Nama sebenar saya Anum. Ada juga yang panggil Zahira. Berasal dari Taiping@Raintown, Perak. Dilahirkan pada tanggal
8 Februari 1985 dan dibesarkan oleh kedua orang tua saya, iaitu abah yang selalu disedekahkan surah Fatihah, Allahyarham Abdul Razak Ngah Tamat dan mama tercinta, Azizah Haji Abdul Karim. Saya telah berkahwin pada tahun 2009 dgn seorang lelaki manis, iaitu Megat Aminuddin. Minat membaca (terutamanya buku fiksyen & motivasi), melancong (kalau boleh nak ke Perancis), menonton AFC channel (Chef At Home, Sugar, Nigella Bites & Naked Chef), dan sekarang ini mula meminati bidang seni menghias terutamanya gubahan hadiah dan kad ucapan...Suke sangat dgn minyak wangi Salvatore Ferragamo Incanto Heaven & minat dengar lagu Always Be There by Maher Zain.
Salam semua... This is my intro. Everyone says Kuala Lumpur sucks the life out of you. It's too rushed, too hectic, too noisy, too crowded. So, entry kali ni saya nak share gambar-gambar sepanjang di Felda Hot Spring Resort or better known by its previous name, Sungai Klah Hot Springs Park, which is located in Sungkai, Perak. Best sangat....Sesuai utk percutian keluarga, it's green...no traffic jam & no carbon monoxide.
Selepas 25 kali mencuba, akhirnya Dol lulus temu duga. Tapi sebelum meninggalkan bilik temu duga, pengurus kilang pun memberitahu...
Pengurus kilang : Untuk permulaan, kita akan bayar kamu RM5 sejam. Tapi lepas tiga bulan, kami akan naikkan gaji kamu kepada RM7 sejam. Setuju? Dol: Setuju, bos! (lalu menjabat tangan bakal bosnya itu). Pengurus kilang : Bagus, bagus! Kalau macam tu bila kamu boleh mula kerja? Dol: Tiga bulan lagi, bos!
Giuseppe Spombalucci
Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal. Walaupun tidak pernah masuk kesitu atau memesan hidangan Itali sebelum ini, pemuda itu tetap bermuka selamba. Tambahan pula dia ingin membuatkan teman wanitanya itu kagum. Apabila tiba dimeja, pelayan memberikan buku menu dan pasangan berkenaan melihat senarai hidangan. Beberapa minit kemudian, lelaki itu dengan bangganya memanggil pelayan untuk membuat pesanan.
"Err..., Berikan saya Giuseppe Spombalucci untuk dua orang!" kata pemuda itu. Pelayan itu tercenggang. Pemuda itu mula berang "Mengapa? awak takut saya tak ada duit untuk bayar bil nanti ke?" Tanya pemuda itu.
"Minta maaf encik, Giuseppe Spombalucci tu nama pemilik restoran ini!" Kata pelayan itu.
Pesakit Mental
Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam.
Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa.
Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.
Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang? Lelaki : Ya doktor. Doktor : Siapa kamu sebenarnya. Lelaki : Saya ini manusia doktor. Doktor : Ya ke? Bukan jagung? Lelaki : Bukan, saya manusia doktor. Doktor : Kamu takut dengan ayam? Lelaki : Tidak doktor. Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh. Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan. Doktor : Apa dia? Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia. Doktor : "??$??"
Seorang Pembesar
Sewaktu Presiden Bush mengunjungi Malaysia baru-baru ini... dia dibawa mengeliling ibukota dengan menaiki sebuah kereta mewah. Pemandu kereta mewah itu tiba-tiba berkata... "Tuan Cakap aje apa yang nak di ibukota ini... saya pasti tunaikan.."
"Well", kata Bush... "Sebenarnya saya sudah lama ingin memandu kereta sendiri. Di US.. .kalau saya mahu keluar ke mana-mana pastinya sudah tersedia pemandu dan kereta peribadi untuk saya. Saya ingin sangat memandu sendiri... tapi tidak pernah mendapat melakukannya."
"Wah," kata pemandu.. "Kalau itu saja permintaan tuan.. tidak jadi masalah.."
Dan kemudian mereka pun bertukar tempat. Presiden Bush memandu dan pemandu tadi duduk di belakangnya. Tetapi bila sampai di persimpangan pertama... Bush lupa untuk berhenti di lampu merah..
Tiba-tiba polis mengikuti kereta tersebut dan memberhentikannya... polis turun dari motornya, dan menghampiri kereta tersebut. Tetapi sebaik sahaja dia mendekati.. ia melihat Presiden Bush... dan ia segera kembali ke motornya dan menghubungi pegawai atasannya.
"Tuan.." kata Polis itu "Saya baru saja menahan seorang pembesar."
"Apa?" kata atasannya, "Ketua Polis ke?"
"Bukan Tuan.. dia lebih tinggi dari Ketua Kita"
"Hey, adakah kamu menahan Perdana Menteri?"
"Tidak Tuan.. malah dia lebih tinggi lagi."
"Well, siapa yang kamu tahan itu?" tanya pegawai atasan kebingungan.
"Tidak tahu Tuan.." jawab Polis "Tapi siapapun dia, yang pastinya pemandunya saja sudah Presiden Bush!"
Topik kali ni ringkas je... Cuma saya terpanggil nak post kat blog sebab rasanya dah lama tak post topik berkaitan hati... Khas untuk insan yang saya sayang, seluruh ahli keluarga saya dan umat Islam amnya... Syaaban adalah bulan Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya " Dinamakan dengan syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.
Setiap amalam kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.
Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun.
Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat sunat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.
Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.
Kesimpulannya amalan yang berterusan ini akanmembuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta meyambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup.
Sama-samalah kita amalkan ye sempena bulan Allah ini. Semoga nota ringkas diatas ni yg saya ambil dari seorang hamba Allah dapat mengingatkan kita semua & juga kpd saya InsyaAllah... Kita semua adalah umat Muhammad SAW akhir zaman. Saling ingat-mengingati amatlah dituntut sesama saudara....
Sabda Nabi SAW maksudnya: “ Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu. Sembahyang yang paling disukai oleh Nabi SAW iaitu yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit apabila baginda sembahyang. Apa jua sembahyang ia akan lakukan secara berterusan” (HR Bukhari)
Sedar tak sedar sekarang dah pun hampir kepenghujung Bulan Rejab. Tak lama lagi Bulan Sya'ban pula akan menyusul... Bagi yang belum lagi ganti puasa tu, marilah kita sama-sama qada ye termasukla saya hehe.... Walaupun belum masuk Ramadhan, saya dah mula berfikir-fikir nak masak apa utk juadah berbuka. Setakat nak ganti puasa pun dah pening nak masak ape hehehe... So jom kite try resepi di bawah ni nak...
RESEPI PERTAMA : AYAM MASAK SIMPLE
Bahan-bahan: ayam dipotong kecil-kecil 1 paket serbuk kari ikan (Adabi) - serbuk kari daging pun ok ½ botol sos tomato ¾ gelas air masak garam secukup rasa Bawang goreng @ daun bawang utk ditabur
Cara: Gaulkan ayam dengan serbuk kari dan perap selama 1/2 jam. Masukkan ayam ke dalam kuali, air masak dan tomato sos. Masak dengan api sederhana sehingga ayam empuk. Angkat dan taburkan bawang goreng atau daun bawang.
RESEPI KEDUA : BAWAL MASAK SAMBAL KICAP
Bahan-Bahan: Ikan Bawal
Bahan A 4 ulas Bawang merah 2 ulas Bawang putih
1 ulas Bawang Besar - dikisar 4 sudu cili kering yang telah dikisar
Bahan B 2 sudu Sos Tomato 2 sudu Kicap Manis 2 sudu Kicap Masin
1 asam keping@air asam jawa garam secukup rasa
Cara: Ikan bawal dibersihkan dan dipotong Gaul ikan bersama garam dan kunyit, kemudian digoreng. Tumbuk bahan A dan ditumis hingga naik bau. Masukkan cili kering yang dikisar hingga pecah minyak. Masukkan bahan B, bawang besar kisar, asam keping dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan ikan yang telah di goreng tadi. Biarkan seketika, hingga agak pekat boleh lah diangkat. Selamat mencuba ye.....
Assalamualaikum & selamat luar biasa bagus ....(wah, ayat Dr. HM Tuah Iskandar). Topik kali ni saya nak bercerita tentang idea percutian sempena ulangtahun pertama perkahwinan saya & suami tercinta... Benar-benar rindu kali ni setelah hampir 2 minggu tak berjumpa (dalam hati kadang-kadang rasa nak je ikut same gi outstation). Erm... Well juz forget 'bout it. Untuk membuang rasa kesunyian dihati ni, saya telah membuat advance plan utk percutian kami. I came out with a long list of our (me da most hihihi) dream holiday destinations but only five was short listed, so lets check it out!
Hmm...percutian ke Pulau Langkawi memang dah lama plan. Pelik kan masa zaman study 3tahun kat Perlis dulu, boleh pulak langsung tak join any trip tak kisahla class trip ke, faculty trip ke, every weekend sibuk nak balik kampung (i'm a very much home-girl). Jadi saya ada buat sedikit research berkenaan tempat-tempat menarik di sana. Antaranya :-
Under Water World
Pulau Payar (Top Dive Site)
Tasik Dayang Bunting
Makam Mahsuri
Cable Car
Dari Utara ke Pantai Timur, saya berangan nak holiday ke Pulau Tioman. This is me & my husband's 1st dream honeymoon destination actually. Nak buat camane, oleh sebab perkara yang tak dapat dielakkan (travel agency punye pasal huhu) so, at last we juz decided went for a vacation to Cherating. Ok jom tengok 3rd list!
Wah! Dari pulau ke tanah tinggi.... Memang berangan sungguh nak gi holiday saya ni ahahaha... Tapi rasanya ke Bukit Fraser mungkin suami saya kurang setuju coz kat atas tu tak banyak interesting place such entertainment, leisure activities, foods & choice of hotels. Maybe lebih interested nak ke Bukit Tinggi....Aha!
Bukit Tinggi terkenal dengan French Village, so kalau gi sana rasa macam travel kat France la kut...
I love the whole atmosphere of the city which comes from the capture....
Last but not least, bercuti ke Melaka (as suggested by husband) mungkin jugak boleh tinggalkan sweet memory buat kami berdua even bukan pulau atau suasana sejuk atas bukit. Eyes on Malaysia is one of da most attracting place dat i must go & experience it :)
Therefore, i need to make a date plan & apply for AL starting from now on (plan nak cuti hujung bulan ni). Since my husband pun dah nak selesai projek outstationnye, i'm gonna remind him to call travel agent so tragedi 1st honeymoon tak akan berulang lagi...Semoga vacation kali ni akan menjadi kenangan terindah buat kami insyaAllah...
Hari ni lagi 11 hari sebelum tanggal 12 Jun 2010 ---> ulangtahun perkahwinan saya & suami yg pertama... Kami ada merancang utk pergi travel bersama. Setakat ni top of the list our destination is Pulau Langkawi... Kalau kesihatan mengizinkan, kami sama-sama stuju utk sambut vacation ni dgn menaiki public transport. It sounds quite adventure coz dua-dua pun tak penah sampai lagi ke sana... So senang ckp more to 'Gamble Holiday' hehehe sesuai ke?
But actually i'm not focus on holiday planning... That's was juz my intro :) Hmm...nk share dgn readers my new western recipe ---> Grilled Beef Steak. Specially cooked for my beloved husband memandangkan pada hari anniversary nanti saya terpaksa ditinggalkan seorang di rumah krn suami saya ada kerja luar di Pahang huhuhu... Sangat sedih.... So, saya plan msk steak utk candle light dinner kami ecewah...!
Saya pergi ke Cold Storage utk dapatkan bahan-bahan steak... kat situ senang skit coz daging steak yg dh siap dipotong ada dijual... Lagipun ada jual instant mash potato, so lagila mudah & cepat proses memasak steak ni :) Bahan-bahan:
4 keping daging Steak
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili @ sos tomato
1 sudu besar sos lada hitam maggie
2 ulas bawang putih
# Satukan semua bahan dan lumur pada daging. Perap daging dlm fridge semalaman.
# Sebelum bakar @ goreng (using microwave @ kuali je) jgn lupa letak sedikit minyak zaitun agar tak melekat.
Bahan-bahan Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam :
1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( jgn lupa ayak dulu ye)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk gelapkan sikit warna sos )
1 sudu besar sos tomato @ sos cili
1 sudu besar sos lada hitam maggie
1 sudu kecil serbuk cukup rasa maggie
Sedikit garam (kalau tak nak pun so k)
Cara membuatnya :
1. Panaskan mentega dalam periuk, tumis bawang besar naik bau wangi.
2. Tepung gandum yg telah dibancuh dgn air, then masukkan dalam periuk tumisan.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh diangkat dan dituang atas steak yg dah masak tadi. Mmm...yummy!
p/s: jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga.
We (my hubby & me) spent the whole day together, just the 2 of us! It was a great weekend...!
Sunway Pyramid ice skate... (tgk je, nk try huiiii...tak berani)
Lots of yummy food...Wendy's hamburger juz made me hungry ---> full...burpp!!
My wonderful husband.... (exceptional: two iran guys yg kt blakang tu hehehe)
Shopping time..... (window shopping je cuci mata, juz fyi)
Ini my little sis sebelum die pulang ke hometown (Taiping)...She looks so happy following us jalan2 at Palace of the Golden Horses. Miss you tomeh....!
Cube teka replika unicorn ni real gold @ tak...? (answer : gold 916 isk isk isk..)
Specially bought as an advance 1st Anniversary gift....Terima kasih, sayang...
Kacang Kuda Tumis dengan Daun Kari
-
Kunyap-kunyap...hubs feveret...
*Bahan-bahan*
Kacang kuda...rendam hingga kembang
Kemudian rebus hingga empuk...
*Bahan tumis*
beberapa helai daun ...
PERSEDIAAN MENDIDIK ANAK
-
Tugas mendidik anak dengan ajaran agama ialah tugasan terbesar yang
dipertanggungjawabkan kepada pasangan suami isteri.
.
AMANAH ini amat BERAT dan bakal ...
Resepi Aiskrim Vanila Mudah
-
Resepi Aiskrim Vanila Mudah Resepi aiskrim ini sangat mudah.Cuma perlukan 4
bahan sahaja: 1) 1 tin susu cair2) 1/2 tin susu pekat manis ...
Ini adalah ring...
Tak Susah Pun Menulis
-
Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog,
please check that there is no typo in your blog address and that you have
pasted t...
Kawan
-
Kawan, apa artinya?
Adik saya cakap, saya senang dipergunakan.
Sebelum ni, tak pernah rasa dipergunakan. Saya ikhlas tolong kawan-kawan.
Tapi sampai bil...
Fabulous diva lah sangat.
-
Semua orang ada kawan baik yang macam 'BFF'. Because
'BFF' is too mainstream, (Hipstahh puhlease) I called it My Divas. But
theres o...
Life Insurance: Before Compare Rates
-
The main purpose people compare more than one life insurance quote is to
find the best one. Since financial security is the core objective people
had in o...
Fishing Experience at Cherating Beach
-
I think it was my best experience visiting Cherating Beach when I saw a
group of villagers catching fish using net. I follow them and enjoy with
them t...