11 July 2010

Resepi Lauk Berbuka Puasa

ASSALAMUALAIKUM WBT.....

Sedar tak sedar sekarang dah pun hampir kepenghujung Bulan Rejab. Tak lama lagi Bulan Sya'ban pula akan menyusul... Bagi yang belum lagi ganti puasa tu, marilah kita sama-sama qada ye termasukla saya hehe.... Walaupun belum masuk Ramadhan, saya dah mula berfikir-fikir nak masak apa utk juadah berbuka. Setakat nak ganti puasa pun dah pening nak masak ape hehehe... So jom kite try resepi di bawah ni nak...

RESEPI PERTAMA : AYAM MASAK SIMPLE


Bahan-bahan:

ayam dipotong kecil-kecil
1 paket serbuk kari ikan (Adabi) - serbuk kari daging pun ok
½ botol sos tomato
¾ gelas air masak
garam secukup rasa
Bawang goreng @ daun bawang utk ditabur



Cara:
Gaulkan ayam dengan serbuk kari dan perap selama 1/2 jam.
Masukkan ayam ke dalam kuali, air masak dan tomato sos.
Masak dengan api sederhana sehingga ayam empuk.
Angkat dan taburkan bawang goreng atau daun bawang.


RESEPI KEDUA : BAWAL MASAK SAMBAL KICAP

Bahan-Bahan:

Ikan Bawal

Bahan A
4 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih

1 ulas Bawang Besar - dikisar
4 sudu cili kering yang telah dikisar

Bahan B
2 sudu Sos Tomato
2 sudu Kicap Manis
2 sudu Kicap Masin

1 asam keping@air asam jawa
garam secukup rasa


Cara:
Ikan bawal dibersihkan dan dipotong
Gaul ikan bersama garam dan kunyit, kemudian digoreng.
Tumbuk bahan A dan ditumis hingga naik bau. Masukkan cili kering yang dikisar hingga pecah minyak.
Masukkan bahan B, bawang besar kisar, asam keping dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan ikan yang telah di goreng tadi.
Biarkan seketika, hingga agak pekat boleh lah diangkat.


Selamat mencuba ye.....



Thumbs Up 2

2 comments:

  1. Welcome...nanti bulan puasa leh msk ramai2. mkn sahur dgn nasi putih panas2 sedapnyer....

    ReplyDelete