* 4 biji kentang
* 1 biji telur rebus
* 5 sb mayonis
* 10 biji tomato ceri
* sedikit serbuk oregano (dried oregano)
* 1 sk garam seasoning
* 1 sk lada sulah
* sedikit gula
~ Kupas kulit kentang, potong dadu / bentuk wedges tapi jangan terlalu kecil. Rebus hingga empuk tetapi pastikan kentang tidak hancur semasa digaul dengan salad dressing. Setelah empuk, angkat dan toskan.
~ Untuk membuat salad dressing, lenyekkan telur rebus. Masukkan mayonis & kacau hingga sebati.
~ Masukkan garam, lada sulah, dried oregano dan kacau lagi. Masukkan kentang serta tomato ceri ke dalam dressing dan gaul sebati.
~ Simpan dlm peti sejuk sebentar dan hidangkan sebagai side dish utk western food atau di makan begitu saja.
Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment