13 July 2010

AMALAN SUNAT BULAN SYA'BAN



Topik kali ni ringkas je... Cuma saya terpanggil nak post kat blog sebab rasanya dah lama tak post topik berkaitan hati... Khas untuk insan yang saya sayang, seluruh ahli keluarga saya dan umat Islam amnya...

Blow kiss
Syaaban adalah bulan Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya " Dinamakan dengan syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.

  • Setiap amalam kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
  • Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.
  • Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun.
  • Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat sunat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.
  • Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.

Kesimpulannya amalan yang berterusan ini akan membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta meyambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup.

Sama-samalah kita amalkan ye sempena bulan Allah ini. Semoga nota ringkas diatas ni yg saya ambil dari seorang hamba Allah dapat mengingatkan kita semua & juga kpd saya InsyaAllah... Kita semua adalah umat Muhammad SAW akhir zaman. Saling ingat-mengingati amatlah dituntut sesama saudara....

Sabda Nabi SAW maksudnya: “ Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu. Sembahyang yang paling disukai oleh Nabi SAW iaitu yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit apabila baginda sembahyang. Apa jua sembahyang ia akan lakukan secara berterusan” (HR Bukhari)

11 July 2010

Resepi Lauk Berbuka Puasa

ASSALAMUALAIKUM WBT.....

Sedar tak sedar sekarang dah pun hampir kepenghujung Bulan Rejab. Tak lama lagi Bulan Sya'ban pula akan menyusul... Bagi yang belum lagi ganti puasa tu, marilah kita sama-sama qada ye termasukla saya hehe.... Walaupun belum masuk Ramadhan, saya dah mula berfikir-fikir nak masak apa utk juadah berbuka. Setakat nak ganti puasa pun dah pening nak masak ape hehehe... So jom kite try resepi di bawah ni nak...

RESEPI PERTAMA : AYAM MASAK SIMPLE


Bahan-bahan:

ayam dipotong kecil-kecil
1 paket serbuk kari ikan (Adabi) - serbuk kari daging pun ok
½ botol sos tomato
¾ gelas air masak
garam secukup rasa
Bawang goreng @ daun bawang utk ditabur



Cara:
Gaulkan ayam dengan serbuk kari dan perap selama 1/2 jam.
Masukkan ayam ke dalam kuali, air masak dan tomato sos.
Masak dengan api sederhana sehingga ayam empuk.
Angkat dan taburkan bawang goreng atau daun bawang.


RESEPI KEDUA : BAWAL MASAK SAMBAL KICAP

Bahan-Bahan:

Ikan Bawal

Bahan A
4 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih

1 ulas Bawang Besar - dikisar
4 sudu cili kering yang telah dikisar

Bahan B
2 sudu Sos Tomato
2 sudu Kicap Manis
2 sudu Kicap Masin

1 asam keping@air asam jawa
garam secukup rasa


Cara:
Ikan bawal dibersihkan dan dipotong
Gaul ikan bersama garam dan kunyit, kemudian digoreng.
Tumbuk bahan A dan ditumis hingga naik bau. Masukkan cili kering yang dikisar hingga pecah minyak.
Masukkan bahan B, bawang besar kisar, asam keping dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan ikan yang telah di goreng tadi.
Biarkan seketika, hingga agak pekat boleh lah diangkat.


Selamat mencuba ye.....



Thumbs Up 2

13 June 2010

IDEA PERCUTIAN

Assalamualaikum & selamat luar biasa bagus ....(wah, ayat Dr. HM Tuah Iskandar). Topik kali ni saya nak bercerita tentang idea percutian sempena ulangtahun pertama perkahwinan saya & suami tercinta... Benar-benar rindu kali ni setelah hampir 2 minggu tak berjumpa (dalam hati kadang-kadang rasa nak je ikut same gi outstation). Erm... Well juz forget 'bout it. Untuk membuang rasa kesunyian dihati ni, saya telah membuat advance plan utk percutian kami. I came out with a long list of our (me da most hihihi) dream holiday destinations but only five was short listed, so lets check it out!

Hmm...percutian ke Pulau Langkawi memang dah lama plan. Pelik kan masa zaman study 3tahun kat Perlis dulu, boleh pulak langsung tak join any trip tak kisahla class trip ke, faculty trip ke, every weekend sibuk nak balik kampung (i'm a very much home-girl). Jadi saya ada buat sedikit research berkenaan tempat-tempat menarik di sana. Antaranya :-
  • Under Water World
  • Pulau Payar (Top Dive Site)
  • Tasik Dayang Bunting
  • Makam Mahsuri
  • Cable Car

Dari Utara ke Pantai Timur, saya berangan nak holiday ke Pulau Tioman. This is me & my husband's 1st dream honeymoon destination actually. Nak buat camane, oleh sebab perkara yang tak dapat dielakkan (travel agency punye pasal huhu) so, at last we juz decided went for a vacation to Cherating. Ok jom tengok 3rd list!

Wah! Dari pulau ke tanah tinggi.... Memang berangan sungguh nak gi holiday saya ni ahahaha... Tapi rasanya ke Bukit Fraser mungkin suami saya kurang setuju coz kat atas tu tak banyak interesting place such entertainment, leisure activities, foods & choice of hotels. Maybe lebih interested nak ke Bukit Tinggi....Aha!

Bukit Tinggi terkenal dengan French Village, so kalau gi sana rasa macam travel kat France la kut...

I love the whole atmosphere of the city which comes from the capture....

Last but not least, bercuti ke Melaka (as suggested by husband) mungkin jugak boleh tinggalkan sweet memory buat kami berdua even bukan pulau atau suasana sejuk atas bukit. Eyes on Malaysia is one of da most attracting place dat i must go & experience it :)

Therefore, i need to make a date plan & apply for AL starting from now on (plan nak cuti hujung bulan ni). Since my husband pun dah nak selesai projek outstationnye, i'm gonna remind him to call travel agent so tragedi 1st honeymoon tak akan berulang lagi...Semoga vacation kali ni akan menjadi kenangan terindah buat kami insyaAllah...

01 June 2010

Grilled Beef Steak

Hari ni lagi 11 hari sebelum tanggal 12 Jun 2010 ---> ulangtahun perkahwinan saya & suami yg pertama... Kami ada merancang utk pergi travel bersama. Setakat ni top of the list our destination is Pulau Langkawi... Kalau kesihatan mengizinkan, kami sama-sama stuju utk sambut vacation ni dgn menaiki public transport. It sounds quite adventure coz dua-dua pun tak penah sampai lagi ke sana... So senang ckp more to 'Gamble Holiday' hehehe sesuai ke?

But actually i'm not focus on holiday planning... That's was juz my intro :) Hmm...nk share dgn readers my new western recipe ---> Grilled Beef Steak.
Specially cooked for my beloved husband memandangkan pada hari anniversary nanti saya terpaksa ditinggalkan seorang di rumah krn suami saya ada kerja luar di Pahang huhuhu... Sangat sedih.... So, saya plan msk steak utk candle light dinner kami ecewah...!

Saya pergi ke Cold Storage utk dapatkan bahan-bahan steak... kat situ senang skit coz daging steak yg dh siap dipotong ada dijual... Lagipun ada jual instant mash potato, so lagila mudah & cepat proses memasak steak ni :)

Bahan-bahan:

4 keping daging Steak
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili @ sos tomato

1 sudu besar sos lada hitam maggie
2 ulas bawang putih

# Satukan semua bahan dan lumur pada daging. Perap daging dlm fridge semalaman.
# Sebelum bakar @ goreng (using microwave @ kuali je) jgn lupa letak sedikit minyak zaitun agar tak melekat.

Bahan-bahan Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam :

1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( jgn lupa ayak dulu ye)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk gelapkan sikit warna sos )

1 sudu besar sos tomato @ sos cili
1 sudu besar sos lada hitam maggie
1 sudu kecil serbuk cukup rasa maggie
Sedikit garam (kalau tak nak pun so k)

Cara membuatnya :

1. Panaskan mentega dalam periuk, tumis bawang besar naik bau wangi.
2. Tepung gandum yg telah dibancuh dgn air, then masukkan dalam periuk tumisan.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh diangkat dan dituang atas steak yg dah masak tadi. Mmm...yummy!

p/s: jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga.

30 May 2010

A Wonderful Day Together

We (my hubby & me) spent the whole day together, just the 2 of us!
It was a great weekend...!


Sunway Pyramid ice skate... (tgk je, nk try huiiii...tak berani)

Lots of yummy food...Wendy's hamburger juz made me hungry ---> full...burpp!!



My wonderful husband.... (exceptional: two iran guys yg kt blakang tu hehehe)


Shopping time..... (window shopping je cuci mata, juz fyi)


Ini my little sis sebelum die pulang ke hometown (Taiping)...She looks so happy following us jalan2 at Palace of the Golden Horses. Miss you tomeh....!

Cube teka replika unicorn ni real gold @ tak...? (answer : gold 916 isk isk isk..)

Specially bought as an advance 1st Anniversary gift....Terima kasih, sayang...

20 May 2010

Money Vs. Love



17 Days after minor operation ---> tido, makan, tengok tv, main game, borak dengan mama, makan lagi....TIDO....Hmmmm....Esok dah naik keje smula even now at 1am tp mata ni still tak boleh lelap...At last, come out with idea. I've wrote my 1st time poem...?Really...? Ntahla....Bagi yg expert english tu bolehla tolong betulkan grammar saya mane yg salah ye :)


Love is human nature,
something you can't buy
Money is just paper
this you can't deny.
Love is made with feeling
Money with machine.
Love will make us happy
money makes us mean.
Love completes a hole
Money makes one deeper.
We need love to survive
Money's just a gift.
Money can't buy our hope
But love will keep us close
Money will lose love
So love is what you want
Go out there and find it
Keep it in your heart...

05 May 2010

Trip to Cameron Highland




Besar kan bunga ni...rasa nak petik semua bwk blk rumah ngeee~

kat dlm garden ni ada mini mart boleh shopping souvenir

kat dataran Tanah Rata (husband saya x hbs2 nak photoshoot hihi...)

pick and pluck your own strawberries...

mase ni baru lps hujan renyai2... cuaca redup & sejuk sgt...

kalau ke cameron highland x sah kalau x shopping sayur...

besar kan lobak ni? ha...makanla kau sampai lebam!

ini candid yer bukan lakonan hehehe... mama saya suke shopping... :)

bye bye cameron... next time kami dtg lagi insyaAllah... :)