Assalamualaikum dan salam Ramadhan semua.... Hari ni 3 Ramadhan 1431Hijrah. Hari ni hari Jumaat... Petang ni cuaca nyaman sebab hujan turun membasahi bumi Allah, alhamdulillah... Puasa pun taklah rasa penat mana. Sekarang dah pukul 2.45ptg. Mmm...nak masak ape ye utk berbuka hari ni? Rasa mcm nk buat nasi beriyani dan rendang ayam... Nak pikat hati dan perut suami saya yang ambil cuti segera hari ni temankan saya di rumah (bisa demam denggi belum kebah sepenuhnya lagi) Terima kasih, sayang...
Oh ya...Actually entry kali ni saya nak sentuh topik memori di bulan puasa... Banyak memori yang saya simpan especially masa zaman sekolah dulu. Semua kenangan tak dapat saya lupakan tambah lagi dah agak lama tak pulang ke kampung kerana kesibukan tugas.....
Tahun Satu Raya SRK Convent Kota Taiping. Hari pertama puasa, waktu rehat pukul 10.15pagi. Saya mengajak kawan baik, Hafizah beli nasi lemak di kantin. Kata saya tak ape makan waktu pagi sbb puasa tak batal, kira bersahur, jadi bolehlah makan sebelum masuk waktu tengah hari. Jadi kami berdua pun dgn selambanya makan nasi lemak. Kami tak peduli pun kwn2 yg dtg mengejek kami tak puasa. Yang lucunya, idealogi kami berdua semakin hari semakin diterima ramai. Maka, daripada berdua je, ramai pulak yg join kami 'bersahur'. Hahaha...lawak sungguh sahur dua kali. Seterusnya, bila balik sekolah saya akan bwk balik jajan yg selalu saya belikan utk adik bongsu saya yg sememangnya tak puasa (mase tu umur dia baru 4tahun). Yang seronoknya adik saya ni suke suap org mkn. Jadi, saya ngangakan ajela mulut tanpa rasa bersalah (x suap makanan sendiri tak rasa bersalah takpe hehehe). Bila mama pulang dari kerja, adik saya ni pegi bocorkan rahsia pulak. Adui...Nasib baik mama tak marah. Apa lagi, saya warning adik saya, kalau pecahkan rahsia lagi, saya tak akan belikan jajan utk dia lagi hahaha....
Bila masuk waktu petang, aktiviti naik basikal, main skipping, main kat padang dan naik buaian masih berjalan spt biasa. Saya dan Hafizah akan naik basikal round padang sampai letih ternganga, lps tu kelam kabut balik rumah sbb nak ikut abah pegi pasar ramadhan. Seronoknya masa tu mcm2 boleh mintak kt abah. Seingat saya mase tu air katira (air kegemaran saya skrg) tak ada lg. Yg tgh glemer air bandung, soya dan laicikang. Abah mmg suka beli air laicikang. Kalau kuih plk abah mesti tak tinggal popia goreng, wadey (sejenis kuih india) dan kadang2 abah suka beli murtabak. Bila blk rmh, mesti mama akan membebel sbb abah beli makanan banyak sgt padahal mama masak nasi, lps tu mama buat kuih. Selalunya mama akan buat kuih karipap, kuih melaka (best bila mkn letup dlm mulut) dan kuih badak berendam. Rindunya nk mkn kuih badak berendam mama. Bila waktu berbuka makin hampir, kakak saya akan ditugaskan utk susun gelas atas meja dan tuang air siap2. Sayala yg selalu tanya sbb tak paham, kenapa gelas semua org tak sama? Kenapa gelas abah paling besar n berat? Lps tu gelas ke2 terbesar mesti gelas abang. Lps tu barula gelas mama, kakak dan gelas saya yg paling kecik huhu... Adik saya? Dia x pakai gelas tp kakak bg cawan plastik kecik je hahaha... Lagi seminit ke 30saat nak berbuka, sorg pun tak dibenarkan bercakap, nanti abah marah. Semua org duduk diam pasang telinga org azan ataupun bunyi siren bomba tanda waktu berbuka puasa dah tiba. Apalagi, saya pun minum dulu sampai dua gelas, lepas tu nak mkn nasi dah susah nak habiskan huhuhu......
Gambar kenangan arwah abah 3 hari sebelum pemergiannya sewaktu bercuti di Penang Chinese New Year tahun lepas...Al-Fatihah buat abah....
Ok guys.... Satakat ni dlu story saya skadar nak share memory. Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua ye.... Dan jangan lupa jika ada kesempatan dan kesihatan, solat terawih adalah salah satu ibadah yang paling digalakkan utk ditunaikan. Tanpa solat terawih, mungkin kita tak dpt rasa nikmat dan kemeriahan Ramadhan itu sendiri... Wassalam...
Kacang Kuda Tumis dengan Daun Kari
-
Kunyap-kunyap...hubs feveret...
*Bahan-bahan*
Kacang kuda...rendam hingga kembang
Kemudian rebus hingga empuk...
*Bahan tumis*
beberapa helai daun ...
4 years ago
mentang-mentang aku kecik lagi time tu, diskriminasi sungguh... cehh...
ReplyDeletebtw, aku darjah 1 dah start puasa penuh pe... xdela sahur pukul 10 pagi.... lalalaa ~
Hahahaha....
ReplyDelete