Showing posts with label Soup for the soul. Show all posts
Showing posts with label Soup for the soul. Show all posts

03 February 2013

When Life Doesn't Go As Planned





I remember daydreaming about the future when I was younger. I never dream about being married, yet I always saw myself in a relationship. I have learned a lot last year already. I learned that things don't always turn out the way you planned, or the way you think they should. And I've learned that there are things that go wrong that don't always get fixed or get put back together the way they were before. I've learned that some broken things stay broken, and I've learned that I can get through bad times and keep looking for better ones, as long as I have people around me who love me....


When life gets stressful, I often forget the things I should remember, and remember the things I should forget.


Some reminders to help motivate myself  when I need it most.

1. Giving up doesn't always mean you’re weak, sometimes it means you are strong enough and smart enough to let go. Hanya kepada Allah tempat mengadu & berserah...

2. Spend more time with those who make you smile and less time with those who you feel pressured to impress. Most negative people behave negatively not just to you, but to everyone they interact with.  What they say and do is a projection of their own reality, their own attitude. 

3. No matter how it turns out, it always ends up just the way it should be.  Either you succeed or you learn something. Win-Win.

4. You can’t force yourself to forget about something because the only reason why we forget is when a better memory has taken its place. It’s okay.  You will be okay.... :)

5. The only thing you can absolutely control is how you react to things out of your control.  The more you can adapt to the situations in life, the more powerful your highs will be,  and the more quickly you’ll be able to bounce back from the lows in your life. 

“…and put your trust in Allâh if you are believers indeed. (Surah Al-Ma’idah, 5: 23)


may ALLAH ease our way, guide every step of the way till the end of life ... and strengthen our iman in all problems... Amin...



17 April 2012

It's A Life! Be Happy & Make Others Happy



Assalamualaikum semua... Dah lama saya tak menulis sesuatu disini... Jom kita muhasabah diri & perbaiki mana yang kurang... Jom kita sama-sama menjadi insan yang lebih "outgoing" tetapi masih berlemah lembut & menjaga tatasusila sebagai seorang Islam... Jom kita bina satu identiti positif yang baru agar kita lebih dihormati tetapi tidak takbur diri... Umpama kesimpulan hasil tulisan Dr. Muhamad Bin Abdurrahman al-Arifi, tutur kata yang baik akan membawa kepada kenikmatan hidup tanpa beban & penuh suka cita, tak kira walau siapa pun diri anda...

Contoh terdekat, jika melihat orang lain, walau bagaimana sekalipun mereka, adalah sangat penting kita menjaga tutur kata. Secara mudah, kita memilih lisan yang paling baik untuk didengar oleh mereka. Malangnya dek kerana terlalu pandai berkata-kata, dalam keadaan tak sedar kita mengeluarkan kata-kata yang seolah memandang rendah kemampuan orang lain.


Contoh seterusnya, jangan suka mengkritik. Sekali lagi satu sikap yang sangat mudah wujud dalam perbualan kita setiap hari. Kita mengkritik semua perkara. Hatta hal peribadi orang lain juga kita kritik sewenang-wenangnya tanpa memikirkan perasaan mereka. Paling mudah sikap kita yang suka mencela makanan.

Ramai berkata, orang pandai berbicara adalah kerana bakatnya. Tapi saya berfikir sebaliknya. Untuk pandai berbicara memerlukan ilmu dan latihan yang khusus. Jika lisan itu suatu perkara yang perlu dijaga teliti, maka seharusnyalah kita sentiasa beringat dan berusaha belajar, beramal menjaganya.



Ya ALLAH,
Teguhkan hatiku,
Untuk terus melangkah dalam hidup ini,
Yang kurasakan saban hari memeritkan,
Jadikan ia kembali salju,
Kerana sabda Rasulullah s.a.w.,
Dunia ladang akhirat.

Ya ALLAH,
Aku ingin bahagia seperti mereka,
Meredah lautan dalam kedamaian dan kenyamanan.

Andai aku belum layak ya ALLAH,
Maka layakkanlah aku,
Dengan bekalan iman dan taqwa itu,
Yang kuyakini hanya itu,
Yang dapat menyelamatkan daku,
Dari berputus asa dengan rahmatMU...

Aku ingin bahagia,
Dalam dakapan kasihMU ya ALLAH...


29 January 2012

Amalan Zikir Harian


Assalamualaikum rakan blogger semua... Syukur alhamdulilah kita masih diberi kesempatan utk terus hidup bersama insan-insan yg kita sayang... Saya sedang mengingatkan diri saya yg kadang2 alpa mengingati Allah... Bila dah nak masuk tidur barulah saya teringat dan rasa sedih lalu saya berzikir dlm hati sebanyak yg boleh hinggalah saya terlena... Seboleh-bolehnya saya mahu mengingat Allah setiap masa. Saya berazam utk sentiasa meingati Allah x kira dikala sibuk mahupun penat, gembira atau bersedih, dirumah atau dlm kereta apatah lagi bila sakit.

Zikir itu menenangkan hati... menyucikan jiwa... Menambah rezeki & ganjarannya pahala... Zikir harian yg saya share ni diambil dari google sbg rujukan sesiapa yg masih belum hafal & dlm proses nak menghafal. InsyaAllah niat yg baik utk menjadi mukmin terbaik pasti akan mudah & x susah. Semoga kita semua sentiasa dlm lindungan & rahmat Allah...




08 October 2011

Mukjizat di sebalik BASMALLAH



BASMALLAH adalah sebutan atau nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

KELEBIHAN-KELEBIHAN BASMALLAH

1.Yang pertama ditulis qalam adalah BASMALLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BASMALLAH pada awalnya kerana BASMALLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Malaikat Jibrail a.s.

2.Firman Allah s.w.t dalam Hadis Qudsi yang bermaksud : "BASMALLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BASMALLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BASMALLAH diturunkan kepada Adam."

3.Tatkala BASMALLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4.Demi Allah dan keagungan-Nya, tidaklah BASMALLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BASMALLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5.Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BASMALLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6.Jumlah huruf dalam BASMALLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga Neraka ada 19 (QS.AL http://qs.al/ Muddatsir:30) .Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 Malaikat Neraka maka bacalah BASMALLAH 19 kali setiap hari."

7.Tiap huruf BASMALLAH ada junnah (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BASMALLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. "

8.Barangsiapa yang memuliakan tulisan BASMALLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di Syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9.Barangsiapa yang membaca BASMALLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10.Barangsiapa yang membaca BASMALLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.


11.Barangsiapa yang membaca BASMALLAH sebanyak 50 kali dihadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Sabda Rasulluah s.a.w. yang bermaksud : "Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."



13 August 2011

Doa Berbuka Puasa & Selepas Berbuka Puasa



Assalamualaikum dan salam Ramadhan... Sekadar ingat mengingat sesama kita termasuklah diri saya sendiri... Slalunya sejak kecik kita biasa hafal doa berbuka puasa jer kan... Jarang pulak kita (saya memang x baca pun...) praktikkan doa selepas berbuka puasa bila selesai makan. Semoga lepas ni bolehla sama2 amalkan baca doa selepas berbuka puasa sebagai tanda syukur kpd Allah atas nikmat juadah berbuka dan juga rasa kenyang setelah berbuka... Yelah kan payah jgk kalau dah berbuka x kenyang2 perut, mau makan aje smpai x hengat nak solat Maghrib huhuhu...


Doa Berbuka Puasa


Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.


Doa Selepas Berbuka Puasa

Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Jangan lupa berbuka puasa dgn didahului memakan buah kurma... Sunnah nabi... InsyaAllah pasti ada kebaikannya :)

Daripada Salman bin Amir Addabbi Assohaabi r.a. daripada Nabi SAW bersabda :

“Jika seseorang daripada kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci.” (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Hadith di atas menerangkan kepada kita bahawa orang Islam yang berpuasa disunatkan berbuka dengan buah kurma atau air biasa jika ketiadaan buah kurma. Inilah tertib atau sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Hikmah kita disunatkan berbuka dengan buah tamar ialah kerana kurma dipercayai mengandungi glukosa yang mampu memberi tenaga segera kepada badan.

Justeru itu, sesiapa yang berpuasa dengan ikhlas kerana Allah SWT, kemudian beramal mengikut sunnah Rasulullah SAW akan di beri ganjaran pahala di akhirat serta mendapat nikmat dan rahmat Allah SWT di dunia dan juga di akhirat.

13 June 2011

Soal Hati...Jangan Biarkan Ia Mati...

MUKADIMAH

Manusia busuk hati ada dimana-mana, kalau boleh kita langsung tidak mahu mendekati mereka, bimbang dan takut kalau-kalau kita pula bakal menjadi mangsa kebusukan hatinya. Namun ada juga yang suka mendampingi mereka, tidak diketahui samada akalnya pendek dan terlalu naif atau ada agenda tersembunyi, hanya Allah yang tahu...
Ada orang cakap, "Bau busuk bangkai binatang kita boleh hidu, bau busuk hati manusia, susah kita nak hidu." dari penyataan tersebut boleh kita simpulkan, untuk mengenal manusia berhati busuk amatlah sukar, namun dengan pengalaman hidup, ianya tidak mustahil.

Tahukah kalian, betapa bahayanya manusia busuk hati? Ada pendapat mengaitkan busuk hati dengan perasaan cemburu dan hasad dengki, ya memang benar, manusia busuk hati memang mudah berasa cemburu, cemburu dalam aspek negatif, ada cemburu yang positif di mana ia membuatkan seseorang itu berusaha lebih gigih untuk menjadi lebih baik daripada insan yang dicemburuinya. Saya tidak mahu menuding jari kpd sesiapa atau mana-mana pihak... Hanya utk renungan bersama & utk peringatan kpd diri sendiri... Semoga perkongsian topik berat ni dapat membuka hati & minda kita semua...

KUPASAN
Cemburu manusia busuk hati menjurus kepada sifat hasad dengki dan seterusnya membawa kepada perbuatan khianat, perbuatan khianat pula ada pelbagai jenis, dari fitnah, sabotaj, mengadu domba, melaga-lagakan orang dan banyak lagi cabang perbuatan khianat. Sebutkan saja apa jenisnya, manusia-manusia yang busuk hatinya sanggup lakukan apa sahaja asal hatinya puas melihat orang lain susah, diaibkan, kerugian, ditimpa kecelakaan atau kemalangan.

Mengenal manusia busuk hati tidaklah sesukar mana, berdasarkan sedikit pengalaman hidup dan sedikit kajian kita boleh mengenali atau mengesan adakah seseorang itu berhati busuk atau tidak.

Antara cara paling senang nak kenal manusia busuk hati adalah dari cara pergaulan dan komunikasi mereka, kalau berbicara mereka lebih gemar berbicara tentang orang lain, si fulan itu, si anu ini, bicara tentang keburukan, kelemahan dan keaiban si fulan dan mempersendakan orang lain. Pantang nampak orang yang didengkinya, mula keluar cerita dari A sampai Z. Senang bahasa kita cakap MENGUMPAT dan MENGATA.

Orang lain rajin bekerja, mereka kata nak menunjuk-nunjuk, nak bodek bos, kalau nampak orang lain beli kereta baru, rumah baru, kita tidak akan dengar mereka cakap "Untung si fulan, Allah bagi rezeki kat dia, bila la turn aku pulak nak dapat rezeki macam dia..." tapi yang akan kita dengar mungkin "Si fulan tu baru tukar kereta, Honda pulak tu, pangkat sama dengan aku je tapi mampu pakai Honda, tu tak de lain, kalo tak jual tanah pusaka, menang nombor ekor entah-entah jual dadah...."

Sekiranya anda mengenali mana-mana individu sebegini, eloklah berhati-hati berkawan dengan mereka, cuba fikir, hari ini mereka mengata orang lain, esok lusa apa yang akan menghalang mereka dari mengata dan mengeji diri anda pula? Kalau anda sendiri memiliki sikap suka MENGUMPAT dan MENGATA orang dalam proses komunikasi harian, eloklah cari penawar hati dengan segera, cuba ubah sikap sedikit demi sedikit, banyak lagi topik perbualan yang boleh kita borakkan bersama rakan-rakan ataupun ahli keluarga selain dari bercakap tentang orang lain.

Manusia busuk hati lebih percaya kepada perkara-perkara syirik, tahyul dan khurafat dari percaya kepada Allah. Percaya kepa
da bomoh atau popular masa kini ramai orang panggil 'manderem'. Berani saya katakan, mereka amat memerlukan bomoh dalam hidup mereka, dalam keluarga mesti ada bomoh yang bertangungjawab dalam melindungi diri mereka dan keluarga mereka dan juga untuk tujuan membuat khianat atau membalas dendam. Ya memang ada bomoh hebat yang boleh santau orang, buat orang kena penyakit ganjil dan macam-macam lagi, nak tau kenapa mereka hebat? Sebab syaitan tolong jayakan usaha khianat mereka. Sejarah telah mengatakan yang syaitan akan berusaha sedaya upaya untuk menyesatkan mereka dan salah satu salurannya ialah melalui kepercayaan manusia terhadap perkara-perkara syirik, tahyul dan khurafat seperti ini.

Andai kata manusia-manusia busuk hati ini ditimpa sakit atau bencana, dalam pemikiran mereka tidak ada benda lain, "Ni mesti si anu yang buat khianat..." nak tahu kenapa, kerana manusia busuk hati meletakkan imej mereka sendiri pada diri orang lain, selain dari percaya sesuatu yang berlaku itu dugaan dari Allah, mereka lebih suka memikirkan ia adalah perbuatan khianat orang lain sebab itu yang akan mereka lakukan kepada orang lain. Dah tentulah, sudah pasti manusia-ma
nusia busuk hati ini akan melakukan perbuatan khianat terhadap orang yang didengkinya dan sekiranya mereka pula yang ditimpa musibah, mereka akan menyangka ada orang berdendam dengan mereka walhal ia adalah dugaan dari Allah.

Ingatlah, doa insan teraniaya itu mudah dimakbulkan Allah. Kita buat khianat terhadap seseorang, kita sabotaj mereka, dan bilamana mereka ditimpa musibah dari apa yang kita lakukan, maka mereka dikategorikan sebagai insan yang teraniaya. Andai terdetik di hatinya yang merasakan mungkin ada orang membuat khianat terhadapnya, lalu mereka mengerjakan solat hajat dan berdoa kepada Allah agar diberi petunjuk dan doanya akan dimakbulkan. Apa yang anda tahu apa yang bakal menimpa diri anda? Manusia busuk hati tidak akan terfikirkan akan kemungkinan ini, mereka hanya fikir "Ini mesti kerja dia sebab nak balas dendam dengan aku..."

Manusia busuk hati selalu takut dan tertipu dengan bayang-bayang sendiri, lebih-lebih lagi kalau mereka banyak buat khianat kepada orang lain. Contoh ringkas, kereta anda calar dan ia dicalarkan oleh manusia yang busuk hati kepada anda, paling teruk pun anda merungut " Tak guna betul, ni mesti budak-budak nakal calarkan keta aku, teruk betul la diorang ni...." dan dengan izin Allah 2-3 hari lepas tu kereta orang yang busuk hati kepada anda pula dicalarkan, cuma kali ni keretanya betul-betul dicalarkan oleh budak-budak nakal, apa yang akan keluar dari mulut mereka " Ini mesti kerja si fulan ni sebab hari tu aku calarkan kereta dia....". Nah, sekarang anda nampak tak maksud saya yang manusia busuk hati ni selalu takut dan tertipu dengan bayang sendiri. Bila hati dah busuk, fikiran dan mental pun akan rosak dan gagal berfikiran positif, hidup siang malam tak tenang, takut ada orang nak balas dendam, sebab tu saya katakan, manusia busuk hati amat-amat memerlukan bomoh untuk melindungi diri mereka, ahli keluarga dan harta benda tanpa mereka sedar yang mereka syaitan sedang mentertawakan mereka.

Manusia busuk hati mempunyai banyak idea untuk membuat khianat, kadang-kadang secara spontan mereka boleh fikirkan cara tanpa perlu perancangan teliti. Peralatan untuk membuat khianat sentiasa dibawa kemana-mana dan ada di mana-mana, paling ringkas mereka boleh isi batu kecil ke dalam penutup tiub tayar motor/kereta untuk buat khianat. Maka bila mangsa perbuatan khianat mereka dalam perjalan pulang, motor/kereta akan pancit dan berjayalah misi manusia busuk hati itu. Nak buat macam mana lagi, dalam kepala asyik nak dengki dengan orang saja. Tak boleh tengok orang senang sikit, tak boleh tengok orang lebih sikit.

PENUTUP

Kalau kita buat banyak pemerhatian dan kajian, tambahan pula ada pengalaman menjadi mangsa atau mungkin anda sendiri pernah menjadi manusia busuk hati, mungkin banyak lagi ciri-ciri yang boleh kita nampak pada manusia-manusia busuk hati ini. Tak kira dari pelbagai bangsa dan agama. Tak kira di mana-mana, di rumah atau di tempat kerja, mereka ini wujud, cuma kita sedar atau tidak sahaja, AWAS, mereka boleh menikam dari belakang dan pandai bermuka-muka, perhatikan di sekeliling anda dari jiran tetangga hingga rakan sekerja, jika ada ciri-ciri manusia busuk hati pada mereka, cubalah bantu mereka merawat hatinya, tapi anda perlu banyak bersabar dan bersedia untuk menghadapi apa-apa kemungkinan kerana seperti sedia maklum, manusia busuk hati suka membuat khianat. Perlu diingat juga, mereka pandai bersoaljawab walaupun terhadap perkara-perkara kebaikan, mereka juga suka memandang rendah, memperlekeh pandangan dan nasihat orang lain, mungkin anda pernah terbaca artikel "Kalau Allah itu Maha Baik, Mengapa buat Neraka?"Kalau anda tidak bersedia untuk membantu mereka, jauhkan diri dari mereka, tapi dengan cara yang sopan dan lembut. Kalau anda sendiri adalah manusia busuk hati, carilah penawarnya, rawatlah hati anda. Banyakkan berdoa kepada Allah, banyakkan mendengar ceramah agama dan muhasabahlah diri anda.

Firman Allah yang bermaksud:

“Orang yang menyakiti hati orang mukmin lelaki dan perempuan di atas perkara yang tidak dilakukan, maka sesungguhnya mereka itu melakukan dusta dan dosa yang nyata.”

Rasulullah SAW bersabda, yang ertinya :

“Sesungguhnya hasad dengki itu memakan kebaikan sepertimana api memakan kayu bakar”



21 May 2011

11 jenis manusia yang didoa malaikat


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah,
ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."



2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan so
lat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."


Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

Wallahualam... Selamat beramal...smile ^_^ ♥

09 April 2011

Freedom by Maher Zain




Gathered here with my family
...My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn't matter where you're from
Or if you're young, old, women or man
We're here for the same reason; we want to take back our land

Oh God thank you

For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom

We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

No more being prisoners in our homes

No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we've taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we're almost there

Oh God thank you

For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom

We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

I can feel the pride in the air

And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we're not backing of
Oh God we know you hear our call

And we're calling you for freedom, freedom

We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

13 February 2011

Sejarah Ayat Kursi

Untuk dikongsi bersama..

ﻪﺗﺎﻛﺮﺑﻭﷲﺍﺔﻤﺣﺭﻭﻢﻜﻴﻠﻋﻡﻼﺴﻟﺍ & Salam Sejahtera.

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

Untuk amalan kita semua..... Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.

Sabda baginda lagi;
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a.


Rasullullah s. a. w. bersabda, " SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT"

19 December 2010

09 November 2010

Jangan Bersedih...Sesungguhnya Allah Bersamamu...


Assalamu'alaikum...


Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan:

· Menangis kerana terlalu sedih.

· Menangis kerana terasa hina dan lemah

· Menangis untuk mendapat belas kasihan orang

· Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis

· Menangis orang munafik - pura-pura menangis

· Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati

· Menangis kerana rasa takut

· Menangis kerana cinta

· Menangis kerana gembira

· Menangis kerana menghadapi penderitaan.


"..Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangisan, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil, namun ia tidak pernah kering, ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti? Jika air mata itu ditampung banjirlah dunia ini.

Menangis tercela atau terpuji??? Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api neraka. Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya, lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."


Air mata yang tiada di tuntut:

· Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya.

· Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

· Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

· Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.


Dari itu...?

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah S.W.T.

Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

13 July 2010

AMALAN SUNAT BULAN SYA'BAN



Topik kali ni ringkas je... Cuma saya terpanggil nak post kat blog sebab rasanya dah lama tak post topik berkaitan hati... Khas untuk insan yang saya sayang, seluruh ahli keluarga saya dan umat Islam amnya...

Blow kiss
Syaaban adalah bulan Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya " Dinamakan dengan syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.

  • Setiap amalam kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
  • Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.
  • Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun.
  • Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat sunat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.
  • Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.

Kesimpulannya amalan yang berterusan ini akan membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta meyambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup.

Sama-samalah kita amalkan ye sempena bulan Allah ini. Semoga nota ringkas diatas ni yg saya ambil dari seorang hamba Allah dapat mengingatkan kita semua & juga kpd saya InsyaAllah... Kita semua adalah umat Muhammad SAW akhir zaman. Saling ingat-mengingati amatlah dituntut sesama saudara....

Sabda Nabi SAW maksudnya: “ Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu. Sembahyang yang paling disukai oleh Nabi SAW iaitu yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit apabila baginda sembahyang. Apa jua sembahyang ia akan lakukan secara berterusan” (HR Bukhari)

18 April 2010

I Wanna Stop Stressing Out About HUGE Prob

Glitter Word Generator - http://www.glitterwordslive.com

All of us have a story, the diference is the action we take, the attitude we have, and the goals we set. Stress from my office was beating me down...Well...I want to be me...Sometimes I want to be free of the bullshit. Stress can make me sick and i need peace!

I have no natural remedies to reduce my stress, but all below what have i done in order to releasing my stress and i wanna share with all of you....

A. Make my faver hangout spots at home:

  • Add some furniture - at my balcony & my own bedroom.
  • Create the mood - with scented candles & a tall floor lamp for spending some time reading here (still in planning)
  • Make it green - not only do plants release refreshing oxygen, it also beautifies the space.
B. Weekend project:

  • Decorating - my living room - put up artwork or photos....whatever i like with a lil' colour.
  • Ask myself - if it's the job i hate, the people i work with, or the office envi. Do the paper work & find out exactly what it is i am unhappy with (writting down = release my mind = feeling better)
  • Go for a shopping! - every girl needs a lil' chic, am i right?
  • Saloon time..... - it will be more meaningful when i share it with my beloved mum or sister.
C. Don't let a negative talk spoil my day:

  • Redirect conversation - keep the mood positive - compliment my friend...or just zipping my mouth & keep quite instead of being hypocrite...hmmm...
  • Focus - on myself & my own health rather than comparing my life to my friends' or other people.
  • Forget 'bout it - Instead of saying something negative 'bout myself, say something positive 'bout someone else (celebrities, colleagues, partner, my own self hihihi...)

05 April 2010

Not In My Name



Rahim
Karimun
'Adim
'Alimun
Halim
Hakimun
Matin

Mannan
Rahmaanun
Fattah
Gaffarun
Tawwab
Razzaqun
Syahid

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa ali Muhammad
Ya Muslimin shallu alayh

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa shahbi Muhammad
Ya Mu'minn shallu alayh

Latif
Khabirun
Sami'
Basirun
Jalil
Raqibun
Mujib
Ghafuur
Syakuurun
Waduud
Qayuumun
Ra'uuf
Shabuurun
Majid

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa ali Muhammad
Ya Muslimin sallu alayh

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa shahbi Muhammad
Ya Mu'mineen shallu alayh

Allahu Akbar Allahu Akbar
La ilaha illa hu
Al Malikul Quddus

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Rahmanul irham da'fana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Ghaffaru ighfir dhunubana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Sattaru ustur 'uyubana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Mu'izu a'izza ummatana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Mujibu ajib du'aana

Allahu Akbar Allahu Akbar

Ya latifu ultuf bina

24 March 2010

A LIL' OF THOUGHTS



Dare to Fail?

I intended to write this a day after certain incidents. Well, the title says it all.

“Imagine life as a game in which you are juggling five balls in the air. You name them – Work, Family, Health, Friends and Spirit and you’re keeping all of these in the Air.

You will soon understand that work is a rubber ball. If you drop it, it will bounce back.

But the other four Balls – Family, Health, Friends and Spirit – are made of glass. If you drop one of these; they will be irrevocably scuffed, marked, nicked, damaged or even shattered. They will never be the same. You must understand that and strive for it.”

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mesej-mesej dibawah ni pulak mungkin sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi buat kita semua........(termasuk diri saya juga)

  • Hidup Berani Untuk Gagal buat mereka yang belum lepas UPSR, PMR, SPM dan STPM
  • Hidup Berani Untuk Gagal buat mereka yang belum tamat kolej/universiti
  • Hidup Berani Untuk Gagal buat mereka yang belum mendapat sebarang kerja
  • Hidup Berani Untuk Gagal buat mereka yang sedang bercinta/bertunang/merancang untuk berkahwin
  • Hidup Berani Untuk Gagal buat mereka yang merancang untuk berhenti kerja/membuat bisnes sendiri
  • Hidup Berani Untuk Gagal buat mereka yang belum mendapat anak
  • Hidup Berani Untuk Gagal buat semua!!!!
Mungkin ini juga membantu kita untuk berfikir lebih sedikit tentang erti kehidupan....



Are YOU A Destination Addict?











Too busy thinkin' bout ur next life goal? Dissatisfied with life? So, juz how bad a destination addict are you?

  • You buy a fabulous dress on sale, even though it's too small. You tell urself dat you'll lose that fatty 3kg u picked up holidaying in Pangkor two years ago (mmmm.....)
  • You don't like ur current job, its long hours, but u THINK you'll feel differently once u promoted.
  • You've picked out a name for ur firstborn, even though u're single.
"PEOPLE TEND TO FOCUS ON DA FUTURE B'COZ THEY'RE NOT HAPPY NOW"

You may be looking forward as a way to distract urself from fixing whut's wrong NOW.

HAPPY NOW

While it's important to aim for things, it's not healthy to be focusing on ur goals to da exclusion of ur present happiness. Just like a real road trip, sometimes, it's not where u end up that gives most memorable, but da crazy antics u get up along da way...

Tips for kicking destination addiction:

- remind urself dat things u've done are juz experiences
- take time to celebrate ur successes before moving on to ur next goal

23 March 2010

Mencari Hati Yang Gembira.....



Hari ini saya menonton rancangan Breakfast Show dan Rachel Ray. Kemudian saya menulis sedikit nota didalam diari saya. Apa yang dapat saya simpulkan daripada kedua-dua rancangan ini ialah:
  • Tekanan yang kita alami samada sebelum ini, sekarang mahupun akan datang merupakan 'internal stress' bukannya 'external stress'. Ia melibatkan kekuatan dalaman seseorang dalam menghadapi (manage) sesuatu tekanan.
  • Semuanya bergantung kepada diri kita samada untuk menerima (face it@accept) masalah tersebut dan berusaha menangani tekanan, ataupun kita keluar daripada masalah itu, kemudian berusaha mencari sumber baru yang menyumbang kepada kehidupan yang lebih berkualiti.
  • Saya tertarik sangat dengan kata-kata daripada seorang pakar motivasi, 'stress itu sentiasa ada jalan penyelesaiannya (sooner or later), namun kitalah pokok utama yang menentukan sesuatu tindakan sebagai respons kepada stress yang dihadapi itu...' Kesimpulan yang dapat saya faham hari ini, setiap kaedah atau cara mengatasi stress itu terpulang kepada individu kerana hanya kita yang tahu perit, sedih, sakit yang dipendam selama ini. Asalkan hati bahagia....Tidak sakit jiwa (tambah lagi stress itu datang dari orang lain) dan hidup lebih tenang untuk kita beribadat kepadaNya insyaAllah...
  • Hati saya ketika ini tidak pasti....mungkin sedikit kecewa kerana masih termangu-mangu mencari keserasian dalam jiwa ini. Keserasian menjalani hidup yang penuh cabaran dan berinteraksi dengan ramai manusia yang berlainan sikap. Mencari keserasian dalam membezakan antara kehendak dan keperluan hidup.
  • Setelah mencatit sedikit sebanyak info yang mungkin saya akan terlupa satu hari nanti, saya duduk berfikir...merenung...menangis sedikit...Yang pasti, saya dapat satu keyakinan yang secara tiba-tiba terdetik di hati, saya akan berusaha menjadi penyumbang bahagia kepada orang sekeliling saya terutamanya ahli keluarga. Walaupun tidak seberapa, saya akan terus mencuba untuk tidak melibatkan orang lain apatah lagi menyusahkan mereka apabila saya sedang stress.
Itupun salah satu cara atasi stress bukan....? :)