01 June 2010

Grilled Beef Steak

Hari ni lagi 11 hari sebelum tanggal 12 Jun 2010 ---> ulangtahun perkahwinan saya & suami yg pertama... Kami ada merancang utk pergi travel bersama. Setakat ni top of the list our destination is Pulau Langkawi... Kalau kesihatan mengizinkan, kami sama-sama stuju utk sambut vacation ni dgn menaiki public transport. It sounds quite adventure coz dua-dua pun tak penah sampai lagi ke sana... So senang ckp more to 'Gamble Holiday' hehehe sesuai ke?

But actually i'm not focus on holiday planning... That's was juz my intro :) Hmm...nk share dgn readers my new western recipe ---> Grilled Beef Steak.
Specially cooked for my beloved husband memandangkan pada hari anniversary nanti saya terpaksa ditinggalkan seorang di rumah krn suami saya ada kerja luar di Pahang huhuhu... Sangat sedih.... So, saya plan msk steak utk candle light dinner kami ecewah...!

Saya pergi ke Cold Storage utk dapatkan bahan-bahan steak... kat situ senang skit coz daging steak yg dh siap dipotong ada dijual... Lagipun ada jual instant mash potato, so lagila mudah & cepat proses memasak steak ni :)

Bahan-bahan:

4 keping daging Steak
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili @ sos tomato

1 sudu besar sos lada hitam maggie
2 ulas bawang putih

# Satukan semua bahan dan lumur pada daging. Perap daging dlm fridge semalaman.
# Sebelum bakar @ goreng (using microwave @ kuali je) jgn lupa letak sedikit minyak zaitun agar tak melekat.

Bahan-bahan Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam :

1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( jgn lupa ayak dulu ye)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk gelapkan sikit warna sos )

1 sudu besar sos tomato @ sos cili
1 sudu besar sos lada hitam maggie
1 sudu kecil serbuk cukup rasa maggie
Sedikit garam (kalau tak nak pun so k)

Cara membuatnya :

1. Panaskan mentega dalam periuk, tumis bawang besar naik bau wangi.
2. Tepung gandum yg telah dibancuh dgn air, then masukkan dalam periuk tumisan.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh diangkat dan dituang atas steak yg dah masak tadi. Mmm...yummy!

p/s: jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga.

No comments:

Post a Comment