18 May 2012

Suntikan Pneumococcal Untuk Baby Anda

TAHUKAH anda bahawa dalam setiap minit, seorang kanak-kanak di seluruh dunia meninggal dunia akibat Pneumococcal (PnD)?

Biarpun simptomnya nampak ringkas seperti demam berpanjangan dan batuk, namun sikap ibu bapa yang lambat membawa anak-anak ke hospital adalah penyebab utama penyakit ini menjadi serius.

Last two weeks saya & suami bawa Ammar Hakimi utk check up di Klinik Pakar dekat Reko Sentral, Jalan Reko. Semasa sesi tersebut doktor 'kesayangan' Hakimi, Dr. Amaluddin ada bagi info tentang Suntikan Pneumococcal.  Ia adalah suntikan optional yang ditawarkan oleh klinik2 swasta. Suntikan yang akan diberikan adalah sebanyak 3 kali (boleh rujuk jadual dgn doktor anak anda) dan setiap suntikan kosnya antara RM150 hingga RM250.

Penyakit pneumokokal ialah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh sejenis kuman bakteria yg dinamakan 'streptococcus pneumonias' atau pneumokokus.
Kuman ini boleh menyebabkan penyakit MENINGITIS ( jangkitan pada radang selaput otak atau urat saraf tunjang), BAKTEREMIA ( jangkitan darah ), PNEUMONIA ( jangkitan paru2 ), OTITIS MEDIA ( jangkitan telingan tengah,sebelah dalam gegendang telinga. Juga boleh menyebabkan kerencatan akal, kecacatan kronik, lumpuh & kesukaran bertutur.

Kuman pneumokokus terdapat di dalam hidung dan kerongkong org dewasa dan kanak2 yg sihat.Ia boleh merebak dr seorang anak kepada yg lain dalam cecair apabila beliau bersin atau batuk.

SIAPAKAH YANG MEMPUNYAI RISIKO UNTUK MENDAPAT PENYAKIT PNEUMOKOKUS?
-kanak2 berumur 5 tahun ke bawah
-kanak2 yg menghadiri nurseri atau pusat jagaan harian
-kurang daya tahan atau kurang imuniti kepada jangkitan
-pernah mengalami jangkitan pada telinga tengah,sebelah dalam gegendang telinga
-terdedah kepada asap rokok
-kanak2 berpenyakit kronik seperti diabetis,jantung,paru2 atau penyakit buah pinggang

Pada pendapat saya, ia ibarat satu pelaburan walaupun kosnya agak tinggi bagi sesetengah ibubapa, tetapi masih boleh diusahakan memandangkan keadaan sekeliling serta isu jangkitan bakteria yang semakin banyak dijumpai kesnya baik luar negara mahupun negara kita sendiri.

Saya difahamkan ini tak akan protect baby kita 100% namun ia adalah sebaik-baik langkah pencegahan dalam mengurangkan risiko jangkitan penyakit insyaAllah... So, to all parents out there... Tepuk dada tanya selera... Wassalam...

Oh, gambar sebelah ni tak ada kena mengena dgn topik di atas hehe...

No comments:

Post a Comment