27 May 2011

Cara-cara & Perkara Sunat Menyambut Kelahiran Bayi Dalam Islam


1. Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat-Saat Isteri Hendak Bersalin

Alangkah gelisah dan kritikalnya saat-saat akan melahirkan anak lebih-lebih lagi bagi ibu yang pertama kalinya akan melahirkan anak. Suami perlu memberikan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan sabar, di samping suami harus banyak berdoa kepada Allah serta banyak beristighfar dan berselawat disamping membanyakkan bacaan surah Al-Insyiqa’ dan surah Al-Hasyr.

2. Disunatkan mengucapkan tahniah

a) Orang-orang Islam adalah digalakkan supaya bersegera mengucapkan tahniah kepada saudaranya atau sahabat-handainya yang baharu sahaja menerima cahaya mata. Amalan ini disuruh kerana menghibur saudaranya selain itu amalan ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama Muslim.

b) Sekiranya seseorang itu tidak sempat untuk mengucapkan tahniah adalah digalakkan untuk mendoakan kesahteraan kepada saudaranya dan anak yang baharu dilahirkan oleh isterinya. Antara doanya ialah:

pg3b Cara cara & Perkara Sunat dalam Menyambut Bayi Mengikut Islam

“ Semoga Allah memberkati kurnianNya, syukurilah atas pemberian ini, penuhilah keperluannya dan rezekikanlah masa hadapannya "

c) Kemudian apabila doa ini diucapkan maka disunatkan pula kita menyahutnya dengan ucapan

pg3c Cara cara & Perkara Sunat dalam Menyambut Bayi Mengikut Islam

“ Mudah-mudahan engkau juga diberkati Allah serta dilimpahi keberkatan ke atas engkau."

3. Disunatkan azan dan Iqamah

a) Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir dan diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat didengar oleh bayi ialah kalimah Allah. Rasulullah SAW sabdanya yang bermaksud: Sesiapa yang memperolehi cahata mata (anak) maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan diiqmahkan di telinga kiri, nescaya terlepaslah darinya angin tiupan syaitan”

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi’ r.a. Rasulullah bersabda : Maksudnya : “Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a.”

b) Melakukan azan dan iqamah ini mempunyai hikmah tertentu, selain dari usaha untuk memohon perlindung daripada gangguan syaitan, azan juga merupakan laungan dan seruan kepada Allah, kepada agamaNya dan beribadah kepadaNya. Dengan itu jika lakukan seruan ini akan mendahului seruan syaitan. Azan juga adalah seruan kepada fitrah manusia yang asal sebelum digoda oleh syaitan yang ingin mengalih haluan kepada jalan jalan yang terkutuk dan dilaknati oleh Allah.

4. Melakukan Tahnik atau membelah mulut

a) Tahnik ini dilakukan dengan meletakkan sedikit isi tamar di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi serta dengan perlahan-perlahan digerakkan jari itu ke kanan dan kiri mulut bayi. Ini dilakukan sehingga isi buah tamar tadi menyentuh pada keseluruhan mulut bayi berkenaan dan tamar tersebut akan masuk ke dalam rongga tekaknya. Jika tidak ada tamar maka boleh digantikan dengan manisan lainnya seperti gula dan sebagainya.

b) Adalah lebih afdhal kalau tamar itu dikuyah oleh orang alim atau orang soleh untuk mendapatkan keberkatannya. Dalam satu hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Abi Musa r.a. katanya: “ Telah dikurnikan kepadaku seorang anak, aku membawanya menemui baginda Rasulullah s.a.w. baginda menamakannya Ibrahim, lalu baginda mentahnikkannya dengan tamar dan mendoakan keberkatan untuknya, kemudian baginda menyerahkan kembali anak itu kepadaku” amalan tahnik ini adalah untuk menguatkan anggota mulut bayi supaya lebih mampu untuk menghisap susu ibunya.

5. Mencukur rambut

a) Ini dilakukan sebaik-baiknya pada hari ketujuh kelahiranya, kemudian rambut itu ditimbang seberat emas atau perak dan disedekahkan pada fakir miskin, jika tidak mampu maka ditukarkan atas kadar wang atau sebagainya.

b) Amalan bercukur ini mengandungi hikmah yang tertentu iaitu: dari sudut kesihatan, ia boleh menguatkan tenaga pertumbuhannya, menghilangkan selaput kulit kepala (iaitu sejenis cecair beku yang meliputi kulit kepala) dan juga dapat memberikan daya kekuatan dan ketajaman pada penglihatan mata, bau dan pendengaran. Dari sudut kemasyarakatan bercukur mengalakkan umatnya bersedekah disamping menunjukkan kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan-Nya.

Larangan

c) Walaupun disunatkan bercukur bagi orang Islam tetapi dilarang daripada melakukan Qaza’ iatu mencukur sebahagian kepala kanak-kanak dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri, ini untuk menunjukkkan sifat keadilan Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w. di mana manusia diperintahkan supaya berlaku adil walaupun terhadap dirinya sendiri. Larangan mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian yang lain merupakan suatu perbuatan yang zalim kepada kepala kerana hal sedemikian menyebabkan sebahagian kepala akan ditutupi dan sebahagian yang lain terdedah tanpa rambut.

6. Berkhatan

a) berkhatan ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang tumbuh dalam faraj perempuan. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “ kebersihan itu lima perkara: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

b) Hukum berkhatan: terdapat perbezaan pendapat,

i. menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Hasan al-Basri bahawa berkhatan itu sunat hukumnya.
ii. Manakala menurut Imam Syafie, Imam Malik dan setengahnya yang lain mengatakan khatan hukumnya adalah wajib. Mereka mengeluarkan hukum berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“ sesiapa yang menganut Islam, hendaklah ia berkhatan sekalipun ia dari golongan dewasa”

c) Manakala waktu berkhatan pula, kebanyakan ulama berpendapat bahawa berkhatan itu mula diwajibkan bilamana umur kanak-kanak hampir usia baligh. Ini kerana memudahkan bagi mereka menunaikan tanggungjawab hukum syarak yang ditetapkan ke atas mereka apabila baligh kelak. Tetapi berkhatan adalah lebih afdhal dilakukan pada hari pertama dilahirkan. Ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “ Baginda Rasulullah s.a.w melaksanakan aqiqah untuk Hasan dan Husin serta mengkhatankan keduanya dalam tempuh tujuh hari ( dari hari kelahiran)”.
(Riwayat Al-Baihaqi).

7. Menamakan anak

a) Islam mengalakkan umatnya memilih nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita sebagai tanda pengenalan dan perbezaan antara orang Islam dan Orang yang bukan Islam.

b) Nama yang baik juga sangat mustahak kerana panggilan yang sering dipanggil adalah doa yang dapat mempergaruhi keperibadian anak tersebut.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : “Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu”.

8. Aqiqah
a) Hukum Aqiqah adalah sunnat muakkad iaitu sangat di galakan bagi mereka yg berkemampuan. melaksanakan aqiqah adalah tanggungjawab ibubapa atau penjaga anak tersebut.


b) waktu akikah bila bila masa tanpa batasan . Sunat melakukannnya pada hari ke 7, 14 dan 21 hari usia bayi.


c) Syarat2 aqiqah:


i. syarat binatang sama seperti korban. Aqiqah untuk anak lelaki 2 ekor kambing atau 2 bahagian lembu. Anak perempuan seekor kambing atau satu bahagian lembu. ii. Jika tidak mampu boleh buat satu bahagain utk anak lelaki dan sebahagian lagi bila mampu kemudian hari. iii.Sunat sedekahkan daging aqiqah yg sudah di masak. Seeloknya tulang binatang tidak di patahkan sebaliknya dipotong pada sendinya.

d) Hikmah aqiqah


i. Sebagai fidyah(tebusan) utk menebus diri anak dari segala bencana, sbgmana Allah menebus nabi Ismail dgn qibasy. ii. Sebagai tanda gembira dan shukur atas kurniaan anak iii. Mengukuhkan ikatan keluarga dan masyarakat iv. Untuk ganjaran d sisi Allah.

9. Menyusukan Anak

a) Demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu.

Firman allah Taala dalam surah Al-Bawarah ayat 233: Maksudnya : “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu”.
Imam As-Syafie berkata “Sihat atau tidak anak itu adalah bergantung sama ada anak disusui oleh susu ibu atau tidak walaupun sekali susuan”.

b) Kelebihan menyusukan anak : Setiap tegukan dari susu ibu, Allah S.W.T. memberi pahala satu kebaikan.
Bila ibunya semalaman tidak dapat tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.



21 May 2011

11 jenis manusia yang didoa malaikat


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah,
ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."



2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan so
lat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."


Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

Wallahualam... Selamat beramal...smile ^_^ ♥

07 May 2011

Sharing is Caring

Little A on 25 weeks pregnant


I am now 30 weeks pregnancy. Alhamdulillah... i'm so happy...my baby kicking and kicking happily inside me... I love to share with all readers & followers, on 22nd week of my pregnancy, I would try and try to get my husband to feel our baby (Little A) kicks and punches I was feeling but every time he would put his hand on my belly the baby would stop. Like someone else said, there is always more activity and kicking from baby at night. So when we go to bed and I feel the movement, I lie on my back and my husband puts his ear/head on my belly where I can feel the kicking. He can hear the baby moving as well as feel the movement.

Finally at week 25 he felt a big one...! (agaknye my hubby kene slap dgn baby hehehe...)
We have a special game, if my hubby puts his hand on the left side of my belly, Little A will kick on da left side. If change and puts his hand on the right side of my belly (my hubby akn ckp, "cpt2 tangkap tgn abi..."), Little A will punch the right side hihi...I dont know how our baby knows, but masyaAllah it's just amazing...

Sometimes when the baby kicks and no one else knows, it feels like a little secret between Little A and me. I can feel the movements & imagine that Little A maybe angguk2 / geleng2 when heard the babling from mommy hehe... (Hari2 pun membebel mcm2 sambil usap2 perut). And sometimes, when I sing zikir or juz humming, Little A will stop kicking & i think of my baby's smile while drinking amniotic fluid. Still, I can't wait to have this little one in my arms and kiss that sweet face.....

There's a lot to do before giving birth. I do get started with baby stuffs online survey since my preg month four. But there are still got lots more things not settled yet, but insyaAllah within the next month we will buy them slowly, and start to set up the room. Ish tak sabarnye....


Here are lists of baby things given by mama (opah baby lerrr...)


Barang-barang Untuk Anak Ibu....


1. Baju - long sleeve - short sleeve
2. Seluar – panjang - pendek
3. Barut (saya beli online je)
4. Napkin utk bedung (min. 6 helai)
5. Mitten n booties (at least 5 sets)
6. Tuala kecik utk lap mulut
7. Baby lotion
8. Baby oil
9. Minyak telon (atau minyak panas lain utk elak kembung)
10. Sikat bulu lembut
11. Baby wipes
12. Bedak baby
13. Bekas bedak baby (bulat yg ada skali span bedak)
14. Baby bath / baby shampoo
15. Steamer
16. Bottle drying stand
17. Bottle – small - medium
18. Extra puting susu
19. Teat brush
20. Termos
21. Bekas air masak
22. Pampers (newborn)
23. Baby bathtub
24. Baby bath towel
25. Selimut
26. Bags and warmer
27. Cotsheet (alas lps mandi)
28. Tilam / bantal kepala / bantal peluk / selimut
29. Bakul besar utk letak brg2 baby (e.g. botol susu, susu, pampers, termos, etc.)
30. Bakul kecik utk brg lps mandi (e.q. lotion, bedak, vicks, etc.)


*** List barang2 yg tak semestinya kena beli.. b'gantung kpd bajet dan keperluan...


1. Bakul rotan utk isi baby / baby carrier cot
2. Play pen
3. Stroller
4. Travelling cot
5. Baby car seat
6. Buaian


Barang-barang Untuk Ibu....


1. Set lps bersalin - c/w bengkung
2. Maternity pad
3. Pad biasa xtra long
4. Nursing Bra
5. Breast pad
6. Breast pump
7. Disposible panties for women (jika perlu)

28 April 2011

Udang Goreng Mentega Dengan Nestum = Nestum Butter Prawn


Cooking Time (Duration) : 15 min
Serving size : 3 person

Bahan-bahan :
  1. Udang (saiz besar-besar 15-20 ekor)
  2. Butter
  3. Daun kari (3 tangkai)
  4. Nestum (yg original)
  5. Telur (2-3 biji mengikut saiz & kehendak)
  6. Garam secukupnya

Cara memasak :
  1. Cuci udang bersih-bersih.
  2. Panaskan butter dalam kuali.
  3. Goreng udang sehingga kemerah-merahan.
  4. Angkat dan toskan.
  5. Panaskan butter (butter baru) dalam kuali.
  6. Kacau telur hingga kembang, masukkan ke dalam kuali utk dibuat telur hancur.
  7. Angkat telur hancur & panaskan kuali dgn butter (jika perlu, boleh tambah butter).
  8. Tumis daun kari hingga naik bau & agak garing.
  9. Masukkan udang & telur hancur yang telah digoreng tadi. Masukkan garam. Gaul rata.
  10. Masukkan nestum (lg banyak lg sedap). Gaul hingga sebati. Masa ni baunya pergghhhh....wangi....
  11. Angkat dan hidangkan. Boleh buat lauk tgh hari..... Selamat Mencuba ! =)

24 April 2011

Trimester Ketiga Yang Dinanti......


Pada Trimester ketiga ini perut anda sudah membesar.... ! Anda sudah pasti akan membuat persiapan untuk kehadiran si bayi baru dalam keluarga anda. Mungkin anda akan merasakan berbagai-bagai perasaan emosional yang kadang kala mengganggu fikiran. Mungkin juga perasaan gembira untuk bertemu bayi baru anda. Mungkin anda juga khuatir dengan kesihatan bayi anda. Anda mula berfikir tentang proses bersalin. Dengan tambahan perubahan emosi ini, tubuh secara fizik juga mengalami perubahan pada trimester akhir ini... Jom kita baca sama-sama :-)

Beberapa perubahan yang terjadi pada kehamilan trimester ketiga:

  • SAKIT PUNGGUNG

Sakit pada punggung, hal ini kerana meningkatnya beban berat yang anda bawa iaitu bayi dalam kandungan. (Especially kalau duduk terlalu lama dalam kereta atau kerusi yang keras)

Pakailah kasut tumit rendah. Hindari daripada mengangkat benda yang berat. Berdiri dan berjalan dengan punggung dan bahu yang tegak. Mintalah pertolongan daripada suami untuk melakukan kerja rumah, jadi anda tak perlulah membongkok terlalu kerap.

  • PAYUDARA

Keluarnya cecair pekat dari payudara iaitu kolostrum iaitu makanan bayi pertama yang kaya dengan protein.

  • KONSTIPASI / SEMBELIT KRONIK

Pada trimester ketiga ini konstipasi juga mungkin berlaku kerana tekanan rahim yang membesar ke daerah usus selain peningkatan hormon progesteron.
Atasi dengan makanan berserat buah-buahan dan sayuran serta minum air yang banyak termasuk senaman ringan atau pergerakan yang tidak berat seperti membuat kerja rumah.

  • PERNAFASAN

Pada kehamilan 33-36 banyak ibu hamil akan merasa susah bernafas hal ini kerana tekanan bayi yang berada dibawah diafragma menekan paru-paru ibu.
Tapi setelah kepala bayi sudah turun ke rongga pelvis ini biasanya pada 2-3 minggu sebelum EDD pada ibu yang pertama kali hamil maka anda akan merasa lega dan bernafas lebih mudah. Selain itu juga rasa pedih didada(heart burn) biasanya juga ikut hilang. Ini kerana berkurangnya tekanan bahagian tubuh bayi dibawah tulang iga ibu (tulang bahagian bawah dada).

  • SERING KENCING

Pembesaran rahim dan ketika kepala bayi turun ke rongga pelvis akan makin menekan pundi kencing anda.

  • MASALAH TIDUR

Setelah perut anda besar dan bayi anda menendang dimalam hari anda akan berasa sukar untuk menikmati tidur yang nyenyak. Cubalah untuk menyesuaikan posisi tidur anda. Sebaiknya ibu hamil tidur dalam keadaan mengiring ke kanan ataupun ke kiri. Ini kerana ia dapat mengelakkan rahim daripada menekan pada pembuluh darah besar yang terdapat di belakang rahim.

Jadi lebih banyak darah akan sampai ke jantung kanan dan seterusnya kepada bayi. Cari posisi yang paling selesa. Alaslah dengan bantal di bahagian belakang untuk bantu menyokong dan mengurangkan sakit belakang.

  • VARISES

Peningkatan volume darah dan alirannya selama kehamilan akan menekan daerah pelvis dan vena di kaki, yang menyebabkan vena menonjol.
Dan pada akhir kehamilan kepala bayi juga akan menekan vena daerah pelvis.
Varises juga dipengaruhi faktor keturunan.

Angkatlah kaki keatas ketika anda istirahat atau tidur. Jangan berdiri atau duduk terlalu lama, cubalah untuk berjalan-jalan untuk melancarkan perjalanan darah.

  • KONTRAKSI PERUT

Braxton-Hicks kontraksi atau kontraksi palsu. Kontraksi berupa rasa sakit yang ringan, tidak teratur, dan hilang bila anda duduk atau istirahat

  • BENGKAK

Pertumbuhan bayi akan meningkatkan tekanan pada daerah kaki dan pergelangan kaki anda, mungkin tangan juga akan membengkak atau kebas. Ini disebut edema (bengkak air). Biasanya ia tidak menandakan sebarang masalah, sebaliknya ada pakar yang mengatakan bengkak kaki adalah atau tanda anak dalam kandungan itu lebih besar daripada biasa. Walaupun demikian jika bengkak kaki disertai dengan tekanan darah yang tinggi dan kencing yang kotor iaitu mengandungi protein, ini menandakan wanita itu menghidapi penyakit toxemia. Keadaan ini boleh mengancam nyawa ibu dan bayi jika rawatan sewajarnya tidak diberikan.

  • KRAM KAKI

Cramps atau tegang otot khususnya di bahagian kaki kerap berlaku pada peringkat pertengahan dan akhir kehamilan. Keadaan ini boleh menimbulkan kesakitan jika kerap berlaku. Tegang otot ini mungkin disebabkan oleh kandungan hormon estrogen yang meningkat ketika seseorang wanita itu hamil. Ia mungkin juga disebabkan oleh kekurang logam kalsium dalam darah. Dengan itu biasanya doktor akan memberi ubat kalsium dengan harapan boleh mengatasi masalah cramps ini. Pengambilan kalsium juga memberi manfaat kepada bayi untuk mengukuhkan tulang dan gigi.

  • CAIRAN VAGINA

Peningkatan cairan vagina atau keputihan selama kehamilan adalah normal. Cairan biasanya jernih, pada awal kehamilan biasanya agak kental dan lebih cair apabila tarikh bersalin semakin hampir. Yang penting adalah menjaga kebersihan vagina dengan jagaan rapi. Hubungi doktor anda bila cairan berbau, terasa gatal, sakit.

Wah rasanya begitu banyak keluhan yang terjadi selama kehamilan... Namun... Perasaan bahagia kerana kehamilan anda sudah cukup mengimbangi segala ketidakselesaan ini. Kehamilan bererti pergorbanan yang banyak dari seorang ibu, tapi pada akhir dari semua ini, anda akan menyedari bahawa semua itu amat bernilai, dan waktu 9 bulan akan berlalu dengan cepat tanpa anda sedari.... :-)

16 April 2011

Picture Story : Weekend Eating & Outing Activities




Home Made Linguine Chorizo Aglio Olio (1st try)


Baskin Robbins Alamanda

Little Perak @ Bangi





So moist, chocolately & insanely delicious cake for my birthday...

Opsss..! ini bukan birthday present, tp pregnancy gift specially from my hubby & sis...Time acih!

Donut...Donut...Donut...Gula...Gula...Gula...

Jalan-jalan KLIA


Morning walk @ Taman Botani

Ibu hamil yg sakit pinggang lepak bagi ikan breakfast hehe....

11 April 2011

Kehamilan Minggu ke 25 & 26

Assalamualaikum buat readers atau blog hopper yg singgah ke sini. Saya nak share info b'kenaan perkembangan kehamilan memandangkan minggu ni kandungan saya dah mencecah ke minggu 26. Jom baca...


Bayi

Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulangnya juga semakin keras. Kini, bayi semakin aktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitarnya. Sekiranya bayi tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh tersedu.

Anda

Jari tangan anda, pergelangan tangan dan lengan mungkin terasa sakit-sakit dan kebas. Memasuki minggu ini juga, pelbagai perasaan akan timbul. Takut, gembira, gementar, suka, risau dan segala jenis macam rasa akan timbul. Jangan terlalu banyak berfikir. Cuba tenangkan diri dengan membanyakkan bacaan tentang kehamilan.


Minggu 26

Bayi

Ukuran bayi anda, apabila mengukurnya dari kepala ke jari kaki sambil meluruskan kakinya, ialah 14 inci / 35.6 sentimeter. Beratnya lebih dari 760 gram. Mata bayi anda mula membuka di sekitar masa ini. Responnya terhadap bunyi-bunyian semakin konsisten menjelang penghujung bulan ketujuh, apabila jaringan saraf-saraf ke telinga sudah siap terbentuk. Mula belajar bernafas. Tetapi, pada tahap ini masih belum ada oksigen yang akan masuk ke dalam paru-paru. Tahap ini juga kedudukan bayi dalam keadaan menyongsang. Jangan panik. Dari masa ke semasa bayi akan berada di kedudukkan yang betul setelah berpusing mengikut usia kandungan.

Anda

Akan berlaku perubahan khususnya soal pernafasan. Anda mungkin akan cepat mengah dan rasa seperti kekurangan oksigen. Hal ini di sebabkan oleh saiz bayi yang kian membesar dan mula menekan jantung dan paru-paru. Oleh sebab bayi anda membesar dengan pantas, dan perkembangan otak begitu giat pada masa ini, pemakanan anda adalah amat penting. Teruslah memakan diet seimbang yang merangkumi banyak bijirin dan sayur. Makanan yang kaya dengan serat, termasuk roti bijian sempurna dan bijirin, kekacang mengandungi banyak vitamin B dan membantu mencegah sembelit.


Perkongsian dengan semua bakal mommies ataupun yg nak tambah saham akhirat, saya rasa buku-buku ni sangat berguna untuk kita.


* ISBN: 983-4244-85-1
* Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd.
* Harga Pasaran: RM19.90
Antara topik menarik di dalam:

* Pendidikan Bermula Sejak Kandungan
* Petua Ketika Mengandung
* Penampilan Ketika Mengandung
* Senaman Semasa dan Selepas Mengandung


* ISBN: 978-967-388-010-2
* Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd.
* Harga Pasaran: RM26.00

Buku ini MESTI DIMILIKI kerana:

* Memberikan panduan lengkap kepada bakal ibu. Mendedahkan perkembangan semasa bayi serta ibu sepanjang kehamilan
* Panduan berguna bagi melancarkan aktiviti ibu semasa hamil dan menyediakan diri selepas proses bersalin
* Turut memuatkan tip-tip yang berguna kepada suami dan bakal bapa untuk kesejahteraan isteri dan bayi
* Mendedahkan panduan amalan yang sewajarnya sebagai seorang Muslim
* Senarai semak, catatan ibu, memo ibu, dan ruang-ruang meletakkan gambar-gambar ultra-sound bayi anda dan lain-lain lagi
* Khazanah kenangan paling berharga buat seisi keluarga yang boleh disimpan sebagai koleksi sepanjang hayat

Semoga kita sama-sama menggali ilmu untuk menjadi ibu yg mantap agama, emosi dan jasmani insyaAllah.....Jumpa lagi di next post...