10 October 2011

Express Apple Puff


Bahan Inti Epal

2 biji epal hijau, dikupas kulitnya, buang empulur & dipotong dadu kecil
sedikit cinnamon powder (boleh kikis drpd kulit kayu manis)
2 1/2 camca besar gula perang
3 sudu besar mentega

  • Cairkan mentega di dalam kuali panas, kemudian masukkan bahan-bahan inti dan masak hingga gula perang mencair. Setelah epal lembut, tutup api & sejukkan sebentar.


Untuk Kulit Puff

Rori canai segera (brand Kawan)

Kuning telur utk sapu di atas puff


  • Bahagikan roti canai kpd empat bahagian. Letakkan inti di atas kepingan, temukan kedua bahagian utk menutup inti. Tekan dgn garfu di sekeliling lipatan roti canai tersebut. Buat sedikit torehan di atasnya.
  • Sapukan kuning telur ke atas setiap puff. Bakar dalam microwave / oven yang telah dipanaskan selama 15 - 20 minit.

No comments:

Post a Comment