk peti ais 2 pintu - 7 hari
  4. Disimpan di ruang sejuk peti ais 1 pintu - 2 atau 3 hari

Menyediakan susu yang telah diperah untuk bayi anda.


* Susu yang telah diperah perlu disuamkan terlebih dahulu sebelum diberi kepada bayi.

* Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam


atau dengan cara meletakkan bekas dibawah laluan air paip.

* Jangan cairkan susu pada suhu bilik.


* Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.


* Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya.


* Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit dibahagian pergelangan tangan(wrist)

* Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.



20 August 2011

Aktiviti Selepas Berbuka Puasa...Kelab Tido Sedunia




Orang berbuka, die pun nak berbuka (berbuka minum shushu...), bile dah kenyang sambung tido balik...


Bile hari minggu, lepas berbuka dua-dua tintun, atas kerusi pun jadi...


Laaa... tido lagi...?? Kalau mcm ni hari-hari habisla ibu tak ada org nak tolong masak huhuhu...



13 August 2011

Doa Berbuka Puasa & Selepas Berbuka Puasa



Assalamualaikum dan salam Ramadhan... Sekadar ingat mengingat sesama kita termasuklah diri saya sendiri... Slalunya sejak kecik kita biasa hafal doa berbuka puasa jer kan... Jarang pulak kita (saya memang x baca pun...) praktikkan doa selepas berbuka puasa bila selesai makan. Semoga lepas ni bolehla sama2 amalkan baca doa selepas berbuka puasa sebagai tanda syukur kpd Allah atas nikmat juadah berbuka dan juga rasa kenyang setelah berbuka... Yelah kan payah jgk kalau dah berbuka x kenyang2 perut, mau makan aje smpai x hengat nak solat Maghrib huhuhu...


Doa Berbuka Puasa


Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.


Doa Selepas Berbuka Puasa

Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Jangan lupa berbuka puasa dgn didahului memakan buah kurma... Sunnah nabi... InsyaAllah pasti ada kebaikannya :)

Daripada Salman bin Amir Addabbi Assohaabi r.a. daripada Nabi SAW bersabda :

“Jika seseorang daripada kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci.” (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Hadith di atas menerangkan kepada kita bahawa orang Islam yang berpuasa disunatkan berbuka dengan buah kurma atau air biasa jika ketiadaan buah kurma. Inilah tertib atau sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Hikmah kita disunatkan berbuka dengan buah tamar ialah kerana kurma dipercayai mengandungi glukosa yang mampu memberi tenaga segera kepada badan.

Justeru itu, sesiapa yang berpuasa dengan ikhlas kerana Allah SWT, kemudian beramal mengikut sunnah Rasulullah SAW akan di beri ganjaran pahala di akhirat serta mendapat nikmat dan rahmat Allah SWT di dunia dan juga di akhirat.

08 August 2011

Boleh Dan Tak Boleh Breastfeed Baby

Assalamualaikum semua...dan salam Ramadhan dari saya... Doa saya agar tahun ni kita semua dapat menjalani ibadah puasa tanpa sebarang masalah dan amal ibadat kita diterima Allah Taala... Smoga kita memperoleh kebaikan dunia dan akhirat...

Topic kali ni bukanlah psl Ramadhan sebenarnye, yg atas tu mukadimah je :-) Saya nk story psl susu ibu. Saya masih dlm tempoh berpantang (jgn tanya saya pose ke idak ye hehehe...). Hari ni genap 30 hari saya berpantang & dlm tempoh tu saya sentiasa berusaha utk menyusukan Hakimi (direct bf or ebm) even pengeluaran susu bdn saya x konsisten. Since my baby isn't really latching right n will be on me for over an hour most times, I am mostly expressing milk n bottle feeding. Kadang2 skali pump dpt smpai 5oz (ni kira bangga habis la ni :p), tapi kadang2 nak dpt 2oz pun smpai nak nangis saya pump. Hakimi plk kuat minum susu sian dia... jd stock susu rasa mcm kais pagi mkn pagi kais ptg mkn ptg pun ada hehehe... Tambahan lg sepanjang berpantang saya kerap demam, smpai menggigil-gigil, bengkak susu, selera makan pun agak kurang sbb slalu x sihat. Bila dah x sihat mcm2 pil, ubat, suplement, jamu, herba dll husband saya cuba beli utk bg cpt sihat plus pulihkan tenaga saya yg still sakit2 bdn. Maka risau jgklah hati saya takut dpt efek pd Hakimi. Saya pun search utk info lanjut...

  1. Teruskan penyusuan susu ibu walaupun : • mengalami demam selsema, selsema atau jangkitan bakteria. Apabila anda tidak sihat, tubuh anda menghasilkan antibodi yang akan dipindahkan kepada bayi menerusi susu. Jika anda berhenti menyusukannya, anda sebenarnya mengurangkan perlindungan bayi • sedang mengambil ubat-ubatan, suplemen pemakanan atau sediaan herba. Akan tetapi, semaklah dengan doktor terlebih dahulu.
  2. Berhenti menyusukan bayi buat sementara waktu jika anda: • mengalami abses payudara atau penyakit yang serius. • menjalani pembedahan yang besar atau mengalami jangkitan yang serius. • mengalami tuberkulosis – tunggu doktor mengesahkan anda tidak lagi berjangkit. • mempunyai lesi herpes yang aktif
    pada payudara.
  3. JANGAN menyusukan bayi jika anda: • mempunyai hepatitis C. • positif HIV • sedang mengambil ubat anti-barah. • sedang mengambil ubat-ubatan radioaktif (seperti iodin).
  4. Hadkan pengambilan teh dan kopi kerana minuman ini boleh menyebabkan bayi menjadi terlalu aktif.
  5. Awasi pengambilan alkohol kerana ia boleh mengurangkan penghasilan susu.
  6. Cuba elakkan daripada mengambil sediaan herba terutamanya jika bayi anda mengalami jaundis atau dilahirkan pramatang.
  7. Jangan ambil ubat-ubatan tanpa preskripsi doktor.
  8. Jangan merokok atau biarkan diri sendiri dan bayi terdedah kepada asap rokok kerana ini boleh menjejaskan penghasilan susu.
  9. Ubat-ubatan yang selamat untuk diambil dalam tempoh penyusuan :
  • Analgesik (seperti parasetamol, ibuprofen, aspirin dan sebagainya)
  • Kebanyakan antibiotik
  • Antihistamin
  • Antasid
  • Ubat-ubatan asma
  • Ubat-ubatan berasaskan steroid (seperti krim kulit)
  • Suplemen pemakanan
Baby Hakimi yg semakin bulat & berat...

30 July 2011

EPISOD BARU 6 SYAABAN 1432H - 8 JULAI 2011




Assalamualaikum wbt buat semua yg sedang membaca entry ni... Previous entry topik saya Bile Baby Nak Kuar Nih...? merupakan detik2 awal kronologi pengalaman saya melahirkan anak pertama, putera kesayangan abi dan ibu, Megat Ammar Hakimi bin Megat Aminuddin pada tanggal 8/7/2001 hari Jumaat pada jam 9.52 malam. Semasa sedang leka menaip post blog sambil2 google set bersalin Shaklee, tiba2 perut saya rasa sakit lain macam. Rasa sakit tu x mcm sebelum ni (mengeras & kadang2 sampai x ckup nafas + sakit pinggang). Perut rasa senak mcm nak buang air besar. Masuk toilet x der ape2 pun yg kuar hehe x yah spesifik sgtla eh ape yg kuar tu... Lps tu saya jln2 skit dlm bilik sambil zikir Nabi Yunus dlm hati. Sampaila masuk azan Subuh barula sakit tu kurang.
Siangnya (hari Khamis) saya mula packing2 barang sikit2 (plan lps bersalin nak blk berpantang di JB). Lepas tu saya sental toilet, baring & tido sbb skt perut memulas-mulas tu kejap dtg kejap hilang. Sampaila mlm tu masa tgh tgk rancangan Semanis Kurma, skt pinggang mcm senggugut dtg menyerang. Oh tidak...masuk mlm ni dah 3 kali mlm Jumaat saya rasa sakit. Mlm Jumaat yg pertama, perut mengeras, pegi hospital kene tahan wad 4 hari sbb kandungan belum matang baru 36 minggu. Malam Jumaat seterusnya turun darah, kene tahan wad 2 hari. Masa tu dah 37 minggu & doktor bg pilihan samada nak tunggu smpai bersalin atau balik rumah? Saya pilih balik rumah hehe... Kali ni mlm Jumaat yg ke 3. Hmmm...saya mula berkira-kira lagi nak gi hospital ke x nak. Setakat skt pinggang & rasa mcm senggugut tu maybe boleh thn lg. Baby pun gerak aktif n saya x rasa risau kecuali gerakan baby x cukup 10 dlm masa 12 jam. Bagitau husband mlm ni x nak online, nak tido awal. Lepas tu masuk toilet, opsss!! ada darah, fresh blood yg agak banyak. Hati saya dah x sedap tapi sbb nak control panik punye psl leh pulak saya mandi time2 mlm mcm tu siap sental toilet lg skali padahal baru sental je siang tadi (apela masalah saya ni kan hehehe...). Husband pun join tido awal sama sbb bujet nak bangun awal & bwk saya gi hospital lps subuh. Pukul 4am saya gerak husband bgtau saya lapar. Nasib baikla dia langsung x merungut (x penah2 saya lapar pagi2 buta). Dia bangun masak air bancuhkan milo utk saya & bawakkan biskut ke dlm bilik nak bg saya mkn kat katil. Dah kenyang, sambung tido dlm kesakitan yg x baper nak sakit (x tau nak described camane).
7.00am Jumaat - Dah bangun pagi saya rasa ada basah2 tp x dela smpai basah lencun. Mintak husband saya check dia kata air jernih & bukan mcm air kencing (yela x munkin saya kencing tilam umoq pun dah 26 heh). Oleh kerana kesiankan suami saya yg dah 2 kali Jumaat x masuk ofis sbb bwk saya gi hospital, maka saya tenangkanla husband yg dah agak gelabah tu supaya dia masuk ofis dulu. Even sakit mcm senggugut tu dtg selang 5 minit, 4 minit dan makin kerap menjadi 3 minit, saya nak pastikan betul2 biarla kali yg ke 3 ni pegi hospital trus masuk LR. Breakfast telur setengah masak sebiji & air milo panas. Masa kat rumah sorang2 saya baring thn sakit perut, dlm hati berdebar2 dan perasaan takut nak bersalin dah mula dtg sikit2.
11.00am - Sakit senggugut yg saya rasa tu makin kerap & makin kuat sakitnya. Saya trus capai handphone & call husband kat ofis. Rupanya husband saya pun x dapat fokus keje kat ofis & mmg nak balik rumah tgk keadaan saya. 10 minit je saya tunggu husband saya pun sampai rumah & re-checking balik barang2 yg perlu dibawa termasukla buku check up saya. Sampai je kat bahagian saringan (Hospital Kajang), nurse terus buat CTG & alhamdulillah jantung baby ok. Doktor check jalan, 2cm. Aduh...rasa sakitnya mcm dah boleh masuk LR dah, rupanya belum lagi. Hmmm...mcm biasala, saya kene tahan wad.
2.00pm - Husband belikan nasi tapi saya x lalu makan. Waktu melawat pun dah habis, sedih bile husband saya x dapat tunggu kat wad. Husband saya nak ke Shah Alam sbb ada urusan. Saya pulak kat wad duk baring atas katil pusing kiri pusing kanan tahan sakit yg semakin kerap & kuat. Darah turun bercampur air ketuban (x banyak pun sikit2 je) buat saya rasa bertambah yakin yg saya akan bersalin hari ni jgk. Saya jadi x lalu makan (last mkn b'fast pagi td je) even minum pun saya jadi rasa x nak sbb nak bangun pun payah. Pinggang dah mcm nak tercabut rasanya.
6.30pm - Nasi makan malam pun sampai. Saya gagahkan diri turun katil & pujuk lidah saya ni supaya ada selera nak mkn. Mesej husband saya tanya ada dimana, dia sedang dalam perjalanan dari Shah Alam ke hospital utk melawat saya. Baru je nak suap nasi, nurse panggil nak buat VE. Hati saya berdebar-debar, skali doktor check, trus saya kene tolak gi LR. Ya Allah...mana sayang ni...? saya cakap kat nurse nak kol husband dulu. Masa tu dengar je suara dia dlm hp airmata saya terus mengalir. Rupanya husband saya terperangkap dlm traffic jam & x munkin saya dpt jumpe salam cium tgn husband saya sebelum saya melahirkan anak kami. Nasi pun saya langsung x sempat jamah. Dalam keadaan terbongkok2 saya keluarkan baju n pampers baby dgn bantuan nurse2 pelatih utk dibawa ke LR. Masa tu dlm kepala otak saya duk pikir camane la rupa Labor Room.
7.00pm - Dah ada dalam LR. Perut saya dah sakit sgt2, jalan dah buka 4cm. Nurse buat CTG n saya dengar jantung baby berdegup laju sgt. Ya Allah...Mudahkanlah aku, bantulah hambaMu yg lemah ini, kuatkanlah semangatku untuk aku menempuh rasa azab sakit melahirkan zuriatku ini... Doktor senior, Dr. Norhayati cuba mengajar saya cara2 utk meneran. Saya tgk jam 8.45pm. Kontraksi makin kuat tapi saya belum rasa nak meneran lagi. Masa tu saya dah tak boleh control diri saya & mintak pain killer dari nurse yg setia berdiri tepi saya sambil pgg tangan saya. Permintaan saya tak diendahkan atas alasan dah tiba masa utk bersalin. Rasa azab sakit tu buatkan saya rasa mcm ada kat dunia lain, bukan kat dlm LR huhuhu... Apa yg doktor2 pelatih ckp kt tepi saya pun saya dah x boleh nak tumpu. Terima kasih semua sbb bg semangat pada saya...
9.10pm - Dalam rasa sakit dgn kaki dah standby dlm posisi utk push, saya sempat dongak tgk jam. Ya Allah...kat manala sayang ada skrg ni...?dlm traffic jam lg ke...? Tiba2 dengar suara doktor Hayati jerit kuat (mmg lantang betul suara dia) "Puan...!! Dah sampai masa puan nak beranak !! Saya ckp teran....puan teran ye....OK TERANNNN!!!" sepenuh tenaga saya tekan bdn ke bawah & tarik besi katil sekuat hati sebagai bantuan utk push. Ya Allah sakitnya..... Tapi tak berjaya...Masa tu entahla saya pun x kira baper kali saya teran tapi x kuar2 kepala baby. "Puan, saya tarik tgn puan ni cuba rasa kepala baby dah kuar sikit...puan dpt rasa x rambut baby???" Agaknya mmg diorang sume ckp kuat2 time patient dah nak deliver sgt2 sbb takut patient lyn sakit sgt sampai x dengar suara org keliling... Bila doc tarik tgn saya ke bawah, saya dpt rasa kepala baby...rambut baby... Betul ke ni kepala baby... Saya rasa nak nangis, tapi airmata saya x kuar...x tau nape...munkin sbb skt sgt kut...
9.50pm - Setelah bertarung nyawa hampir 3jam dlm LR, yg paling saya x dpt lupa bila semua nurse2 senior, nurse2 pelatih n jgk doktor pelatih penuh dlm LR menjerit2 bg semangat pada saya. Jantung baby dah x bunyi lagi menandakan baby saya dah stop effort nak kuar. lagi skali, "PUAN ZAHIRA...KALI NI PUAN ALL OUT OK. SAYA KATE PUSH PUAN KELUARKAN SEMUA TENAGA PUAN DAN TERAN. OK NOW, PUSH!!!!" saya tarik nafas, tgk perut saya, tarik besi katil sekuat tenaga dan kuarkan suara saya utk push baby. "Ye betul2 buat mcm tu...puan boleh puan boleh...pandai2..." kuat giler suara nurse kt sebelah kanan saya cakap. Akhirnya, doktor berjaya jugak tarik kepala baby kuar & saya dpt rasa tali pusat bergulung2 keluar bersama dgn baby. Terus hilang rasa azab sakit nak bersalin. Saya lembik selembik-lembiknya. Yang tinggal hanya sisa-sisa tenaga yg masih ada utk saya buka mata saat doktor hayati angkat baby tinggi2 dpn saya... "Tahniah puan...cuba puan teka puan dapat baby ape...?" tekak saya kering sgt2 tp saya cuba jwb soalan doktor. "Baby boy...." "Tahniah puan...puan dah berjaya bersalin secara normal..." kata nurse kt sebelah kanan saya sambil usap2 tgn saya n senyum sebelum meninggalkan saya. Betul ke saya dah bersalin? Ah...lantakler yg penting saya nk cpt kuar dr LR ni. Stress sgt tgk wayar2 n mesin2 kiri kanan saya ni. Nak jumpe husband saya utk azan n tahnikkan anak kami. Mesti husband saya terkejut sbb kami ingat dpt anak perempuan melalui scan check up. Kuasa Allah yg keluar dr perut saya anak lelaki seberat 2.9kg. Apepun alhamdulillah anak kami cukup sifat. Proses seterusnya, proses menjahit (hmmm...yg ni saya x nak story sbb x sanggup nak ingat semula rasa sakitnyer...). ok tu ajer yg boleh saya story... Dah 3 minggu pengalaman melahirkan anak berlalu, bersyukur krn Allah beri kekuatan dan kudrat kepada saya sepanjang proses Ammar Hakimi dilahirkan... Saya rasa berbunga-bunga hati ni bila kali pertama melihat senyumannya... Lupe sekejap rasa sakit yg ditanggung. Terima kasih Allah... :)

Hakimi berusia 14 hari pada malam kenduri cukur jambul dan Aqiqah - inilah jadinya kalau x dibedung, tido gaya bebas hehehe...