16 November 2010

Keputusan Paling Indah

Setelah melayari bahtera rumahtangga bersama suami tercinta selama setahun 5bulan, saya mula merasakan ada sesuatu yg x kena dgn badan...am i pregnant? or juz 'mentally pregnant?' sakit kepala, perut rasa mcm cramp, rasa nak mun.......(muntah). Bila malam susah nk tidur sbb kepanasan & resah gelisah...ada je yg x kena, kejap nk selimutla, kejap x nak selimutla...husband saya ckp bdn saya panas, maybe nk demam...oh, hati saya tiba2 jadi dupdap dupdap...x pe...sabar dlu, lagipun belum smpai tarikh period....

Setelah masuk 3hari miss period dgn simptom2 yg berlarutan membuatkan saya terus cari pregnancy test kit bila jaga jer dr tidur pagi tu...oh, NOW THAT EXAM IS FINALLY OVER! saya terkebil-kebil sorang2 dlm toilet (betul ke ape yg aku nampak ni?) Ya Allah, jika benarlah keputusan ini tepat & sahih, maka aku akan bersujud syukur kepadaMU Ya Allah...Husband saya lak kerja hari Sabtu, so x dapatla share berita gembira ni dgn sesape...(lompat sorang2 pun jadila...hehe)




Tak sabar nk minum Anmum! weeee........ ~~~ :)

11 November 2010

Resepi Kek Cheese Paling Senang di Dunia

Resepi ni saya dapat dari salah satu forum yg saya baca...Thanks kpd kakak yg sudi share resepi paling best ni...saya memang dah lama berangan nk buat cheese cake tapi takut x jadi sbb ada yg kata cara membuatnya agak remeh & kalau x jadi mmg muak dimakan hehehe....Jom kita try resepi ni sempena Raya Haji nanti.... :)


Bahan-bahan :
(Adunan A)
2 buku cheese Philadelphia
1 buku mentega
1 kotak kecil Nestle Cream
1/2 tin susu pekat ( boleh tambah kalau nak manis lagi.. )

(Adunan B)
2 Bungkus Roti Cheese
1 Kotak susu dutch lady (untuk di celup dgn roti)
Nestum (utk ditabur atas roti)


Cara Membuat :

Adunan A dipukul bersama sehingga sebati.Sediakan acuan 8x8..susun roti cheese yg telah dicelup dgn susu.taburkan nestum diatas lapisan roti cheese.kemudian lapis dengan adunan A..lapis roti cheese lagi dan ulang langkah sehingga habis..letak dlm peti sejuk..biarkan semalaman kalau dpt..(petua:pisau utk memotong kek cheese nie perlu dipanaskan dahulu) baru cantik bila dipotong nanti...

Selamat Mencuba.....!

09 November 2010

Jangan Bersedih...Sesungguhnya Allah Bersamamu...


Assalamu'alaikum...


Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan:

· Menangis kerana terlalu sedih.

· Menangis kerana terasa hina dan lemah

· Menangis untuk mendapat belas kasihan orang

· Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis

· Menangis orang munafik - pura-pura menangis

· Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati

· Menangis kerana rasa takut

· Menangis kerana cinta

· Menangis kerana gembira

· Menangis kerana menghadapi penderitaan.


"..Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangisan, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil, namun ia tidak pernah kering, ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti? Jika air mata itu ditampung banjirlah dunia ini.

Menangis tercela atau terpuji??? Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api neraka. Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya, lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."


Air mata yang tiada di tuntut:

· Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya.

· Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

· Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

· Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.


Dari itu...?

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah S.W.T.

Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

X-plorasi Pulau Tioman, Pahang

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia kpd yg baca entry kali ni...Dah lama x update blog, so post yg ni saya nak share pic2 yg menarik semasa saya n husband spend our time holiday di pulau indah ini...kebetulan masa tu cuaca cantik sgt x panas terik, mendung n nyaman (so x la sunburn teruk sgt hehe..) ditambah pulak resort kami tu mmg dekat dgn bukit (nak mandi pun malas air sejuk sgt) A big salute to my brother a.k.a photographer yg mmg kreatif snap pic yg cantik2 + unik.

http://myphotoclique.blogspot.com/2010/08/x-plorasi-pulau-tioman-pahang.html
(for more pic view)