20 August 2010

Menu Berbuka Puasa - Nasi Tomato Ayam

Assalamualaikum dan selamat menjalani ibadah puasa buat semua muslimin & muslimat. Hari ni saya nak share satu resepi istimewa yg agak simple utk dimasak sbg menu berbuka puasa. Bahan-bahan yg saya bagi ni cukup2 utk dua org makan (of course me n my hubby hihi....) dan dua kali round makan (berbuka & sahur skali ler...hehe). Bile dah masak nanti haaa.....bak kate Chef Wan 'i am...speechless!'. So, apelagi, jom try msk hari ni jgk.... Confirm sedap :)

Ingredients :


1) Beras (2 cawan)
2) Susu Cair (1/2 cawan)
3) Dada Ayam - didadu kecil (1 keping)

4) Bawang Putih (4 ulas) 5) Halia (2 inci)
6) Bawang Besar - dibelah empat (1 ulas)
7) Tomato - didadu kecil (1 biji)
8) Tomato puri satu tin
(boleh beli kat Tesco@Cold
Storage@kedai runcit berdekatan)
9) Pelaga (4 biji) *
10) Bunga Cengkih (4 kuntum) *
11) Kayu Manis (1 batang) *
12) Serbuk Jintan Manis (1/2 sudu kecil)
*
13) Serbuk Lada Putih (1/2 sudu kecil) *
14) Serbuk Jintan Putih (1/2 sudu kecil) *
15) Kismis (sedikit)

16) Daun Pandan - disimpul (1 helai)
17) Minyak Sapi (1 sudu besar)
18) Air (1 cawan)


Directions :
  • Blend halia, bawang besar dan bawang putih bersama sedikit air menggunakan blender.
  • Cairkan minyak sapi dlm kuali terlebih dahulu dan tumis semua rempah ratus hingga naik bau.(yg bertanda *)
  • Masukkan tomato, ayam dan tomato puri. Kacau dan masak hingga ayam empuk. Mase ni bau harum je.... :) Lepas tu semua bahan tumisan dlm kuali transfer ke dlm rice cooker.
  • Masukkan air, susu cair, bahan-bahan kisar, daun pandan, dan sedikit garam. Boleh ganti jgk dgn serbuk cukup rasa Maggie.
  • Kacau rata dan biarkannya mereneh.
  • Masukkan beras dan kismis ke dlm rice cooker. Then, tekan cook. Atau yg guna dapur gas, masak hingga kuahnya kering.
  • Apabila kuah kering, perlahankan api dan kacau rata nasi. Tutup periuk dan masak lagi hingga nasi empuk.(kalau rice cooker automatik je tunggu sampai msk).
  • Apabila nasi empuk, kacau nasi supaya sebati dan switch off suis rice cooker@tutupkan api dapur gas.
  • Hidang bersama taburan bawang goreng. Boleh berbuka bersama ayam masak merah & acar mayonis. Nak tau resepi acar mayonies ciptaan saya? Jom tgk kat bwh ni....

ACAR MAYONIS

ni contoh gambar je (banyak sgt mcm nk buat kenduri)

Ingredients :

1) Lobak Merah - sagat kasar (1/4 batang)
2) Timun - sagat kasar (1/4 batang)
3) Bawang besar - dihiris (1 ulas)
4) Tomato ceri - belah empat (8 biji)
5) Mayonis (5 sudu besar)
6) Gula (1 sudu besar)


Directions :

  • It's simple.....campur semua bahan, gaul rata & letak dlm fridge smentara tunggu waktu berbuka :)))) Selamat mencuba....!

13 August 2010

Kenangan Bulan Puasa

Assalamualaikum dan salam Ramadhan semua.... Hari ni 3 Ramadhan 1431Hijrah. Hari ni hari Jumaat... Petang ni cuaca nyaman sebab hujan turun membasahi bumi Allah, alhamdulillah... Puasa pun taklah rasa penat mana. Sekarang dah pukul 2.45ptg. Mmm...nak masak ape ye utk berbuka hari ni? Rasa mcm nk buat nasi beriyani dan rendang ayam... Nak pikat hati dan perut suami saya yang ambil cuti segera hari ni temankan saya di rumah (bisa demam denggi belum kebah sepenuhnya lagi) Terima kasih, sayang...

Oh ya...Actually entry kali ni saya nak sentuh topik memori di bulan puasa... Banyak memori yang saya simpan especially masa zaman sekolah dulu. Semua kenangan tak dapat saya lupakan tambah lagi dah agak lama tak pulang ke kampung kerana ke
sibukan tugas.....


Tahun Satu Raya SRK Convent Kota Taiping. Hari pertama puasa, waktu rehat pukul 10.15pagi. Saya mengajak kawan baik, Hafizah beli nasi lemak di kantin. Kata saya tak ape makan waktu pagi sbb puasa tak batal, kira bersahur, jadi bolehlah makan s
ebelum masuk waktu tengah hari. Jadi kami berdua pun dgn selambanya makan nasi lemak. Kami tak peduli pun kwn2 yg dtg mengejek kami tak puasa. Yang lucunya, idealogi kami berdua semakin hari semakin diterima ramai. Maka, daripada berdua je, ramai pulak yg join kami 'bersahur'. Hahaha...lawak sungguh sahur dua kali. Seterusnya, bila balik sekolah saya akan bwk balik jajan yg selalu saya belikan utk adik bongsu saya yg sememangnya tak puasa (mase tu umur dia baru 4tahun). Yang seronoknya adik saya ni suke suap org mkn. Jadi, saya ngangakan ajela mulut tanpa rasa bersalah (x suap makanan sendiri tak rasa bersalah takpe hehehe). Bila mama pulang dari kerja, adik saya ni pegi bocorkan rahsia pulak. Adui...Nasib baik mama tak marah. Apa lagi, saya warning adik saya, kalau pecahkan rahsia lagi, saya tak akan belikan jajan utk dia lagi hahaha....

Bila masuk waktu petang, aktiviti naik basikal, main skipping, main kat padang dan naik buaian masih berjalan spt biasa. Saya dan Hafizah akan naik basikal round padang sampai letih ternganga, lps tu kelam kabut balik rumah sbb nak ikut abah pegi pasar ramadhan. Seronoknya masa tu mcm2 boleh mintak kt abah. Seingat saya mase tu a
ir katira (air kegemaran saya skrg) tak ada lg. Yg tgh glemer air bandung, soya dan laicikang. Abah mmg suka beli air laicikang. Kalau kuih plk abah mesti tak tinggal popia goreng, wadey (sejenis kuih india) dan kadang2 abah suka beli murtabak. Bila blk rmh, mesti mama akan membebel sbb abah beli makanan banyak sgt padahal mama masak nasi, lps tu mama buat kuih. Selalunya mama akan buat kuih karipap, kuih melaka (best bila mkn letup dlm mulut) dan kuih badak berendam. Rindunya nk mkn kuih badak berendam mama. Bila waktu berbuka makin hampir, kakak saya akan ditugaskan utk susun gelas atas meja dan tuang air siap2. Sayala yg selalu tanya sbb tak paham, kenapa gelas semua org tak sama? Kenapa gelas abah paling besar n berat? Lps tu gelas ke2 terbesar mesti gelas abang. Lps tu barula gelas mama, kakak dan gelas saya yg paling kecik huhu... Adik saya? Dia x pakai gelas tp kakak bg cawan plastik kecik je hahaha... Lagi seminit ke 30saat nak berbuka, sorg pun tak dibenarkan bercakap, nanti abah marah. Semua org duduk diam pasang telinga org azan ataupun bunyi siren bomba tanda waktu berbuka puasa dah tiba. Apalagi, saya pun minum dulu sampai dua gelas, lepas tu nak mkn nasi dah susah nak habiskan huhuhu......


Gambar kenangan arwah abah 3 hari sebelum pemergiannya sewaktu bercuti di Penang Chinese New Year tahun lepas...Al-Fatihah buat abah....


Ok guys.... Satakat ni dlu story saya skadar nak share memory. Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua ye.... Dan jangan lupa jika ada kesempatan dan kesihatan, solat terawih adalah salah satu ibadah yang paling digalakkan utk ditunaikan. Tanpa solat terawih, mungkin kita tak dpt rasa nikmat dan kemeriahan Ramadhan itu sendiri... Wassalam...