27 May 2012

Jalan-jalan Petang di Pantai Morib















Nice scenery... Facilities not bad... surau, toilet, tempat amik angin, gerai jualan semua selesa... hope dpt jalan-jalan sini lagi insyaAllah... Okay that's all... :)






18 May 2012

Suntikan Pneumococcal Untuk Baby Anda

TAHUKAH anda bahawa dalam setiap minit, seorang kanak-kanak di seluruh dunia meninggal dunia akibat Pneumococcal (PnD)?

Biarpun simptomnya nampak ringkas seperti demam berpanjangan dan batuk, namun sikap ibu bapa yang lambat membawa anak-anak ke hospital adalah penyebab utama penyakit ini menjadi serius.

Last two weeks saya & suami bawa Ammar Hakimi utk check up di Klinik Pakar dekat Reko Sentral, Jalan Reko. Semasa sesi tersebut doktor 'kesayangan' Hakimi, Dr. Amaluddin ada bagi info tentang Suntikan Pneumococcal.  Ia adalah suntikan optional yang ditawarkan oleh klinik2 swasta. Suntikan yang akan diberikan adalah sebanyak 3 kali (boleh rujuk jadual dgn doktor anak anda) dan setiap suntikan kosnya antara RM150 hingga RM250.

Penyakit pneumokokal ialah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh sejenis kuman bakteria yg dinamakan 'streptococcus pneumonias' atau pneumokokus.
Kuman ini boleh menyebabkan penyakit MENINGITIS ( jangkitan pada radang selaput otak atau urat saraf tunjang), BAKTEREMIA ( jangkitan darah ), PNEUMONIA ( jangkitan paru2 ), OTITIS MEDIA ( jangkitan telingan tengah,sebelah dalam gegendang telinga. Juga boleh menyebabkan kerencatan akal, kecacatan kronik, lumpuh & kesukaran bertutur.

Kuman pneumokokus terdapat di dalam hidung dan kerongkong org dewasa dan kanak2 yg sihat.Ia boleh merebak dr seorang anak kepada yg lain dalam cecair apabila beliau bersin atau batuk.

SIAPAKAH YANG MEMPUNYAI RISIKO UNTUK MENDAPAT PENYAKIT PNEUMOKOKUS?
-kanak2 berumur 5 tahun ke bawah
-kanak2 yg menghadiri nurseri atau pusat jagaan harian
-kurang daya tahan atau kurang imuniti kepada jangkitan
-pernah mengalami jangkitan pada telinga tengah,sebelah dalam gegendang telinga
-terdedah kepada asap rokok
-kanak2 berpenyakit kronik seperti diabetis,jantung,paru2 atau penyakit buah pinggang

Pada pendapat saya, ia ibarat satu pelaburan walaupun kosnya agak tinggi bagi sesetengah ibubapa, tetapi masih boleh diusahakan memandangkan keadaan sekeliling serta isu jangkitan bakteria yang semakin banyak dijumpai kesnya baik luar negara mahupun negara kita sendiri.

Saya difahamkan ini tak akan protect baby kita 100% namun ia adalah sebaik-baik langkah pencegahan dalam mengurangkan risiko jangkitan penyakit insyaAllah... So, to all parents out there... Tepuk dada tanya selera... Wassalam...

Oh, gambar sebelah ni tak ada kena mengena dgn topik di atas hehe...

12 May 2012

Super Easy Oreo Pie


Peace be upon you... Dah lama tak share resepi. Dah lama juga saya tak buat desert. I *LOVE* Oreo Cookies, so I'm going to share what i made & how you can make it. This yummy recipe isn't difficult, honestly this is super easy. Juz a mere six ingredients...

5 oreo cookies (pound gross)

1/4 cup melted butter

15 oreo cookies (smash up)

8oz Philadelphia cream cheese

1/3 cup sugar

2 cups whipped cream

Directions:

Mix the 5 oreo cookies with butter and spread evenly over the mold and compressed, store in fridge while making the topping
Combine the cream cheese and sugar into a bowl, beat until light & fluffy using hand mixer.
Add in the whipped cream and the smashed up Oreo cookies. Combine gently until they mixed well using a rubber spatula.
Spoon onto the pie crust and refrigerate about two hours or until firm.

Okay that's all... Have A Delicious Day !!



02 May 2012

You All Makan Ubat Cacing Tak?

Assalam... saya ada satu cerita nak share. Cerita cacing... Euww... bunyinye geli skit hehe... Saya ni penggeli yg amat, sebut perkataan cacaing je bulu roma dah tegak. Tapi tu la atas kesedaran pada diri sendiri & anak, saya nak story pasal cacing dalam badan manusia ni... Jangkitan cacing amat mudah berlaku pada kanak-kanak. Maka dengan itu, parents jgn ambil remeh ye, benda yang tak nampak ni la yang akan bertelur seterusnya membiak dalam tubuh hingga boleh menyebabkan penyakit. But, jgn ingat kanak-kanak je...orang dewasa pun perlu jugak jaga kebersihan & amik ubat cacing at least 2 kali setahun... Btw,Let us read the type of worm and its complications. 


Cacing Jarum atau Cacing Benang


Cacing jarum atau cacing benang ialah sejenis cacing yang sangat halus berukuran lebih kurang setengah inci panjang dan tinggal didalam usus. Cacing jarum betina keluar dari dubur pada waktu malam dan bertelur berhampiran dengan kulit dubur.

Apakah ‘enterobiasis’ ?

Jangkitan cacing yang disebabkan oleh cacing jarum dikenali sebagai ‘enterobiasis’. Suatu penyakit yang biasa berlaku dikalangan kanak-kanak.

Bagaimanakah ia berjangkit ?

Jangkitan berlaku apabila kanak-kanak menelan telur cacing jarum. Seorang kanak-kanak mendapat telor cacing jarum melalui pakaian tidor, cadar atau persekitaran kediaman kanak-kanak lain yang telah dijangkiti. Apabila telah di jangkiti kanak-kanak akan menggaru dikawasan dubur kerana gatal. Telor-telor cacing jarum akan melekat dicelah-celah kuku. Apabila kanak-kanak makan tanpa mencuci tangan dengan sempurna, telur-telur tersebut akan masuk melalui mulut dan menjadi cacing dewasa dan tinggal didalam usus.

Bagaimanakah ianya terjadi ?

* Kebanyakkan kanak-kanak tidak mendapat apa-apa tanda dan gejala.
* Namun ada juga kanak-kanak yang mengalami kegatalan disekeliling dubur dan vagina.

Komplikasi

Tempat-tempat yang digaru tersebut terdedah kepada jangkitan bakteria sekunder disebabkan oleh terdedah akibat kesan garukkan.

Bagaimanakah anda tahu anak anda dijangkiti cacing jarum ?

* Terdapat cacing didalam najis anak.
* Telur-telur cacing jarum akan dapat dilihat melalui pemeriksaan dibawah mikroskop dengan cara melekatkan tape cellophane pada kawasan dubur anak dan menanggalkannya semula. Telur-telur cacing jarum akan melekat pada tape tersebut.

Cacing Gelang

Apa itu Cacing Gelang ?

Cacing Gelang (Ascaris Lumbricoides) adalah punca utama jangkitan cacing dikalangan manusia. Jangkitan ini dinamakan ascariasis. Cacing gelang betina dewasa pula boleh mencapai ukuran sehingga 18 inci sementara cacing gelang jantan dewasa pendek sedikit dari cacing gelang betina. Cacing dewasa tinggal di dalam usus kecil dan telur-telur cacing dikeluarkan bersama dengan najis. Telur-telur cacing boleh tinggal di dalam tanah selama bertahun-tahun.

Bagaimanakah ia berjangkit ?

Kanak-kanak suka bermain ditempat lembab dan kotor.Telur-telur cacing gelang berjangkit melalui tangan yang tidak bersih dan di masukkan ke dalam mulut. Selain dari itu makan makanan atau minum air yang dicemari dengan telur-telur cacing gelang juga boleh menyebabkan jangkitan.

Larva cacing boleh pergi ke paru-paru dan menyebabkan simptom batuk serta lelah. Cacing yang berhijrah ke saluran hempedu dan pankreas boleh menyebabkan demam, jaundis (sakit kuning) dan sakit perut. Simptomnya boleh menyerupai gejala batu di dalam hempedu. Cacing boleh dikeluarkan dengan menggunakan kaedah endoskopi atau pembedahan.

Apakah tanda-tanda dan gejala dijangkiti cacing?

* Ramai kanak-kanak tidak mempunyai tanda-tanda dan gejala.
* Kadang-kadang kanak-kanak mengadu sakit perut .
* Jangkitan cacing yang teruk boleh menyebabkan saluran usus tersumbat dan mengakibatkan sakit perut yang teruk dan muntah-muntah.
* Adakalanya cacing dikeluarkan melalui najis atau dimuntahkan keluar.

Bagaimanakah untuk mengenalpasti anak anda dijangkiti cacing ?

Jika anak anda membuang air besar mengandungi cacing gelang atau telur cacing.

Cacing Rambu atau Cacing Cambuk

Apa itu cacing rambu atau cacing cambuk?

Nama cacing rambu atau cacing cambuk boleh dikenali berdasarkan kepada cirri-ciri bentuk cacing dewasa. Cacing dewasa berkuran diantara 3-5 cm panjang dan boleh hidup didalam diantara 1-3 tahun. Ia membenamkan hujung badannya pada dinding usus besar manusia. Cacing rambu atau cacing cambuk betina boleh menghasilkan lebih dari 10,000 telor dalam masa sehari dan dikeluarkan dalam najis manusia.

Apakah ‘trichuriasis’?

'Trichurisasis’ ialah jangkitan yang disebabkan oleh cacing rambu atau cacing cambuk. Ia sering berlaku dikalangan kanak-kanak.

Bagaimanakah ia berjangkit ?

Jangkitan berlaku apabila kanak-kanak makan makanan atau minum air yang tercemar dengan telor cacing. Juga boleh berlaku apabila kanak-kanak memasukkan jari tangan kedalam mulut selepas bermain dengan tanah yang tercemar.. Telur-telur cacing tersebut akan menetas serentak didalam usus besar kanak-kanak.
Apakah tanda-tanda dan gejala ?

Jangkitan ringan ( cacing kurang dari 100 )

1. Kemungkinan tiada sebarang tanda dan gejala.
2. Kadang-kadang kanak-kanak mengalami kembong perut, cirit birit, sembelit atau perut rasa tidak selesa (sebu).

Jangkitan teruk ( cacing melebihi 100 -1000 ) kemungkinan di ikuti dengan tanda-tanda dan gejala berikut :-

1. Sakit perut
2. Muntah
3. Cirit birit kemungkinan mengandungi darah
4. Pucat
5. Hilang selera makan
6. Susut berat badan
7. Bahagian akhir usus besar terkeluar ( Rectal Prolapsed)
8. Pembesaran terencat

Apakah bahaya jangkitan cacing rambu atau cacing cambuk ?

Bagi kes yang teruk , pucat dan kekeringan berlaku kesan dari cirit birit yang mengandungi darah. Namun jarang berlaku ??? rectal prolapsed ??? (Bahagian akhir usus besar terkeluar)

Bagaimanakah anda tahu anak anda di jangkiti cacing rambu atau cacing cambuk ?

Apabila anak anda buang air besar dan najisnya mengandungi telur cacing rambu atau cacing cambuk. Ianya boleh dipastikan melalui pemeriksaan mikroskopik keatas najis anak anda.

Cacing Kerawit

Cacing kerawit paling kerap menyebabkan kekurangan darah atau anemia kerana cacing ini boleh menghisap darah di dalam usus. Anemia boleh menjadi teruk dan mengganggu tumbesaran, pembelajaran seseorang kanak-kanak dan pada tahap lebih serius boleh menyebabkan kegagalan jantung.



Worms transmission -usually via direct anus to mouth transfer



1) Zentel Suspension RM 8.55
2) Zentel Tablet Rm 6.40
3) Champs D-Worms Rm 5.60
4) Pharmalogik Worms Solution RM 4.50

All contains the same ingredient which is Albendazole. But diff price. Which one you choose?



Okay now we're into the topic of prevention...

* Basuh semua baju tidur, seluar dalam serta cadar, selimut dan sarung bantal selepas rawatan.
* Pastikan anak anda membasuh tangan mereka sebelum makan dan selepas menggunakan tandas.
* Pastikan kuku mereka sentiasa pendek.
* Tegah mereka daripada menggigit kuku dan menggaru keliling dubur.
* Pastikan mereka memakai seluar dalam yang bersih setiap hari.
* Mandikan mereka setiap pagi untuk mengurangkan pencemaran telur

Dah habis dah cerita pasal cacing... Camane? Do u feel like want to take the medicine for worms after reading all these? I do as i write. 

Tengah kusyuk menaip kan, my b*tt feel itchy... Oh my god, do i have worms? Sometimes it is just physiological... Jumpa lagi di next entry... jgn lupa ya,  go to pharmacy and buy your dose to kill that ^*%#$%. Wassalam...