22 December 2012

Potato Salad

Bahan-Bahan


* 4 biji kentang
* 1 biji telur rebus
* 5 sb mayonis
* 10 biji tomato ceri
* sedikit serbuk oregano (dried oregano)
* 1 sk garam seasoning
* 1 sk lada sulah
* sedikit gula


Cara-cara


~ Kupas kulit kentang, potong dadu / bentuk wedges tapi jangan terlalu kecil. Rebus hingga empuk tetapi pastikan kentang tidak hancur semasa digaul dengan salad dressing. Setelah empuk, angkat dan toskan.
~ Untuk membuat salad dressing, lenyekkan telur rebus. Masukkan mayonis & kacau hingga sebati.
~ Masukkan garam, lada sulah,  dried oregano dan kacau lagi. Masukkan kentang  serta tomato ceri ke dalam dressing dan gaul sebati.
~ Simpan dlm peti sejuk sebentar dan hidangkan sebagai side dish utk western food atau di makan begitu saja.




Selamat Mencuba!