15 February 2011

Jalan Jalan Cari Makan




JJCM antara favourite show yg saya x penah miss setiap hari ahad. Salah satu drpd episod JJCM ada buat cover ke Restoran JR Rice Bowl dekat Taman Prima Saujana, Kajang. Specialty kt situ kate Qi (host JJCM) adalah chicken rice ball. Ehmmm...bkn main Qi puji nasi ayam tu, terliur jgk saya ehehehe...so, saya pun tryla nk gi merasa.

Besides selling chicken rice balls, JR Rice Bowl ada side dishes - wanton goreng, plus variety of noodles – Kantonis Kuey Teow, Char Kuey Teow, Nasi Goreng Yong Cheow and Ying Yong Kong Fu.



rasa nasinye mcm ada campur beras pulut skit...the size are slightly bigger than ping-pong balls



















The chicken servings: deep-fried, roasted or steamed. steamed chicken (dlm pic) yg my hubby order ni boleh thn sedap jgkla...isinye lembut & ada kuah ckit tu menambahkn lg rase enaknya

ala-ala sup kobeh pun ada...hehe...tp sambalnye mmg A+





























ME: (muke kenyang....) "so apelagi, mohler kite balik, yang..." =)














HUSBAND: (muke cover) "soryla baby...sayang lupe bwk wallet. leh hutang dulu ke heheheh..."

13 February 2011

Sejarah Ayat Kursi

Untuk dikongsi bersama..

ﻪﺗﺎﻛﺮﺑﻭﷲﺍﺔﻤﺣﺭﻭﻢﻜﻴﻠﻋﻡﻼﺴﻟﺍ & Salam Sejahtera.

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

Untuk amalan kita semua..... Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.

Sabda baginda lagi;
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a.


Rasullullah s. a. w. bersabda, " SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT"

09 February 2011

Selamat Datang Trimester Kedua.....

Alhamdulillah...kandungan saya kini dah hampir masuk ke minggu 18. Badan pun dah terasa semakin berat & langkah kaki pun dah menurun ke gear 3 ehehehe....Banyak jgk blog-blog serta forum berkaitan info kehamilan yg saya singgah.Nak share kt sini tak larat plk rasenye nak menaip pjg lebar. Jadi saya copy n paste ajela sebagai tambahan ilmu & panduan ingatan utk yg membaca blog ni & utk saya jgk...

Pada trimester kedua masa hamil (bulan 4, 5, dan 6), gerakan janin mulai terasa dan kehamilan anda mulai tampak. Janin sudah mulai berbentuk manusia, mempunyai bulu mata dan cenderung menghisap ibu jari tangan.

Morning sickness mulai berkurang, bahkan akan hilang sama sekali di akhir trimester kedua.
Pinggang anda semakin melebar
Rasa mual menyebabkan produksi air ludah anda meningkat
Produksi keringat meningkat
Gerakan janin mulai terasa.

Pada minggu ke-13 atau bulan pertama trimester kedua, bentuk janin telah sempurna. Janin tersebut akan terus membesar sepanjang sisa masa kehamilan.Minggu ke-14, berat janin naik mencapai sekitar 64 g (2 1/4 oz), padahal seminggu yang lalu beratnya masih sekitar 28 g (kira-kira 1 oz). Janin tersebut telah mampu mengepalkan jari-jari tangan. Alat ultrasound telah mengesani detak jantung

Minggu ke-16, gerakan janin semakin keras, dan otot-ototnya semakin kuat. Bulu-bulu halus/ lanugo yang menutupi seluruh tubuh dan alis mata mulai kelihatan.

Ulu hati anda akan terasa panas
Kulit dan rambut semakin berubah. Warna kulit wajah anda akan berubah menjadi coklat kekuningan (kloasma). Tahi lalat membesar dan bertambah gelap. Waspadai adanya gejala kanser kulit dengan berkonsultasi dengan doktor pribadi anda.

Pertumbuhan janin semakin pesat.Pada minggu ke-20, panjang janin mencapai kira-kira 25 cm (10 inchi). Gigi dalam rahang mulai terbentuk. Gerakan janin semakin kuat kerana otot-ototnya yang semakin menguat.

Gerakan tersebut berupa sundulan-sundulan lemah pada perut anda

Perubahan pada pembuluh darah terlihat jelas. Terdapat jalinan garis ungu membentang di dada dan sepanjang paha.
Berat hamil anda telah mencapai kira-kira setengah dari total kenaikan berat kehamilan. Pinggang dan pinggul menebal.
Frekuensi buang air kecil meningkat kerana tekanan uterus pada kandung. Kadang ditemui adanya infeksi.
Rabas/ discharge vaginal semakin bertambah. Keputihan juga biasa terjadi. Berkonsultasilah dengan doktor peribadi anda untuk mengatasinya.

Pada minggu ke-24, panjang janin telah mencapai 33 cm (33 inchi). Janin sudah boleh batuk dan tersedak. Janin tampak kurus kerana persediaan lemak tubuh belum kelihatan (persediaan ini mulai kelihatan pada minggu ke-28). Pada akhir trimester kedua, paru-paru telah sempurna sehingga janin sudah mampu bernafas diluar kandungan.