Dol Yang Samdol
Selepas 25 kali mencuba, akhirnya Dol lulus temu duga. Tapi sebelum
meninggalkan bilik temu duga, pengurus kilang pun memberitahu...
Pengurus kilang : Untuk permulaan, kita akan bayar kamu RM5 sejam.
Tapi lepas tiga bulan, kami akan naikkan gaji kamu kepada RM7 sejam.
Setuju?
Dol: Setuju, bos! (lalu menjabat tangan bakal bosnya itu).
Pengurus kilang : Bagus, bagus! Kalau macam tu bila kamu boleh mula
kerja?
Dol: Tiga bulan lagi, bos!
Giuseppe Spombalucci
Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal. Walaupun tidak pernah masuk kesitu atau memesan hidangan Itali sebelum ini, pemuda itu tetap bermuka selamba. Tambahan pula dia ingin membuatkan teman wanitanya itu kagum. Apabila tiba dimeja, pelayan memberikan buku menu dan pasangan berkenaan melihat senarai hidangan. Beberapa minit kemudian, lelaki itu dengan bangganya memanggil pelayan untuk membuat pesanan.
"Err..., Berikan saya Giuseppe Spombalucci untuk dua orang!" kata
pemuda itu.
Pelayan itu tercenggang.
Pemuda itu mula berang "Mengapa? awak takut saya tak ada duit untuk
bayar bil nanti ke?" Tanya pemuda itu.
"Minta maaf encik, Giuseppe Spombalucci tu nama pemilik restoran ini!"
Kata pelayan itu.
Pesakit Mental
Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam.
Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa.
Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.
Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "??$??"
Seorang Pembesar
Sewaktu Presiden Bush mengunjungi Malaysia baru-baru ini... dia dibawa mengeliling ibukota dengan menaiki sebuah kereta mewah. Pemandu kereta mewah itu tiba-tiba berkata...
"Tuan Cakap aje apa yang nak di ibukota ini... saya pasti tunaikan.."
"Well", kata Bush...
"Sebenarnya saya sudah lama ingin memandu kereta sendiri. Di US.. .kalau saya mahu keluar
ke mana-mana pastinya sudah tersedia pemandu dan kereta peribadi untuk saya. Saya ingin sangat memandu sendiri... tapi tidak pernah mendapat melakukannya."
"Wah," kata pemandu..
"Kalau itu saja permintaan tuan.. tidak jadi masalah.."
Dan kemudian mereka pun bertukar tempat. Presiden Bush memandu dan pemandu tadi duduk di belakangnya.
Tetapi bila sampai di persimpangan pertama... Bush lupa untuk berhenti di lampu merah..
Tiba-tiba polis mengikuti kereta tersebut dan memberhentikannya... polis turun dari motornya, dan menghampiri
kereta tersebut. Tetapi sebaik sahaja dia mendekati.. ia melihat Presiden Bush... dan ia segera kembali ke motornya
dan menghubungi pegawai atasannya.
"Tuan.." kata Polis itu
"Saya baru saja menahan seorang pembesar."
"Apa?" kata atasannya,
"Ketua Polis ke?"
"Bukan Tuan.. dia lebih tinggi dari Ketua Kita"
"Hey, adakah kamu menahan Perdana Menteri?"
"Tidak Tuan.. malah dia lebih tinggi lagi."
"Well, siapa yang kamu tahan itu?" tanya pegawai atasan kebingungan.
"Tidak tahu Tuan.." jawab Polis
"Tapi siapapun dia, yang pastinya pemandunya saja sudah Presiden Bush!"
Kacang Kuda Tumis dengan Daun Kari
-
Kunyap-kunyap...hubs feveret...
*Bahan-bahan*
Kacang kuda...rendam hingga kembang
Kemudian rebus hingga empuk...
*Bahan tumis*
beberapa helai daun ...
4 years ago
cerita seorang pembesar tu plg best....
ReplyDelete