19 September 2011

Resepi istimewa Hari Raya : Lontong Goreng Express



Assalamualaikum w.b.t. dan salam 1 Malaysia buat semua khususnya umat Islam yg masih lg meraikan Aidilfitri sempena bln syawal yg tinggal lebih kurang seminggu setengah aje lg... Saya kurang sihat ckit (cirit-birit) sbb gi open house banyak sgt, makan pun biasalah..selagi ada space dlm perut ni selagi tu la saya nak try rasa (rasa kunun). Almaklumlah...banyak sedara-mara (belah saya + suami) tinggal area KL jd semuanya jemput, kalau x gi x sedap plk kan tambah lg ada yg nak jumpe si kecik Hakimi. Dalam hati bolehla kimi kutip duit raya leh simpan dlm akaun SSPN (mcm dlm iklan raya tuuu..) Maka jadinya saya pun x masakla smpai beberapa hari sbb gi mkn rmh org je... Bile hari minggu mcm ni rehat ajela sbb dah penat berjalan... Tup-tup husband dpt kol mbah saudara (nenek saudara) dari johor yg kebetulan ada kat KL nak dtg beraya dgn anak menantunya... Saya dgn perut yg x baper sihat ni kelam kelibut siap rmh (nampak sgt rmh x berkemas hehehe), pastu bukak fridge tgk ape yg boleh dimasak. Alamak! Memang x standby ape2 pun sbb sibuk gi makan free kt rmh org huhuhu... Nasib baikla ada nasi impit yg saya rebus 2 hari lps. Nak buat soto, sempat ke? Nak buat kuah lontong santan lak x der.. Oleh yg demikian, timbullah idea nak buat lontong goreng. Tu dia.. tu dia.. tu dia..panjang sungguh mukadimah n sejarah resepi ni. Sebelum saya melalut dgn lebih dasyat lg, jom tgk resepi yg simple n mudah ni :-)

Bahan-bahan:

2 bungkus nasi impit (potong dlm bentuk kiub sama mcm nak makan lontong)
6 ketul nugget ayamas (potong dadu)
4 sudu besar sos tiram
8 batang kacang buncis (dipotong kecil2)
1 tangkai cili merah (dihiris nipis2)
daun bawang (dihiris kecil2, lagi banyak lagi sedap)
2 biji telur
1 biji tomato (potong dadu)
minyak utk menggoreng
3 sudu kecil serbuk cukup rasa Maggie
garam & gula secukupnya


Cara Memasak:

1. Panaskan minyak. Masukkan nugget n sos tiram. Kacau rata selama seminit.
2. Masukkan kacang buncis dan cili merah. Kacau rata lagi selama seminit.
3. Masukkan nasi impit n hirisan daun bawang. Kemudian pecahkan telur dan kacau rata.
4. Masukkan tomato, serbuk cukup rasa Maggie, garam dan gula secukupnya. Setelah digaul sebati, tutup api dan boleh dihidang panas-panas.


Okay, kepada yg berminat nak try masak resepi ni actually boleh tambah lagi bahan yg lain contohnya udang, tauhu goreng ataupun tempe. Confirm mesti lg sedap... Oh ya, lontong goreng ni jgk selain dijadikan menu express utk dijamu kpd tetamu semasa Hari Raya, boleh jgk dibuat menu makan pagi. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment