27 September 2011

My Version of Mayonnaise Grilled Chicken With Cream Sauce

(boleh makan saje atau hidang dgn nasi... pic above saya buat nasi tumis butter~recipe will be publish on next next entry k)

Salam alaik & salam ukhwah buat semua para blogwalker... Semoga sihat dibawah rahmat Allah s.w.t....

Hari ini husband saya cuti... Saje2 cuti suka-suki bukan ada apa2 special program pun (maklumlah banyak cuti gamaknyer hehe...) So today I'm going to cook special dish for him as well as he help me to take a look after hakimi. Actually this recipe was modified by me to suit my taste and budget =) It's probably easier to cook than the original recipe. Jom tengok bahan-bahannyer...


Bahan-bahan utk perap ayam:

Ayam 5-6 ketul
1 labu bawang besar
2 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 tangkai cili merah
3/4 cawan bawang goreng
3 sudu besar madu (ganti dengan susu pekat pun boleh)
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
5 sudu besar sos tiram
5 sudu besar mayonis
3/4 cawan air
kicap secukupnya (ikut suka hati, tapi jgn sampai habis sebotol plk yer hehe...)

(ayam yang telah diperap bersedia utk masuk microwave)

*Blend semua bahan (kecuali ayam) dan gaul rata-rata bersama ayam. Perap dalam fridge beberapa jam (lagi lama perap lagi sedap). Kemudian panggang dalam microwave / oven selama 30-40minit.

Bahan-bahan sauce/gravy:

sedikit minyak dari ayam yang dipanggang tadi
lebihan bahan-bahan perap ayam
3 sudu besar butter
1/2 cawan susu penuh krim (dutch lady full cream milk)
2 sudu besar susu pekat
5 sudu besar tepung gandum (bancuh dulu dgn air)
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil black pepper powder (optional)
1 sudu besar serbuk oregano (nak lebih pun boleh)
1/2 cawan air



(sory guys... dah cedok kuah baru nak snap pic...lupa der...)

*Masukkan kesemua bahan-bahan diatas mengikut turutan ke dalam pan. Kacau dgn api perlahan sehingga naik buih blup blup... Bila kuah dah pekat tutup api dan tuang ke atas ayam yang telah siap grill tadi... OK dah siap :-)

P/S : kalau suka resepi ni boleh klik like kat bawah yer... TQ =)





21 September 2011

Kisah Cikgu Garang & Murid Yang Betul Bendul



Kepada yang sudi baca entry ni, kalau ada rasa nak ketawa boleh ketawa tp jgn kuat2 sangat ye... Saje jer saya letak kisah ni kat blog sbb saya imagine murid-murid ni baik sangat dan comel je hehehe... Cikgunyer pulak kemain lg garangnyer hihihi... Saya yg baca ni pun nak tergelak sampai nak tergolek pun ada geli hati... Ape2 pun kite baca dulu al-kisahnye k...


Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat ke?

Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam, cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawanan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan yang cikgu sebut itu, faham?

Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid-murid: (senyap)

Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!

Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!

Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!

Cikgu: Keadilan!
Murid-murid: UMNO!

Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!

Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!

Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!

Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!

Cikgu: Dengar sini!
Murid-murid: Dengar situ!

Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!

Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kau!

Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!

Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kau ajar kami!

Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!

Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!

Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!

Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Kenapa kami semua pandai sangat?

Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!

Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!

Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kau!

Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!

Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!

Cikgu: Saya kata UMNO salah!
Murid-murid: Kami kata KeADILan betul!

Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!

Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!

Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Kami semua dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu: (senyap dan mengambil buku-bukunya kemudian terus keluar)

19 September 2011

Resepi istimewa Hari Raya : Lontong Goreng Express



Assalamualaikum w.b.t. dan salam 1 Malaysia buat semua khususnya umat Islam yg masih lg meraikan Aidilfitri sempena bln syawal yg tinggal lebih kurang seminggu setengah aje lg... Saya kurang sihat ckit (cirit-birit) sbb gi open house banyak sgt, makan pun biasalah..selagi ada space dlm perut ni selagi tu la saya nak try rasa (rasa kunun). Almaklumlah...banyak sedara-mara (belah saya + suami) tinggal area KL jd semuanya jemput, kalau x gi x sedap plk kan tambah lg ada yg nak jumpe si kecik Hakimi. Dalam hati bolehla kimi kutip duit raya leh simpan dlm akaun SSPN (mcm dlm iklan raya tuuu..) Maka jadinya saya pun x masakla smpai beberapa hari sbb gi mkn rmh org je... Bile hari minggu mcm ni rehat ajela sbb dah penat berjalan... Tup-tup husband dpt kol mbah saudara (nenek saudara) dari johor yg kebetulan ada kat KL nak dtg beraya dgn anak menantunya... Saya dgn perut yg x baper sihat ni kelam kelibut siap rmh (nampak sgt rmh x berkemas hehehe), pastu bukak fridge tgk ape yg boleh dimasak. Alamak! Memang x standby ape2 pun sbb sibuk gi makan free kt rmh org huhuhu... Nasib baikla ada nasi impit yg saya rebus 2 hari lps. Nak buat soto, sempat ke? Nak buat kuah lontong santan lak x der.. Oleh yg demikian, timbullah idea nak buat lontong goreng. Tu dia.. tu dia.. tu dia..panjang sungguh mukadimah n sejarah resepi ni. Sebelum saya melalut dgn lebih dasyat lg, jom tgk resepi yg simple n mudah ni :-)

Bahan-bahan:

2 bungkus nasi impit (potong dlm bentuk kiub sama mcm nak makan lontong)
6 ketul nugget ayamas (potong dadu)
4 sudu besar sos tiram
8 batang kacang buncis (dipotong kecil2)
1 tangkai cili merah (dihiris nipis2)
daun bawang (dihiris kecil2, lagi banyak lagi sedap)
2 biji telur
1 biji tomato (potong dadu)
minyak utk menggoreng
3 sudu kecil serbuk cukup rasa Maggie
garam & gula secukupnya


Cara Memasak:

1. Panaskan minyak. Masukkan nugget n sos tiram. Kacau rata selama seminit.
2. Masukkan kacang buncis dan cili merah. Kacau rata lagi selama seminit.
3. Masukkan nasi impit n hirisan daun bawang. Kemudian pecahkan telur dan kacau rata.
4. Masukkan tomato, serbuk cukup rasa Maggie, garam dan gula secukupnya. Setelah digaul sebati, tutup api dan boleh dihidang panas-panas.


Okay, kepada yg berminat nak try masak resepi ni actually boleh tambah lagi bahan yg lain contohnya udang, tauhu goreng ataupun tempe. Confirm mesti lg sedap... Oh ya, lontong goreng ni jgk selain dijadikan menu express utk dijamu kpd tetamu semasa Hari Raya, boleh jgk dibuat menu makan pagi. Selamat mencuba!

16 September 2011

Terima kasih Allah...



Woke up in the morning and i felt blessed..
We three sleep on the same bed, breathing the same air...
He's sleeping on my right and i clearly can hear the dengkuran (jgn mara sayang hihihi)
Baby's lay down just beside me, sleeping free stlye with two hands
up, kekenyangan and comfort (just changed the diaper)

One word for sure... Alhamdulillah... Terima kasih Allah...

oh oh...btw, today is Hari Malaysia ! I'm proud to be M'sian =)

But the most excited thing is today is public holiday waaweee...


Abi... jom kite bwk Hakimi gi open house... Leh kutip duit aye lagi hehehe...


Baby Hakimi yg dah siap comey dgn topi cendawannyer nak gi kutip duit raya... sebelum tu tangkap gambar dulu ye...Alalala baiknyer anak ibu ni pandai tgk camera =)

Ha tu diaa....baru je ibu puji dah 'mengamuk' ...Habihla brooch ibu ditariknye..tahan comey 10 saat je isk isk isk...