27 May 2011

Cara-cara & Perkara Sunat Menyambut Kelahiran Bayi Dalam Islam


1. Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat-Saat Isteri Hendak Bersalin

Alangkah gelisah dan kritikalnya saat-saat akan melahirkan anak lebih-lebih lagi bagi ibu yang pertama kalinya akan melahirkan anak. Suami perlu memberikan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan sabar, di samping suami harus banyak berdoa kepada Allah serta banyak beristighfar dan berselawat disamping membanyakkan bacaan surah Al-Insyiqa’ dan surah Al-Hasyr.

2. Disunatkan mengucapkan tahniah

a) Orang-orang Islam adalah digalakkan supaya bersegera mengucapkan tahniah kepada saudaranya atau sahabat-handainya yang baharu sahaja menerima cahaya mata. Amalan ini disuruh kerana menghibur saudaranya selain itu amalan ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama Muslim.

b) Sekiranya seseorang itu tidak sempat untuk mengucapkan tahniah adalah digalakkan untuk mendoakan kesahteraan kepada saudaranya dan anak yang baharu dilahirkan oleh isterinya. Antara doanya ialah:

pg3b Cara cara & Perkara Sunat dalam Menyambut Bayi Mengikut Islam

“ Semoga Allah memberkati kurnianNya, syukurilah atas pemberian ini, penuhilah keperluannya dan rezekikanlah masa hadapannya "

c) Kemudian apabila doa ini diucapkan maka disunatkan pula kita menyahutnya dengan ucapan

pg3c Cara cara & Perkara Sunat dalam Menyambut Bayi Mengikut Islam

“ Mudah-mudahan engkau juga diberkati Allah serta dilimpahi keberkatan ke atas engkau."

3. Disunatkan azan dan Iqamah

a) Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir dan diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat didengar oleh bayi ialah kalimah Allah. Rasulullah SAW sabdanya yang bermaksud: Sesiapa yang memperolehi cahata mata (anak) maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan diiqmahkan di telinga kiri, nescaya terlepaslah darinya angin tiupan syaitan”

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi’ r.a. Rasulullah bersabda : Maksudnya : “Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a.”

b) Melakukan azan dan iqamah ini mempunyai hikmah tertentu, selain dari usaha untuk memohon perlindung daripada gangguan syaitan, azan juga merupakan laungan dan seruan kepada Allah, kepada agamaNya dan beribadah kepadaNya. Dengan itu jika lakukan seruan ini akan mendahului seruan syaitan. Azan juga adalah seruan kepada fitrah manusia yang asal sebelum digoda oleh syaitan yang ingin mengalih haluan kepada jalan jalan yang terkutuk dan dilaknati oleh Allah.

4. Melakukan Tahnik atau membelah mulut

a) Tahnik ini dilakukan dengan meletakkan sedikit isi tamar di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi serta dengan perlahan-perlahan digerakkan jari itu ke kanan dan kiri mulut bayi. Ini dilakukan sehingga isi buah tamar tadi menyentuh pada keseluruhan mulut bayi berkenaan dan tamar tersebut akan masuk ke dalam rongga tekaknya. Jika tidak ada tamar maka boleh digantikan dengan manisan lainnya seperti gula dan sebagainya.

b) Adalah lebih afdhal kalau tamar itu dikuyah oleh orang alim atau orang soleh untuk mendapatkan keberkatannya. Dalam satu hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Abi Musa r.a. katanya: “ Telah dikurnikan kepadaku seorang anak, aku membawanya menemui baginda Rasulullah s.a.w. baginda menamakannya Ibrahim, lalu baginda mentahnikkannya dengan tamar dan mendoakan keberkatan untuknya, kemudian baginda menyerahkan kembali anak itu kepadaku” amalan tahnik ini adalah untuk menguatkan anggota mulut bayi supaya lebih mampu untuk menghisap susu ibunya.

5. Mencukur rambut

a) Ini dilakukan sebaik-baiknya pada hari ketujuh kelahiranya, kemudian rambut itu ditimbang seberat emas atau perak dan disedekahkan pada fakir miskin, jika tidak mampu maka ditukarkan atas kadar wang atau sebagainya.

b) Amalan bercukur ini mengandungi hikmah yang tertentu iaitu: dari sudut kesihatan, ia boleh menguatkan tenaga pertumbuhannya, menghilangkan selaput kulit kepala (iaitu sejenis cecair beku yang meliputi kulit kepala) dan juga dapat memberikan daya kekuatan dan ketajaman pada penglihatan mata, bau dan pendengaran. Dari sudut kemasyarakatan bercukur mengalakkan umatnya bersedekah disamping menunjukkan kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan-Nya.

Larangan

c) Walaupun disunatkan bercukur bagi orang Islam tetapi dilarang daripada melakukan Qaza’ iatu mencukur sebahagian kepala kanak-kanak dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri, ini untuk menunjukkkan sifat keadilan Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w. di mana manusia diperintahkan supaya berlaku adil walaupun terhadap dirinya sendiri. Larangan mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian yang lain merupakan suatu perbuatan yang zalim kepada kepala kerana hal sedemikian menyebabkan sebahagian kepala akan ditutupi dan sebahagian yang lain terdedah tanpa rambut.

6. Berkhatan

a) berkhatan ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang tumbuh dalam faraj perempuan. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “ kebersihan itu lima perkara: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

b) Hukum berkhatan: terdapat perbezaan pendapat,

i. menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Hasan al-Basri bahawa berkhatan itu sunat hukumnya.
ii. Manakala menurut Imam Syafie, Imam Malik dan setengahnya yang lain mengatakan khatan hukumnya adalah wajib. Mereka mengeluarkan hukum berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“ sesiapa yang menganut Islam, hendaklah ia berkhatan sekalipun ia dari golongan dewasa”

c) Manakala waktu berkhatan pula, kebanyakan ulama berpendapat bahawa berkhatan itu mula diwajibkan bilamana umur kanak-kanak hampir usia baligh. Ini kerana memudahkan bagi mereka menunaikan tanggungjawab hukum syarak yang ditetapkan ke atas mereka apabila baligh kelak. Tetapi berkhatan adalah lebih afdhal dilakukan pada hari pertama dilahirkan. Ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “ Baginda Rasulullah s.a.w melaksanakan aqiqah untuk Hasan dan Husin serta mengkhatankan keduanya dalam tempuh tujuh hari ( dari hari kelahiran)”.
(Riwayat Al-Baihaqi).

7. Menamakan anak

a) Islam mengalakkan umatnya memilih nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita sebagai tanda pengenalan dan perbezaan antara orang Islam dan Orang yang bukan Islam.

b) Nama yang baik juga sangat mustahak kerana panggilan yang sering dipanggil adalah doa yang dapat mempergaruhi keperibadian anak tersebut.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : “Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu”.

8. Aqiqah
a) Hukum Aqiqah adalah sunnat muakkad iaitu sangat di galakan bagi mereka yg berkemampuan. melaksanakan aqiqah adalah tanggungjawab ibubapa atau penjaga anak tersebut.


b) waktu akikah bila bila masa tanpa batasan . Sunat melakukannnya pada hari ke 7, 14 dan 21 hari usia bayi.


c) Syarat2 aqiqah:


i. syarat binatang sama seperti korban. Aqiqah untuk anak lelaki 2 ekor kambing atau 2 bahagian lembu. Anak perempuan seekor kambing atau satu bahagian lembu. ii. Jika tidak mampu boleh buat satu bahagain utk anak lelaki dan sebahagian lagi bila mampu kemudian hari. iii.Sunat sedekahkan daging aqiqah yg sudah di masak. Seeloknya tulang binatang tidak di patahkan sebaliknya dipotong pada sendinya.

d) Hikmah aqiqah


i. Sebagai fidyah(tebusan) utk menebus diri anak dari segala bencana, sbgmana Allah menebus nabi Ismail dgn qibasy. ii. Sebagai tanda gembira dan shukur atas kurniaan anak iii. Mengukuhkan ikatan keluarga dan masyarakat iv. Untuk ganjaran d sisi Allah.

9. Menyusukan Anak

a) Demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu.

Firman allah Taala dalam surah Al-Bawarah ayat 233: Maksudnya : “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu”.
Imam As-Syafie berkata “Sihat atau tidak anak itu adalah bergantung sama ada anak disusui oleh susu ibu atau tidak walaupun sekali susuan”.

b) Kelebihan menyusukan anak : Setiap tegukan dari susu ibu, Allah S.W.T. memberi pahala satu kebaikan.
Bila ibunya semalaman tidak dapat tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.



21 May 2011

11 jenis manusia yang didoa malaikat


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah,
ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."



2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan so
lat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."


Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

Wallahualam... Selamat beramal...smile ^_^ ♥

07 May 2011

Sharing is Caring

Little A on 25 weeks pregnant


I am now 30 weeks pregnancy. Alhamdulillah... i'm so happy...my baby kicking and kicking happily inside me... I love to share with all readers & followers, on 22nd week of my pregnancy, I would try and try to get my husband to feel our baby (Little A) kicks and punches I was feeling but every time he would put his hand on my belly the baby would stop. Like someone else said, there is always more activity and kicking from baby at night. So when we go to bed and I feel the movement, I lie on my back and my husband puts his ear/head on my belly where I can feel the kicking. He can hear the baby moving as well as feel the movement.

Finally at week 25 he felt a big one...! (agaknye my hubby kene slap dgn baby hehehe...)
We have a special game, if my hubby puts his hand on the left side of my belly, Little A will kick on da left side. If change and puts his hand on the right side of my belly (my hubby akn ckp, "cpt2 tangkap tgn abi..."), Little A will punch the right side hihi...I dont know how our baby knows, but masyaAllah it's just amazing...

Sometimes when the baby kicks and no one else knows, it feels like a little secret between Little A and me. I can feel the movements & imagine that Little A maybe angguk2 / geleng2 when heard the babling from mommy hehe... (Hari2 pun membebel mcm2 sambil usap2 perut). And sometimes, when I sing zikir or juz humming, Little A will stop kicking & i think of my baby's smile while drinking amniotic fluid. Still, I can't wait to have this little one in my arms and kiss that sweet face.....

There's a lot to do before giving birth. I do get started with baby stuffs online survey since my preg month four. But there are still got lots more things not settled yet, but insyaAllah within the next month we will buy them slowly, and start to set up the room. Ish tak sabarnye....


Here are lists of baby things given by mama (opah baby lerrr...)


Barang-barang Untuk Anak Ibu....


1. Baju - long sleeve - short sleeve
2. Seluar – panjang - pendek
3. Barut (saya beli online je)
4. Napkin utk bedung (min. 6 helai)
5. Mitten n booties (at least 5 sets)
6. Tuala kecik utk lap mulut
7. Baby lotion
8. Baby oil
9. Minyak telon (atau minyak panas lain utk elak kembung)
10. Sikat bulu lembut
11. Baby wipes
12. Bedak baby
13. Bekas bedak baby (bulat yg ada skali span bedak)
14. Baby bath / baby shampoo
15. Steamer
16. Bottle drying stand
17. Bottle – small - medium
18. Extra puting susu
19. Teat brush
20. Termos
21. Bekas air masak
22. Pampers (newborn)
23. Baby bathtub
24. Baby bath towel
25. Selimut
26. Bags and warmer
27. Cotsheet (alas lps mandi)
28. Tilam / bantal kepala / bantal peluk / selimut
29. Bakul besar utk letak brg2 baby (e.g. botol susu, susu, pampers, termos, etc.)
30. Bakul kecik utk brg lps mandi (e.q. lotion, bedak, vicks, etc.)


*** List barang2 yg tak semestinya kena beli.. b'gantung kpd bajet dan keperluan...


1. Bakul rotan utk isi baby / baby carrier cot
2. Play pen
3. Stroller
4. Travelling cot
5. Baby car seat
6. Buaian


Barang-barang Untuk Ibu....


1. Set lps bersalin - c/w bengkung
2. Maternity pad
3. Pad biasa xtra long
4. Nursing Bra
5. Breast pad
6. Breast pump
7. Disposible panties for women (jika perlu)