Pada Trimester ketiga ini perut anda sudah membesar.... ! Anda sudah pasti akan membuat persiapan untuk kehadiran si bayi baru dalam keluarga anda. Mungkin anda akan merasakan berbagai-bagai perasaan emosional yang kadang kala mengganggu fikiran. Mungkin juga perasaan gembira untuk bertemu bayi baru anda. Mungkin anda juga khuatir dengan kesihatan bayi anda. Anda mula berfikir tentang proses bersalin. Dengan tambahan perubahan emosi ini, tubuh secara fizik juga mengalami perubahan pada trimester akhir ini... Jom kita baca sama-sama :-)
Beberapa perubahan yang terjadi pada kehamilan trimester ketiga:
Sakit pada punggung, hal ini kerana meningkatnya beban berat yang anda bawa iaitu bayi dalam kandungan. (Especially kalau duduk terlalu lama dalam kereta atau kerusi yang keras)
Pakailah kasut tumit rendah. Hindari daripada mengangkat benda yang berat. Berdiri dan berjalan dengan punggung dan bahu yang tegak. Mintalah pertolongan daripada suami untuk melakukan kerja rumah, jadi anda tak perlulah membongkok terlalu kerap.
Keluarnya cecair pekat dari payudara iaitu kolostrum iaitu makanan bayi pertama yang kaya dengan protein.
- KONSTIPASI / SEMBELIT KRONIK
Pada trimester ketiga ini konstipasi juga mungkin berlaku kerana tekanan rahim yang membesar ke daerah usus selain peningkatan hormon progesteron.
Atasi dengan makanan berserat buah-buahan dan sayuran serta minum air yang banyak termasuk senaman ringan atau pergerakan yang tidak berat seperti membuat kerja rumah.
Pada kehamilan 33-36 banyak ibu hamil akan merasa susah bernafas hal ini kerana tekanan bayi yang berada dibawah diafragma menekan paru-paru ibu.
Tapi setelah kepala bayi sudah turun ke rongga pelvis ini biasanya pada 2-3 minggu sebelum EDD pada ibu yang pertama kali hamil maka anda akan merasa lega dan bernafas lebih mudah. Selain itu juga rasa pedih didada(heart burn) biasanya juga ikut hilang. Ini kerana berkurangnya tekanan bahagian tubuh bayi dibawah tulang iga ibu (tulang bahagian bawah dada).
Pembesaran rahim dan ketika kepala bayi turun ke rongga pelvis akan makin menekan pundi kencing anda.
Setelah perut anda besar dan bayi anda menendang dimalam hari anda akan berasa sukar untuk menikmati tidur yang nyenyak. Cubalah untuk menyesuaikan posisi tidur anda. Sebaiknya ibu hamil tidur dalam keadaan mengiring ke kanan ataupun ke kiri. Ini kerana ia dapat mengelakkan rahim daripada menekan pada pembuluh darah besar yang terdapat di belakang rahim.
Jadi lebih banyak darah akan sampai ke jantung kanan dan seterusnya kepada bayi. Cari posisi yang paling selesa. Alaslah dengan bantal di bahagian belakang untuk bantu menyokong dan mengurangkan sakit belakang.
Peningkatan volume darah dan alirannya selama kehamilan akan menekan daerah pelvis dan vena di kaki, yang menyebabkan vena menonjol.
Dan pada akhir kehamilan kepala bayi juga akan menekan vena daerah pelvis.
Varises juga dipengaruhi faktor keturunan.
Angkatlah kaki keatas ketika anda istirahat atau tidur. Jangan berdiri atau duduk terlalu lama, cubalah untuk berjalan-jalan untuk melancarkan perjalanan darah.
Braxton-Hicks kontraksi atau kontraksi palsu. Kontraksi berupa rasa sakit yang ringan, tidak teratur, dan hilang bila anda duduk atau istirahat
Pertumbuhan bayi akan meningkatkan tekanan pada daerah kaki dan pergelangan kaki anda, mungkin tangan juga akan membengkak atau kebas. Ini disebut edema (bengkak air). Biasanya ia tidak menandakan sebarang masalah, sebaliknya ada pakar yang mengatakan bengkak kaki adalah atau tanda anak dalam kandungan itu lebih besar daripada biasa. Walaupun demikian jika bengkak kaki disertai dengan tekanan darah yang tinggi dan kencing yang kotor iaitu mengandungi protein, ini menandakan wanita itu menghidapi penyakit toxemia. Keadaan ini boleh mengancam nyawa ibu dan bayi jika rawatan sewajarnya tidak diberikan.
Cramps atau tegang otot khususnya di bahagian kaki kerap berlaku pada peringkat pertengahan dan akhir kehamilan. Keadaan ini boleh menimbulkan kesakitan jika kerap berlaku. Tegang otot ini mungkin disebabkan oleh kandungan hormon estrogen yang meningkat ketika seseorang wanita itu hamil. Ia mungkin juga disebabkan oleh kekurang logam kalsium dalam darah. Dengan itu biasanya doktor akan memberi ubat kalsium dengan harapan boleh mengatasi masalah cramps ini. Pengambilan kalsium juga memberi manfaat kepada bayi untuk mengukuhkan tulang dan gigi.
Peningkatan cairan vagina atau keputihan selama kehamilan adalah normal. Cairan biasanya jernih, pada awal kehamilan biasanya agak kental dan lebih cair apabila tarikh bersalin semakin hampir. Yang penting adalah menjaga kebersihan vagina dengan jagaan rapi. Hubungi doktor anda bila cairan berbau, terasa gatal, sakit.
Wah rasanya begitu banyak keluhan yang terjadi selama kehamilan... Namun... Perasaan bahagia kerana kehamilan anda sudah cukup mengimbangi segala ketidakselesaan ini. Kehamilan bererti pergorbanan yang banyak dari seorang ibu, tapi pada akhir dari semua ini, anda akan menyedari bahawa semua itu amat bernilai, dan waktu 9 bulan akan berlalu dengan cepat tanpa anda sedari.... :-)